25

265 9 17
                                    

Pada hujung minggu, Daniel mengajak Eline ke Shah Alam untuk mengikuti Pesta Bon Odori. Pesta Bon Odori ialah acara pertukaran budaya Jepun-Malaysia dan merupakan tarikan tahunan bagi penduduk negeri Selangor. Pengunjung dapat merasakan bagaimana perayaan Obon dirayakan di Jepun dengan menikmati aktiviti-aktiviti seperti tarian bon odori, persembahan drum wadaiko dan juga pertunjukan bunga api.

Ketika di sana, Eline memakai kimono berwarna ungu. Tudungnya dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

"Cantik, tak?" soal Eline kepada Daniel. Daniel terpegun melihat kecantikan Eline. Kelopak matanya langsung tidak berkedip.

"Hey, hello. Dah sampai Jepun ke tu?" Eline melambai-lambai tangannya di hadapan muka Daniel.

Daniel tersedar dari lamunan. "Apa dia?" soal Daniel sambil matanya terkebil-kebil memandang Eline.

"Tak ada apa la." Mata mereka masih bertembung. Tiba-tiba sahaja jantung Eline berdegup kencang. Redup mata Daniel yang menikam tepat ke dalam anak matanya membuatkan dada Eline berdebar-debar. Jari-jemari Eline sudah kesejukan. Dia mulai tidak keruan.

Tiba-tiba, satu panahan cahaya lensa kemera menyapa wajah mereka. Mereka menoleh serentak. Seorang pelancong asing sedang mengambil gambar mereka.

"Nice," kata pelancong asing tersebut.

Daniel berjabat tangan dengannya. "Thank you." Pelancong asing tersebut tersenyum sambil berbual-bual dengan Daniel tentang pesta yang sedang berlansung.

Eline pula menangkap gambar suasana di situ sebagai tanda kenangan. Dia turut berswafoto. Setelah pelancong asing tersebut beredar dari situ, Daniel mengambil gambar Eline secara diam-diam. Dia mahu menyimpan beberapa keping gambar Eline. Dia suka melihat Eline yang cantik dalam sepersalinan kimono barwarna ungu itu. Tanpa sedar, Eline terlihat perlakuan Daniel itu. Daniel tersenyum sinis ke arahnya lalu memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar. Bulat mata Eline memandang ke arah Daniel, namun riak bersahaja Daniel makin memanaskan hatinya.

"Padam gambar saya," arah Eline.

"Gambar apa?" soal Daniel yang berpura-pura tidak mengerti apa-apa.

Awak ingat saya tak nampak yang awak curi-curi ambik gamba saya?" soal Eline yang panas hati dengan sikap Daniel. Daniel tersenyum sinis. Dia tahu dia tidak sepatutnya melakukan itu.

"Mana ada. Jom, selfie sekeping dua," ajak Daniel.

"Tak nak!" Eline lekas menjarakkan diri. Daniel tertawa kecil melihat reaksi Eline.

Setiba di rumah, Daniel melabuhkan punggung di atas sofa. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Kemudian, dia membuka semula gambar Eline yang diambilnya tadi. Dia merenung gambar itu untuk melepaskan rindu yang mula bertamu.

Daniel membesarkan sedikit gambar itu untuk melihat dengan lebih jelas. Pertama kali dia melihat Eline bersolek. Cantik sungguh wajahnya apabila disolek begitu. Daniel tersenyum sendirian.

Tanpa disedari, Datin Dayini sedang memerhatinya dari jauh. Beliau mendekati Daniel yang asyik melihat gambar Eline. Setelah beberapa minit Datin Dayini berdiri di situ dan kehadirannya langsung tidak disedari oleh anak terunanya, beliau menyapa dengan lembut.

"Daniel...," panggil Datin Dayini.

"Eh, Mummy!" Daniel tersentak apabila Datin Dayini menepuk perlahan kaki kanannya.

"Kenapa senyum sorang-sorang tu?" soal Datin Dayini ingin tahu.

"Haha. Takde ape la, Mummy," jawab Daniel sambil tertawa kecil.

"Share la dengan Mummy. Please," pujuk Datin Dayini.

"Mummy... Mummy rasa Eline tu okay, tak?" soal Daniel.

"Okay je. Kenapa? Oh, by the way, Amanda jemput ke majlis pertunangan dia."

"Oh, okay. Mummy g la. Daniel malas."

"Erm, selalu macamtu. Ha kenapa dengan Eline?" Datin Dayini kembali ke topik asal.

"Daniel suka dia. Daniel nak Mummy g pinang dia," kata Daniel bersungguh-sungguh.

"Ha? Pinang? Dia suka Daniel, tak?" soal Datin Dayini dalam nada terkejut.

"Entahlah. Daniel tak tahu perasaan dia."

"Dah tu macam mana nak pinang?" Daniel mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu cara.

***

Guruh berdetum, kilat sabung-menyabung. Beberapa kali  Eline terkejut dek kerana bunyi guruh yang kuat. Eline melangkah ke arah jendela. Dia menyelak langsir. Di luar rumah, hujan mulai deras. Dia membuang pandang keluar, tersenyum kecil melihat hujan yang turun. Dia sukakan hujan. Hatinya tenang.

Tiba-tiba Eline teringat akan Daniel. Entah mengapa dia merasakan Daniel betul-betul ingin memilikinya. Tetapi, hatinya masih menginginkan Adi Arshan. Dia masih sayang pada Adi Arshan. Dia tidak tahu bagaimana untuk melupuskan perasaan itu. Eline menghembus keluhan panjang. Dia terus menikmati suasana hujan yang mendamaikan hatinya.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now