18

257 10 11
                                    

Hari silih berganti. Maka, muncullah hari yang dinanti-nanti. Pada jam 7.30 pagi, Adi Arshan sudah menanti di hadapan pagar rumah Eline. Yara Zahra berlari-lari anak menuju ke arah Adi Arshan.

"Abi Adi..." Yara Zahra bersalaman dengan Adi Arshan.

"Masuk dalam kereta dulu, ya. Bahaya duk tepi jalan ni," kata Adi Arshan lalu meletakkan Yara Zahra ke dalam kereta.

"Nak letak mana barang-barang ni?" soal Eline pada Adi Arshan. Adi Arshan kelihatan terkejut melihat aneka makanan dan minuman yang dibawa oleh Eline dan Puan Umi Kalsum.

Adi Arshan segera membuka bahagian bonet kereta. "Sinilah. Boleh, kan?" Eline mengangguk. Mereka meletakkan kesemua makanan dan minuman ke dalam bonet kereta bersama-sama.

"Banyaknya. Rajin awak dan umi masak," puji Adi Arshan.

"Haha. Umi yang punya idea tu. Saya ikut je," balas Eline, merendah diri.

Di dalam kereta, Adi Arshan berbual-bual dengan Puan Umi Kalsum. Pelbagai topik yang dibualkan. Dari soal kerja sehinggalah soal peribadi. Kadangkala perbualan mereka diselangi dengan gelak ketawa.

Setiba di pusat tahfiz, mereka beramah mesra dengan penghuni-penghuni di situ sebelum berniaga. Mereka berniaga di perkarangan masjid yang terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan pusat tahfiz itu. Yara Zahra amat gembira kerana ramai orang melayaninya. Puan Umi Kalsum pula tidak melepaskan peluang berbual-bual dengan para ustazah yang seusia dengannya.

Pada jam 10 pagi, Eline dan Adi Arshan bergerak ke perkarangan masjid untuk membantu para ustaz dan ustazah menjual makanan dan minuman. Setiba di situ, mereka mengeluarkan kesemua bekas makanan dan minuman. Lalu, diletakkan di atas barisan meja yang masih kosong. Ustaz-ustaz yang ada di situ turut membantu mereka.

"Letak sini, letak sini," arah Ustaz Tarmizi.

"Banyaknya makanan. Memang untuk jual ke?" soal Ustazah Hafizah sambil membuka penutup bekas makanan. Eline anggukkan kepala sambil tersenyum.

Adi Arshan meminta bantuan seorang ustaz untuk memesan ais batu di sebuah kedai runcit untuk dicampurkan ke dalam minuman yang sudah dibancuh. Ustaz Fakhrul lekas ke kedai runcit yang berdekatan. Lima belas minit kemudian, Ustaz Fakhrul muncul dengan membawa 5 pek ais batu bersaiz besar.

"Terima kasih, Ustaz Fakhrul," ucap Adi Arshan.

"Sama-sama."

Eline menyusun aneka jenis kuih-muih, bomboloni, cheese tart, cheese cake, dan juga pudding. Dia dibantu oleh beberapa ustazah yang turut berada di situ.

"Eline ke yang buat semua ni?" soal Ustazah Hanani.

"Ya."

"Pandainya." Eline tersipu malu apabila dipuji. Mukanya merah padam.

Setelah kesemua makanan dan minuman telah habis dijual, mereka mula mengemas. Segala peralatan dibasuh dan disimpan ke tempat asal. Sebelum pulang, mereka menunaikan solat fardhu Asar di masjid itu.

"Penat?" soal Adi pada Eline. Ketika itu, mereka dalam perjalanan pulang ke pusat tahfiz untuk menjemput Puan Umi Kalsum dan Yara Zahra.

"Penat tapi seronok," jawab Eline dengan jujur.

"Esok nak ikut lagi?"

"Nak. Rugi tak ikut." Adi Arshan membalas dengan senyuman panjang.

Keesokan hari, mereka melakukan perkara yang sama. Kali ini, Eline membawa nasi lemak sebagai santapan mereka pada pagi itu.

Selesai meniaga, mereka menjemput Puan Umi Kalsum dan Yara Zahra di pusat tahfiz. Sebelum bertolak pulang ke rumah, Eline dan Adi Arshan mengeluarkan beberapa beg pakaian serta barangan lain dari bonet kereta untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar tahfiz di situ. Mereka amat gembira kerana Eline turut membeli hadiah istimewa untuk mereka. Eline menyuruh Yara Zahra memberi hadiah-hadiah itu kepada mereka. Selesai memberi sumbangan, mereka pulang ke rumah.

"Terima kasih, Umi, Eline," ucap Adi setelah tiba di hadapan rumah Eline.

"Sama-sama," balas Puan Umi Kalsum.

"Terima kasih jugak sebab sudi ajak kami. Best sangat. Kalau awak g lagi, jangan lupa ajak kami, ya," kata Eline.

"In shaa Allah. Saya balik dulu, ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Sebelum tidur, Eline menghantar mesej kepada Adi Arshan.

'Selamat malam, Adi Arshan. Sweet dreams. 😉'

Adi Arshan yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas katil, lekas mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja laci apabila terdengar bunyi notifikasi.

'Selamat malam, Eline. Sweet dreams too. ☺️'

Eline segera membaca mesej balas daripada Adi. Sebenarnya, dia mengharapkan Adi Arshan mengatakan sesuatu yang mampu membuatkan tidur malamnya menjadi indah. Namun begitu, dia mengerti bahawa Adi Arshan hanya menganggapnya sebagai teman. Eline mematikan data internet lalu tidur.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now