31

270 8 19
                                    

Tik, tik!

Daniel menekan remote control kereta di tangan setelah keluar dari perut kereta. Lalu tangan kirinya menyeluk poket seluar. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian, dia menghantar mesej kepada Eline.

'Assalamualaikum, Eline. Saya ada kat luar ni.'

Eline yang sedang ralit melayani Yara Zahra mewarna, tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi WhatsApp di telefon bimbitnya. Dia terpana apabila melihat nama Daniel tertera di skrin telefon bimbitnya. Lantas dia membaca mesej itu. Kemudian, dia bangkit menuju ke kamar tidur untuk mengambil tudung bawal yang disangkut pada almari, lalu bergerak menuju ke arah pintu utama rumah. Setelah pintu dibuka, kelihatan Daniel sedang berdiri sambil memegang sesuatu.

"Awak cari siapa?" soal Eline selepas membuka pintu pagar rumahnya.

"Cari awak," jawab Daniel sambil tersenyum.

"Sebab?" soal Eline lagi. Dia berasa aneh apabila tiba-tiba sahaja Daniel datang ke rumahnya.

"I miss you, Eline. A little too much, a little too often, and a little bit more every day," kata Daniel sambil merenung jauh ke dalam anak mata Eline.

"Oh." Eline kehilangan kata. Wajahnya kelihatan bersahaja.

"Nah, buah tangan untuk awak." Daniel menghulurkan beg plastik yang sarat dengan coklat kepada Eline. Dia tahu Eline amat suka makan coklat. Jadi, dia singgah di sebuah pasaraya sebelum menuju ke rumah Eline.

"Terima kasih," ucap Eline malu-malu. Sebenarnya, Eline tidak selesa menerima sebarang buah tangan daripada Daniel. Entah mengapa dia merasakan setiap pemberian Daniel ada makna.

"Sama-sama. Yara Zahra mana? Dah tidur ke?" tanya Daniel setelah mereka terdiam seketika.

"Belum lagi. Ada tengah mewarna kat ruang tamu tu," balas Eline.

"Oh."

Eline mengerling jam yang terikat kemas di pergelangan tangan kiri Daniel. "Dah pukul berapa, ya? Macam dah lewat, kan?" Eline mula berkias. Dia mahu Daniel pulang ke rumah.

"Entah. Tak nak tengok jam. Nak tengok awak je," balas Daniel seperti mengerti maksud sebenar Eline. Eline terus terdiam. Dia mati akal.

"Eline... you wanna know what I did today?" soal Daniel.

"Buat apa?" soal Eline pula.

"I did three things today; miss you, miss you and miss you," ujar Daniel sambil tersenyum lebar. Eline terasa janggal dengan sikap Daniel. Lambat-lambat dia melemparkan senyuman kepada Daniel.

"You are the sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean and the beat in my heart. I miss you so much Eline," ujar Daniel lagi. "If you wanna know how much I miss you, try to catch rain drops, the ones you catch is how much you miss me, and the other you miss is how much I miss you!" Daniel terus berkata-kata.

Terasa bahang menyapa diri. "Daniel... Saya rasa awak penat sangat ni. Baliklah. Mandi, pastu tidur. Rehat secukupnya, ya." Eline cuba berlagak selamba. Dia tidak mahu kelihatan mudah melatah.

"Tak la. Saya tak penat pun." Daniel cuba menafikan kata-kata Eline.

"Tapi..." Eline tidak sempat menghabiskan kata- katanya apabila dipotong oleh Daniel.

"Saya tahu awak tak nak dengar luahan hati saya, kan? Tu awak halau saya balik," ujar Daniel.

"Eh, saya... saya tak halau awak balik pun. Saya cuma risau awak penat je," nafi Eline.

"Yelah tu. Awak bukan suka saya pun. Awak benci saya, kan?" Daniel sengaja menduga Eline.

"Mana ada saya benci awak. Tak baik fitnah tau. Allah marah," balas Eline. Dahinya berkerut. Kemudian, dia mencebik kesedihan.

"Haha. Jadi, awak sayangkan saya?" Sekali lagi dia menguji Eline. Dia inginkan kepastian tentang perasaan sebenar Eline terhadap dirinya.

"Daniel... Awak tahu kan saya anggap awak sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Jangan la tanya soalan-soalan macam tu lagi. Susah saya nak jawab. Awak buat saya rasa serba-salah." Eline berkata jujur.

Hati Daniel terasa pedih mendengar kata-kata Eline. "Saya tahu dalam hati awak tu ada perasaan marah pada saya. Sebab tu awak tak sudi terima lamaran saya," kata Daniel dengan kekecewaan yang menggunung.

"Mana ada. Saya tak marah awak pun." Eline membela dirinya.

"Tipu. Awak masih ingat lagi kisah silam kita, kan?" tanya Daniel.

Eline hanya membisu.

"See... Jika hati sudah memaafkan, tak perlu ingat lagi kisah-kisah lama. Memaafkan bermakna melupakan dan mengikhlaskan. Selagi awak tak melupakan kisah silam tu, selagi tu awak masih menaruh perasaan dendam pada saya."

Eline masih membisu.

"Eline... Saya tak tahu nak mintak maaf macam mana cara lagi dah. Saya cuma mampu berdoa agar Allah membuka pintu hati awak untuk memaafkan semua khilaf saya pada awak."

Eline membatukan diri. Dia tidak berdaya untuk mengeluarkan suara.

"Takpelah. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Daniel segera melangkah menuju ke arah keretanya. Setelah masuk ke dalam perut kereta, cepat-cepat Daniel menghidupkan enjin kereta, lalu beredar dari situ.

"Waalaikumussalam," jawab Eline setelah Daniel pergi.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now