36

325 8 7
                                    

"Eline... Pandang saya," pinta Daniel sambil melepaskan pautan tangannya pada lengan Eline.

Eline terpaksa akur.

"Saya tahu awak benci saya," ujar Daniel perlahan.

"Ya, saya benci sangat kat awak," potong Eline laju. Wajahnya mencuka. Muncungnya sedepa. Ekspresi wajahnya sudah cukup menggambarkan hatinya sedang menggelodak panas.

Daniel tersenyum panjang. "Setiap orang baik itu punya masa silam. Dan setiap orang jahat itu punya masa depan. Siapa kita untuk menghukum? Dan siapa kita untuk menilai? Selagi nyawa belum sampai di kerongkong, selagi itu pintu taubat terbuka luas untuk kita berubah atau bertaubat. Contohnya, saya. Dulu saya jahil, alhamdulillah, sekarang Allah beri peluang untuk saya bertaubat. Tak semestinya orang yang baik itu tidak punya cerita. Mungkin dia sedaya upaya cuba menyembunyikan kisah silamnya. Mana kita tahu, kan?"

Eline tersentak. Terasa bahang menyapa diri. Lekas-lekas dia menundukkan wajahnya.

"Eline... Pandang saya," arah Daniel. Sekali lagi, Eline terpaksa akur.

"Saya sayangkan awak, Eline," ujar Daniel sambil merenung wajah Eline dalam-dalam.

Eline merenung ke dalam mata Daniel. Pandangan mata mereka bertaut. Lama pandangan mereka bersatu.

"I know it's not that easy, but I will always keep this hope. I may not be the best you ever had, but I guarantee you that I'll be the one you'll never forget. I am so blessed to have you to share my life with. I chose you and I'm never changing my mind."

Eline tidak berkata apa-apa. Dia lebih suka membisu.

"Saya tahu awak masih ada hati dengan Adi Arshan. Mungkin awak lupa dia sudah berpunya."

"Saya tak pernah lupa," nafi Eline.

"Jadi, kenapa masih menaruh hati padanya?" soal Daniel ingin tahu.

"Sebab dia istimewa," jawab Eline.

"Saya?" soal Daniel lagi.

Eline mendiamkan diri. Dia tidak mahu menjawab soalan itu.

"Appreciate those who appreciate you. Forget those who leave you."

Eline tertunduk lesu. Dia cuba menyembunyikan air mata yang mula memenuhi tubir mata.

"Adore those who go hard for you. Always remember, someone's effort is a reflection of their interest in you. Appreciate those who don't give up on you. Love can happen again and again. Eline, please, love me."

Air mata yang ditahan setelah sekian lama, tiba-tiba saja mengalir. Dia cuba menyembunyikan kesedihan itu. Namun, dia tidak mampu.

"Eline... Apa yang berlaku itu rahsia Allah dan semuanya di luar kemampuan kita. Termasuklah hati kita. Allah telah aturkan mengikut apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Kita kena percaya dengan takdir Allah kerana takdir Allah sentiasa indah di akhirnya. Dalam hidup ini, ada perkara yang kita perlu buat pilihan. Dan pilihan yang terbaik adalah pilihan melalui istikharah. Serahkan semuanya pada Allah. In shaa Allah, semuanya akan baik-baik saje. Remember, what's chosen by Allah is the best for you, even if it is outside your desire. When Allah wants two hearts to meet, He will move both of them."

"Saya nak balik," pinta Eline.

"Jom." Daniel akur dengan permintaan Eline memandangkan hari semakin lewat malam.

Setiba di rumah, Puan Umi Kalsum sedang menanti Eline di ruang tamu. Dia seperti cacing kepanasan. Hatinya dilanda kerisauan apabila anak daranya keluar lewat malam tanpa ditemani sesiapa.

"Eh, Umi tak tidur lagi?" soal Eline yang terkejut melihat ibunya masih berjaga.

"Umi tunggu Eline. Eline pergi mana? Tak cakap dengan Umi pun. Eline kan perempuan. Mana boleh keluar malam-malam. Umi tak suka," jawab Puan Umi Kalsum.

"Maaf, Umi. Tadi, kawan Daniel telefon, cakap Daniel kemalangan. Bila pergi tengok, rupa-rupanya kena tipu. Sakit hati Eline," terang Eline.

"Oh. Kenapa kena tipu?"

"Daniel saje uji Eline. Kononnya nak tengok Eline risau tak pasal dia. Tah pape tah."

"Dia sayangkan Eline. Cuma, caranya salah. Umi tak suka dia ajak Eline keluar waktu macam ni. Tak sesuai. Siang kan bole jumpa."

"Tu lah. Menyakitkan hati betul sikap dia tu. Tak fikir panjang. Tergerak hati, terus buat. Cubalah fikir baik buruk dulu sebelum bertindak. Ini tidak, terlalu ikutkan nafsu."

"Eline... Meh duduk jap. Umi nak cakap sesuatu."

"Apa dia, Mi? Ada apa-apa ke?" Eline melabuhkan punggung di sisi kanan ibunya.

"Umi tengok Eline macam sukakan Daniel je."

"Suka? Mana ada," dalih Eline.

"Ni, sanggup keluar g tengok dia. Bukan suka ke tu?"

"Umi ni... Sebagai kawan lar. Eline tak nak rasa terkilan je nanti. Tu Eline pergi."

"Yelah tu."

"Betul. Umi tak percayakan Eline ke?"

"Bukan tak percaya, cuma curiga sikit. Macam suka tapi tak nak mengaku. Mungkin ego kot..."

Eline terdiam.

Rindu Yang BertamuΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα