30

307 8 9
                                    

Selepas pertemuan di hospital, Adi Arshan terus hilang tanpa jejak dan tidak pernah muncul kembali. Eline cuba menjejakinya, namun gagal. Segala aktiviti Adi Arshan tidak dapat diketahui kerana dia sudah lama tidak mengemaskini media sosialnya. Hati Eline bagaikan kaca terhempas ke batu apabila semua usahanya tidak membuahkan hasil.

"Jauh termenung. Fikir apa tu?" sapa Iza. Raut wajah Eline kelihatan sangat serius dan seolah-olah tengah tenggelam dalam. Raut wajahnya kelihatan tidak bahagia.

"Tak fikir apa pun," jawab Eline. Sedaya upaya dia cuba mengukirkan senyuman kepada Iza yang sedang memandangnya. Semenjak Adi Arshan menghilangkan diri, dia seperti terlupa cara untuk senyum. Dia lebih gemar mengelamun.

"Hm... Ye la... Dengan aku pun nak berahsia. Takpe la. Nak buat camne... Takkan nak paksa pulak." Iza memuncungkan bibir, berpura-pura merajuk. Dia cuba mengumpan Eline. Matanya singgah ke ulas bibir Eline yang cuba mengukirkan senyuman paksa. Semenjak dua menjak ini, dia lihat Eline asyik menyendiri dan bersedih. Dia merasa aneh dengan perubahan sikap Eline yang agak ketara.

"Merajuk pulak dah. Kena pujuk la ni?" usik Eline. Dia cuba bergurau. Tangannya mencubit pipi Iza.

"Ye la.. Pat pujuk aku," balas Iza sambil memuncungkan bibirnya seperti itik. Bibirnya bertukar daripada muncung kepada senyum apabila melihat Eline tertawa kecil.

"Jap, call Irfan." Eline berpura-pura mendail nombor telefon Irfan dan bercakap dengannya. "Haluuu Irfan.. Baby mu sedang merajuk ni. Cepat belikan aiskrim," usik Eline.

"Hahahahaha... Irfan pulak kena! Dah, dah. Cepat citer. Asal kau asyik termenung? Kau fikir pasal apa?" soal Iza.

"Kau rasa?" soal Eline kembali.

"Aku tak tau..."

Eline tersenyum tawar. Kemudian, dia berkata, "Aku teringatkan Adi Arshan. Aku rindu dia sangat-sangat. Aku rasa sunyi. Aku tak dapat lupakan dia. Aku dah cuba banyak kali tapi rasa susah sangat." Eline kelihatan sedih. Dia mengetap bibir menahan rasa sebak yang menekan hatinya.

"Hm... Berat masalah kau ni. Sejujurnya aku tak arif bab-bab ni. Even hati aku sendiri pun aku tak boleh nak kawal," kata Iza.

"Aku risaukan dia. Dah lama dia menghilangkan diri. Aku cuma nak tahu keadaan dia. Aku harap dia baik-baik je."

"Kau dah stalk FB dia? Insta? Telegram? YouTube? Aktif tak?"

"Dah. Semua media sosial dia tak aktif. Tak mungkin dia ada akaun kedua. Mustahil!"

"Hm... Cuba call dia," cadang Iza.

"Aku malu." Seketika kemudian, Eline menepuk dahinya dengan mulutnya separuh ternganga. "Ya Allah, aku terlupa. Aku confessed kat dia aritu, masa kat hospital. Mungkin sebab tu dia jauhkan diri daripada aku."

"What? Seriously? How? Reaksi dia macam mana?" Raut wajah Iza kelihatan begitu teruja, tidak sabar mahu mengetahui cerita dengan lebih lanjut. Seperti biasa Iza sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik berlaku di antara mereka berdua.

"Dia terpana. Lama dia diamkan diri. Mungkin tak tahu nak kata apa kot. Lepas tu, dia balik sebab nak jumpa klien," jawab Eline. Nadanya kedengaran hampa.

"Come on... Takkan macam tu je? Betul-betul tak ada perasaan la dia tu. Ke dia gay?" Iza serkap jarang.

"Eh, tak la. Sebenarnya dia dah bertunang."

"Ooo no wonder." Iza yang mendengar kata-kata Eline berasa sungguh hampa. Dia mahu sahabatnya itu hidup bahagia.

"Kau tak ada hati ngan Daniel?" Tiba-tiba terpantul nama itu dari mulut Iza. Serta-merta mata Eline terbeliak. Dia terkejut ketika soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut Iza.

"Kau pun sama ngan umi." Eline melepaskan keluhan berat. Fikirannya semakin berserabut. Dia langsung tidak mencintai Daniel.

"Apa yang sama?" Iza tidak mengerti maksud Eline. Dia terpinga-pinga.

Eline menarik nafas dalam, lalu melepaskannya perlahan-lahan. Kemudian, dia menjawab soalan yang diutarakan oleh Iza. "Aku tak ada hati ngan Daniel. Aku masih ingat lagi cara dia rejected aku bila dapat tahu aku ada hati kat dia. Aku jadi kecewa. Rasa nak marah pun ada. Dia langsung tak fikir perasaan aku masa tu. Dia ingat aku tak ada maruah ke? Sampai hati dia malukan aku. Semua orang ketawakan aku. Semua orang hina aku. Aku malu. Aku tak marah pun kalau dia tak ada hati kat aku. Cuma jangan buat aku macam tu. Aku tak boleh terima cara dia. Rasa kejam sangat." Eline melepaskan rasa hatinya yang panas membara. Sememangnya dia merasa kecil hati dengan sikap dan perbuatan Daniel terhadapnya.

"Aku faham perasaan kau. Kalau aku berada di tempat kau pun, aku akan rasa macam tu," ujar Iza.

"Aku ada harga diri. Jangan buat aku macam tu. Cukuplah. Aku dah tawar hati." Dia merasa begitu pilu. Hatinya terasa disayat-sayat.

"It's okay, Eline. Kau ada aku, umi, Yara n Irfan. Kau tak perlu sedih. Kami sentiasa ada di sisi kau. Aku sayang kau." Iza bangun lalu mendakap tubuh Eline. Dia cuba menenangkan hati sahabatnya.

"Aku pun sayangkan kau, Iza," ucap Eline.

"Mulai hari ini, kau lupakan semua orang yang pernah buat kau sedih. Anggap mereka semua sebagai toksik yang kau perlu nyahkan daripada diri kau," ujar Iza. Dia mengenggam erat tangan Eline, cuba meredakan perasaan sedih. "Dah, dah. Jangan fikir lagi hal tu."

Eline mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now