20

292 11 19
                                    

Saat itu, Daniel sudah tekad untuk berubah. Keesokan hari, setelah tiba di pejabat, Daniel menghubungi Ustaz Yahya.

"Assalamualaikum, Ustaz Yahya. Saya, Daniel." Daniel memperkenalkan diri.

"Waalaikumussalam. Ya, Daniel."

"Saya nak jumpa Ustaz Yahya tengah hari nanti, boleh? Saya nak bincang tentang kelas agama tu," ujar Daniel tanpa berselindung apa-apa.

"In shaa Allah. Jumpa di mana?"

"Saya datang ambik Ustaz Yahya. Kemudian, kita g makan. Sambil makan, kita bincang. Boleh?" Daniel memberi cadangan.

"In shaa Allah. Saya tunggu."

"Terima kasih, Ustaz Yahya. Assalamualaikum," kata Daniel sebelum mengakhiri panggilan mereka pada pagi itu.

"Waalaikumussalam."

***

Pagi itu, selepas menghantar Yara Zahra ke sekolah, Eline menuju ke kafetaria. Dia mempunyai temu janji dengan Adi Arshan untuk sarapan pagi bersama-sama.

"Assalamualaikum," sapa Adi Arshan setelah keluar dari perut kereta. Ketika itu, Eline baru sahaja tiba di situ.

"Waalaikumussalam. Sihat?" Mereka berbual-bual kosong ketika berjalan menuju ke kafetaria. Ketika minum pagi, Eline mengajak Adi Arshan ke Cameron Highlands pada hujung minggu. Sudah lama dia tidak ke sana.

"Hm. Maaf, Eline. Saya tak dapat join ke Cameron Highlands tu. Saya kena balik kampung. Mak saya nak jumpa. Ada hal nak bincang." Eline kelihatan hampa apabila mendengar kata balas daripada Adi Arshan.

"Oo.. takpela. Umi yang suruh ajak awak. Katanya dah lama tak jumpa."

"Iye? Cakap kat umi awak, saya mintak maaf tak dapat join. Mungkin lain kali."

"Okay. Nanti saya sampaikan."

Seusai sarapan pagi, Adi Arshan bergerak menuju ke tempat kerjanya di Ampang.

***

Pada hujung minggu, Eline dan keluarganya bercuti di Cameron Highlands. Iza dan Irfan turut mengikuti mereka. Mereka tinggal di sebuah apartment di Tanah Rata.

"Eline, berangan apa tu?" soal Puan Umi Kalsum apabila melihat anak daranya termenung jauh. Ketika itu, mereka sedang menikmati keindahan di Cameron Lavender Garden.

"Takda apa, Umi," jawab Eline ringkas.

"Meh lar ambik gamba dengan Umi," ajak Puan Umi Kalsum.

"Satu je. Eline tak suka bergambar," balas Eline. Setelah mengambil sekeping foto, Eline menyuruh Puan Umi Kalsum berswafoto.

"Dah banyak Umi selfie. Dari bawah sampai ke atas," kata Puan Umi Kalsum. Lalu, dia mengambil gambar pemandangan pula. Yara Zahra mengajak Puan Umi Kalsum menemaninya makan sandwich.

"Irfan, tolong ambik gamba Eline dengan Iza satu. Kat sini, kat sini," pinta Eline.

"Ha cepat." Irfan menekan butang kamera beberapa kali.

"Dah ke belum? Banyak kali tekan tu. Kira la 1,2,3," ujar Eline.

"Dah. Posing la lebih sikit. Takkan gamba statik je. Ni bukan nak ambik gamba passport," balas Irfan.

"Seganlah. Ha cepat," balas Eline dengan gaya posing yang sama, "peace".

Selepas puas berjalan di beberapa tempat, mereka makan malam di sebuah restoran ikan bakar di kawasan Brinchang.

"Ramainya. Ada meja lagi ke?" soal Iza.

"Sana tu. Cepat, cepat," balas Irfan lalu berjalan laju ke arah meja itu.

Selesai memesan makanan dan minuman, mereka berbual-bual kosong. Seusai makan, mereka pulang ke rumah untuk berehat. Sebelum pulang, mereka membeli sedikit barangan di pasar mini 99 Speedmart.

Pada Ahad petang, mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, mereka singgah di Cameron Valley untuk menikmati cheese cake dan air teh. Mereka turut membeli ole-ole di situ. Puan Umi Kalsum dan Yara Zahra tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di ladang teh sebagai tanda kenangan.

***

Pada hari Isnin, ketika Amanda asyik memilih kasut, bahunya dilanggar oleh seorang lelaki. Amanda terus menoleh ke arah lelaki tersebut dengan renungan tajam.

"Sorry," ucap lelaki tersebut dengan wajah yang manis.

"Buta ke?" kata Amanda dengan wajah yang bengis.

"I buta melihat kecantikan you," kata lelaki tersebut. Amanda yang pantang dipuji cantik, terus tersenyum.

"Fikri. You?" Fikri menghulurkan salam perkenalan.

"Amanda," jawab Amanda sambil menyambut salam itu.

"Dah makan?" soal Fikri. Amanda hanya menggelengkan kepalanya.

"Jom, I belanja you makan." Mereka menyusun langkah menuju ke Restoran Mr Dakgalbi yang berada di aras 2.

Selesai memesan makanan dan minuman, mereka berbual-bual panjang. Pelbagai cerita silih-berganti. Amanda kelihatan sungguh gembira. Sudah lama dia mendambakan saat seperti ini. Namun, Daniel tidak pernah memahami kemahuannya. Dia tahu Daniel tidak pernah ikhlas meluangkan masa dengannya. Amanda berasa sungguh kecewa.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now