8

426 19 21
                                    

Pada malam Isnin, Ayuni pergi ke kafetaria untuk bertemu dengan Eline. Dia berharap agar Eline merinduinya seperti mana dia merindui Eline.

"Cik Eline ada?" soal Ayuni pada seorang pelayan wanita yang baru sahaja menghantar makanan ke meja pelanggan.

"Ada. Tunggu sebentar ya, Cik," balas pelayan wanita tersebut. Lalu, dia segera mendapatkan Eline di sebuah meja makan. Ketika itu, Eline sedang asyik melakukan kerjanya.

"Cik Eline, ada pelanggan nak jumpa."

"Okay. Terima kasih." Eline segera menuju ke pelanggan yang dinyatakan.

"Assalamualaikum, Cik," sapa Eline.

"Waalaikumussalam," jawab Ayuni sambil menoleh ke arah belakang. Dia tergamam apabila melihat Eline yang sedang berdiri di hadapan matanya.

"Kenal aku tak?" soal Ayuni.

Eline mengamati wajah Ayuni sedalam-dalamnya. Dia tersenyum. "Ayuni!" jerit Eline sedikit kuat. Dia begitu gembira kerana dapat bertemu kembali dengan sahabatnya ketika di zaman sekolah dahulu.

"Haha. Ingat pun. Aku risau je kau tak ingat aku. Mahu menangis kat hujung katil," kata Ayuni mesra.

"Haha. Patutnya aku buat-buat tak kenal tadi. Bagi kau cuak sikit. Haha," usik Eline. Mereka berpelukan lama. Barangkali melepaskan rindu yang sudah lama terbuku di hati.

"Jom duduk, jom. Kita sembang sambil makan," ajak Eline sambil menarik tangan Ayuni menuju ke meja tadi.

"Mahal tak weh makanan kat sini? Kalau mahal, kau belanjalah. Kalau murah, aku belanja," usik Ayuni. Eline ketawa besar.

"Reasonable price. Cafe biasa je. Bukan vogue pun nak letak harga mahal-mahal," balas Eline sambil tersenyum panjang.

"Iye la tu. Kau apa citer? Dah kawin?" Soalan pertama yang diajukan adalah berdasarkan perjanjiannya bersama Daniel.

"Kawin? Jadi anak dara tua la aku. Takda sape pun nak. Aku je nak orang. Hahaha," jawab Eline lalu tertawa kecil.

"Serius r? Kau nak ke? Aku ada calon," balas Ayuni bersungguh-sungguh.

"Tak nak la. Takda masa la weh nak layan orang. Biarlah aku dengan dunia aku." Eline tersenyum melihat kesungguhan Ayuni.

"Mengada. Kau makin cantik la weh. Apa rahsia?"

"Wudhuk. Hahaha."

"Jawapan cliché. Menyampah aku. Belah la kau." Ayuni berpura-pura merajuk dengan jawapan Eline. Eline pula tidak henti-henti ketawa.

"Eh, jap. Nak makan apa ni? Semua ada. Tolak kayu, batu je," soal Eline.

"Nasi goreng paprik la. Air... erm... hot chocolate," jawab Ayuni.

Mereka berbual-bual sambil makan. Tiba-tiba Iza muncul di situ. Eline mengajak Iza turut serta mereka. Iza bersetuju. Nostalgia kembali berputar di kotak fikiran. Mereka bercerita dengan diselangi gelak tawa. Iza banyak mendengar kerana dia mengenali Eline ketika di zaman universiti.

Seusai makan, Ayuni meminta diri untuk pulang ke rumah. Di dalam perut kereta, Ayuni menghantar mesej kepada Daniel. Dia memberitahu segala maklumat yang diketahuinya pada Daniel tanpa berselindung apa-apa. Dia sudah berjanji. Lagipun, dia ingin menyatukan Eline dan Daniel kerana dia tahu Eline pernah menyukai Daniel suatu ketika dahulu. Tetapi, Ayuni tidak tahu bahawa perasaan yang pernah wujud itu telah padam buat selama-lamanya. Kini, hati Eline sudah terpaut pada jejaka yang bernama Adi Arshan.

"Dah jumpa kawan lama, lupa la aku," usik Iza.

Eline tahu Iza benar-benar maksudkan apa yang dikatanya. Dia cuba memujuk Iza. "Mana boleh lupa kawan susah senang aku. Kaulah sahabat dunia akhirat aku, Iza."

"Iye la tu. Boleh percaya ke?" Iza meminta kepastian.

"Boleh la. Tak baik tipu tau," pujuk Eline lagi. Iza tersenyum panjang.

"Kau dengan Tuan Adi macam mana? Dia ada contact kau?" soal Iza.

"Tah la. Macam tu je la kot. Nak buat apa dia contact aku? Takda sebab," jawab Eline.

"Mana tahu rindu. Kau gtau tak Yara tu anak buah kau je? Kang dia ingat kau da kawin pulak," soal Iza lagi.

"Tak pun. Biarlah. Dia hebat la. Tak sesuai dengan aku," jawab Eline lagi.

"Ni la perangai kau yang aku tak suka. Suka mengalah sebelum berjuang. Kau suka dia, kan? Cuba la berkawan rapat dengan dia," nasihat Iza.

"Tapi aku malu. Dia tu hebat. Macam tak sesuai je dengan aku," ujar Eline perlahan.

"Try dulu boleh, tak? Tak cuba, tak tahu." Eline mengangguk perlahan.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now