7

456 18 21
                                    

Pada hujung minggu, Eline ke sebuah career exhibition di KLCC. Dia pergi bersama-sama Iza dan Irfan. Eline menyimpan perasaan terhadap seorang jejaka yang merupakan career consultant di salah sebuah booth di situ.

Setiap kali jejaka tersebut mengadakan career exhibition, Eline pasti akan mengikutinya. Walaupun Eline tidak suka dengan suasana yang sesak, namun demi melihat jejaka tersebut di hadapan mata, dia pergi jua. Iza akan sentiasa menemaninya. Dia berharap agar sahabatnya dapat berkenalan dengan career consultant tersebut.

Eline mendengar setiap butir kata jejaka tersebut dengan teliti. Dia amat suka dengan penampilan jejaka tersebut yang sungguh kemas dan bergaya. Bibir yang sentiasa menguntum senyuman membuatkan Eline terindu-rindu untuk melihatnya setiap hari.

Eline melepaskan rindu itu dengan mengintai di laman sosial jejaka tersebut iaitu di Facebook, Instagram Telegram dan juga YouTube. Lelaki tersebut sangat aktif di YouTube. Setiap hari, dia akan berkongsi satu video berkaitan kerjaya iaitu tentang kod pakaian, tips temuduga dan sebagainya. Eline akan memuat turun semua video jejaka tersebut dan menontonnya acap kali. Dia tidak pernah merasa jemu.

Di aplikasi Telegram pula, Eline mengikuti satu channel yang turut menceritakan tentang kerjaya. Channel itu diwujudkan untuk membantu orang ramai mendapatkan kerjaya yang sesuai berdasarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga kompetensi yang dikehendaki oleh organisasi yang dipilih. Setiap pagi, jejaka tersebut akan berkongsi tip-tip dan juga apa sahaja informasi berkaitan kerjaya. Eline menjadi pengikut tegar channel tersebut walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan.

"Hei, jauh termenung! Cepatlah. Turn kau pulak. Tak nak tanya dia apa-apa ke?" tegur Iza. Eline tercengang apabila kedua-dua matanya bertembung dengan jejaka tersebut. Walaupun dia berasa malu untuk mendekati jejaka tersebut, tetapi dia teringin berkomunikasi dengannya. Eline terlihat di atas poket kemeja jejaka tersebut, terdapat satu name tag yang tertulis Adi Arshan.

"Ya, Cikpuan. Ada apa-apa soalan yang Cikpuan ingin ajukan kepada saya?" soal Adi Arshan dengan penuh sopan-santun. Senyumannya sentiasa terukir di bibir. Eline berasa sungguh bahagia kerana dapat berbual-bual dengan jejaka yang menjadi ingauannya saban hari. Mereka berbual-bual tentang beberapa topik berkaitan kerjaya yang sering menjadi buah mulut orang.

"Terima kasih Tuan Adi Arshan di atas perkongsian ilmu," ucap Eline sebelum mereka berpisah membawa haluan masing-masing.

"Sama-sama. Moga bermanfaat segala ilmu yang dikongsi," balas Adi Arshan sambil tersenyum. Eline membalas senyuman itu dengan senang hati.

"Seronok?" usik Irfan setelah Eline menghampirinya. Ketika itu, dia sedang berbual-bual dengan Iza.

"Bahagia, bukan seronok. Seronok tu sifatnya sementara. Bahagia tu yang sentiasa terpahat di hati," jawab Eline lalu mengenyitkan matanya. Irfan ketawa kecil.

"Angau," usik Iza pula.

"Bukan selalu. Haha." Eline ketawa kecil apabila Iza dan Irfan mengusiknya. Mukanya kemerahan menahan malu.

"Try la mintak nombor telefon dia, Eline," cadang Irfan.

"Ish, seganlah. Tapi kan... tadi ada selit sikit pasal cafe. Eline ajak dia datang makan situ. Hehe," balas Eline sambil tersenyum sipu.

"Ha baguslah," puji Iza. "Haraplah dia jodoh kau yang masih tersesat tu," usik Iza sambil ketawa kecil.

"Aamiin. Haha. Kalau dia, aku nak," kata Eline. Lalu, mereka ketawa terbahak-bahak.

Selepas menemani Eline ke career exhibition, mereka menuju ke sebuah restoran. Mereka berbual-bual seketika sebelum Eline mengambil keputusan untuk pulang ke rumah seorang diri dengan menaiki LRT. Dia tidak mahu menganggu temu janji Iza dan Irfan. Lagipun, dia sudah berjanji dengan Yara Zahra untuk membawanya bersiar-siar.

Ketika Eline sedang menunggu LRT, dia dikejutkan dengan bunyi panggilan telefon. Eline tidak mahu menjawab panggilan itu setelah melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.

'Menyesal bagi nombor. Kata nak contact sebab urusan tempahan. Ni, dah salah guna pulak,' rungut Eline dalam hati. Dahinya berkerut seribu.

Malam itu, Eline membawa Yara Zahra dan ibunya ke kafetaria. Mereka makan malam di situ.

Ketika sedang menjamu selera, Eline terpegun melihat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafetaria itu. Dia tersenyum panjang.

"Kejap eh. Ibu nak jumpa kawan sekejap. Yara makan dengan Tok Umi dulu ya," kata Eline kepada Yara Zahra. Yara Zahra mengangguk sambil tersengih.

"Assalamualaikum," sapa Eline lembut.

"Waalaikumussalam. Hai. Eline, kan?" jawab Adi Arshan sambil tersenyum mesra.

"Ya, saya. Jemput duduk. Nanti saya bawakkan menu untuk Tuan Adi," jemput Eline. Adi Arshan menuruti perintah Eline. Dia duduk di sebuah meja berbentuk segi empat sama.

"Datang dari mana?" soal Eline selepas memberi senaskhah menu kepada Adi Arshan.

"Office. Singgah dulu sebelum balik rumah," jawab Adi Arshan dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir.

"Tengoklah dulu apa Tuan Adi suka. Saya tunggu," kata Eline lalu memberi ruang kepada Adi Arshan untuk melihat dan membuat pilihan mengikut citarasanya.

"Okay. Cikpuan Eline dah makan? Kalau belum, boleh makan sekali," soal Adi Arshan pula.

"Saya tengah makan dengan family. Tu, kat sana tu. Nak join kami pun boleh. Tapi..."

"Tapi?"

"Ada budak kecik. Takut Tuan Adi tak selesa je la," kata Eline lalu tertawa kecil.

"Oh. Tak jadi masalah pun. Saya nak nasi goreng ayam dan limau panas," kata Adi Arshan lalu menyerahkan semula menu itu kepada Eline. Kemudian, mereka melangkah menuju ke arah Yara Zahra dan Puan Umi Kalsum.

Mereka berbual-bual mesra. Pelbagai topik silih-berganti. Adi Arshan suka melayan Yara Zahra. Yara Zahra pula kelihatan selesa apabila bersama dengannya.

"Terima kasih belanja saya makan malam," ucap Adi Arshan kepada Eline.

"Sama-sama. Nanti datang la lagi. Kalau siang, ada kek. Setiap Sabtu dan Ahad, ada special offer untuk sarapan pagi dan minum petang," balas Eline.

"I see. In shaa Allah saya akan datang lagi. Oh, by the way, comel anak awak. Bijak," puji Adi Arshan.

"Haha. Terima kasih. Yara suka kat Tuan Adi. Jarang-jarang dia nak cakap banyak dengan orang yang dia tak kenal," kata Eline.

"Iye?" Eline mengangguk.

"Saya teringat anak-anak buah saya. Sebaya dia pun ada sorang," kata Adi Arshan.

"Oh. Tuan Adi suka budak-budak, ya? Untung anak Tuan Adi nanti," puji Eline.

"Haha. Saya suka bergurau. Ni, suami datang ambik ke atau balik sendiri?"

"Balik sendiri," jawab Eline.

"Takpelah kalau camtu. Saya mintak diri dulu. Dari pagi tadi tak jumpa pintu rumah. Haha," kata Adi Arshan sebelum mereka berpisah pulang ke rumah masing-masing.

"Okay. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Bye." Adi Arshan melambaikan tangan pada Eline sambil tersenyum. Eline hanya membalas dengan senyuman. Dia berasa begitu gembira kerana dapat bertemu lagi dengan Adi Arshan pada malam itu. Malam itu, Eline pulang ke rumah dengan hati yang bahagia kerana asyik mengenangkan detik pertemuannya dengan Adi Arshan.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now