35

310 8 7
                                    

Selepas melelapkan mata buat seketika waktu, tiba-tiba Eline dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit. Dahinya berkerut seribu. Dia merungut-rungut kerana tidurnya terganggu. 'Entah siapalah telefon malam-malam camni. Ganggu betul!' bebel Eline.

Tiba-tiba, bulat matanya memandang nama di skrin telefon. 'Daniel? Dah kenapa telefon malam-malam camni? Buang tebiat ke apa?' Eline berdengus marah. 'Dia ni aaade je nak buat aku marah!'

Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu. Kemudian, dia melekapkan telefon ke telinga tanpa berkata apa-apa. Sengaja dia tidak mahu bersuara.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

'Ni nombor telefon siapa aku simpan? Kenapa suara Daniel tak sama ngan orang ni? Dah tukar nombor ke? Cepatnya,' desis hati kecil Eline.

"Eline? Cik Eline ke tu?"

"Ya. Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Maaf, saya kawan Daniel. Saya cuma nak maklumkan sesuatu," ujar lelaki tersebut.

"Maklumkan apa?" soal Eline yang terpinga-pinga.

"Sebelum tu saya nak mintak..."

"Mintak apa? Boleh tak Encik terus terang je dengan saya? Tak perlu cakap panjang-panjang. Saya takde masa nak dengar," potong Eline laju. Dia tidak sabar.

"Sorry. Sebenarnya Daniel accident. Teruk jugak keadaan dia. Tak tahu nak terangkan camne. Maybe awak patut datang and tengok sendiri."

Eline terkejut. "Hah? Encik jangan nak tipu saya pulak! Dah lewat malam ni. Macam mana boleh accident?"

"Laa... Accident bukan ada masa. Kalau nak jadi, jadi jugak," balas lelaki tersebut.

"Send location. Saya datang sekarang." Tanpa membuang masa, Eline mula bersiap-siap. Lalu, tangan kanannya menggapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja. Kemudian, dia bergegas ke pintu utama setelah mencapai kunci rumah dan kunci kereta.

Di dalam kereta, Eline membuka aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan lokasi Daniel. Eline bergegas ke tempat itu dengan menggunakan aplikasi Google Maps.

Setiba di lokasi yang dinyatakan, Eline berasa pelik kerana hanya kenderaan Daniel sahaja yang ada di situ. Keadaan kereta itu juga baik-baik sahaja. Dia bertambah aneh. 'Betul ke ada orang call aku tadi? Ke mainan perasaan je?' bisik hati Eline.

Eline keluar dari keretanya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta Daniel. Kemudian, dia menjenguk ke dalam kereta di bahagian pemandu untuk melihat kondisi di dalam. Gelap. Eline melekapkan hidung pada tingkap kaca untuk melihat dengan lebih jelas, tiba-tiba wajah Daniel tersembul keluar. Eline terkejut. Lantas, dia terundur ke belakang dan menjarakkan dirinya dari kereta Daniel.

Daniel ketawa terbahak-bahak sehingga keluar air mata. Setelah melihat wajah Eline pucat lesi, dia mula berhenti ketawa.

"Sorry, sorry," ujar Daniel sambil cuba mendekati Eline.

"Ingat lawak ke?" soal Eline sambil mengetap bibir. Wajahnya sudah bertukar warna. Dia begitu marah dan malu dengan apa yang berlaku.

"Sorry, Eline. Saya saje buat camni sebab nak tahu awak risaukan saya ke tidak. Saya cuma nak uji awak," ujar Daniel.

"Uji? Dengan cara macam ni?" soal Eline. Penumbuk kanannya digenggam kemas.

"Eline, saya mintak maaf. Saya..." Belum sempat Daniel menghabiskan kata-katanya, Eline melepaskan tumbukan ke arah Daniel. Nasib Daniel agak baik kerana dia sempat mengelak. Eline masih tidak puas hati. Dia cuba melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah Daniel, namun tidak berjaya. Daniel lebih tangkas daripadanya.

"Eline... Sabar. Mengucap. Istighfar. Saya mintak maaf." Daniel cuba menenangkan hati Eline yang sedang membara.

"Kau suruh aku mengucap? Kau suruh aku istighfar? Kenapa tak suruh aku buat qiamullail je kat sini?" sindir Eline dengan wajah menyinga.

"Eline, saya mintak maaf," ucap Daniel lagi, entah kali yang ke berapa.

"Accident konon. Mana mamat tu? Mana? Kau bayar berapa kat dia untuk menipu aku?"

"Eline... Saya mintak maaf. Janji, tak buat lagi."

"Blah lah kau! Aku benci kau!" ujar Eline lalu berjalan ke arah keretanya.

"Eline... I love you. Eline... Please... Dengar apa saya nak cakap ni," rayu Daniel. Sungguh dia menyesal dengan perbuatannya itu. Namun, Eline tidak mengendahkannya.

Daniel segera menangkap lengan Eline dari belakang. Lengan Eline dipegang erat hingga Eline meronta-ronta minta dilepaskan.

"Saya boleh lepaskan awak tapi dengan satu syarat. Awak kena dengar kata saya. Kalau awak ingkar, saya akan hukum awak," kata Daniel sebelum melepaskan Eline. Eline terpaksa akur.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now