5

474 19 7
                                    

Daniel termangu di atas katil. Fikirannya tidak mahu berhenti memikirkan tentang Eline. Dia amat menyukai keperibadian Eline yang baginya amat sempurna. Perwatakannya yang lemah-lembut, sopan-santun dan berbudi bahasa itu telah menarik hati Daniel untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

Daniel mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja laci. Dia membuka aplikasi Facebook. Kemudian, dia membuka laman group kelasnya dahulu. Dia mencari Eline di situ. Namun, tidak jumpa. Daniel berasa hampa.

Daniel membuka aplikasi Messenger. Dia menghantar mesej kepada Ayuni, kawan baik Eline ketika di sekolah dahulu.

'Assalamualaikum, Ayuni. Aku, Daniel. Aku nak tanya pasal kawan baik kau dulu. Ingat lagi, tak?'

Selepas menghantar mesej, Daniel lekas menutup aplikasi Messenger. Dia menunggu hari esok untuk melihat kata balas daripada Ayuni. Dia mengharapkan Ayuni memberinya khabar gembira.

Daniel begitu yakin Eline ialah gadis yang sering menjadi bahan ejekannya suatu ketika dahulu.

'Noushin... Noushin.. Ya, hanya aku sahaja yang suka memanggilnya dengan panggilan tu,' getus Daniel. Dia tersenyum sendiri apabila mengimbau kembali kenangan silam. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan gadis tersebut.

'Eline... Eline... Makin meningkat dewasa, makin cantik kau. Ayu, lembut, memang kena dengan citarasa aku. Harap kau masih single,' bisik Daniel. Dia tidak mahu melelapkan matanya kerana dia tidak mahu ingatannya pada Eline padam begitu sahaja. Manakala, Eline sudah nyenyak tidur dengan buah hatinya, Yara Zahra.

Keesokan harinya, Daniel makan tengah hari di kafetaria Eline. Dia sengaja mahu berjumpa dengan Eline. Namun, Eline sering mengelak dari bertemu dengannya.

"Cik, Cikpuan Eline ada?" soal Daniel apabila selesai memesan makanan.

"Ada kat dalam," jawab pelayan wanita tersebut dengan jujur.

"Oh. Panggil dia sekejap boleh? Ada hal nak bincang," kata Daniel dengan riak wajah serius.

"Oh, boleh boleh. Sebentar ye, Encik," balas pelayan wanita tersebut lalu bergegas menuju ke ruang dapur untuk bertemu dengan Eline.

"Cikpuan Eline, ada pelanggan nak jumpa," kata pelayan wanita tersebut dengan sopan.

"Siapa? Lelaki aritu ke?" soal Eline dengan nada sedikit tegas. Pelayan wanita tersebut anggukan kepala. Dia tahu Eline kurang selesa dengan pelanggan lelaki tersebut. Namun begitu, dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia hanya melakukan tugasannya.

"Thanks," kata Eline sebelum beredar dari situ. Pelanggan wanita tersebut hanya membalas dengan senyuman.

Eline menuju ke arah Daniel dengan hati yang terpaksa. Dia malas mahu melihat wajah Daniel yang baginya 'bajet macho'.

"Ya, Tuan Daniel. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" sapa Eline dengan penuh hormat.

"Hi, Eline. Dah lunch?" balas Daniel dengan wajah yang berseri-seri.

"Dah. Ada apa ye panggil saya?" soal Eline.

"Saje. Rindu kat awak. Semalam saya tak nyenyak tidur. Asyik terfikirkan awak," jawab Daniel dengan jujur. Wajah Eline merah padam.

"Saya selesa dengan awak, Eline. Boleh kita berkawan?" soal Daniel.

"Saya takda masa nak berkawan dengan orang. Saya mintak maaf. Saya banyak urusan kat dalam," kata Eline dengan senyuman kelat.

"Please. Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Saya rasa selesa sangat bila dengan awak," rayu Daniel.

"Maaf, Tuan Daniel. Masa saya agak terhad. Saya ada anak yang perlu dijaga, saya ada kafe yang perlu diuruskan dan saya perlukan masa untuk diri saya sendiri. Jadi, saya tak cukup masa untuk orang lain kecuali orang yang teramat penting dalam hidup saya seperti ibu dan anak saya. Saya harap Tuan Daniel faham situasi saya," terang Eline dengan nada tegas.

"Anak?" Daniel terkejut apabila Eline menyebut perkataan 'anak'.

"Ya. Saya ada seorang anak perempuan," jawab Eline.

"Saya tak percaya. Tak mungkin awak dah kawin. Bukti mana bukti?" Tiba-tiba Daniel menjadi agresif. Dia tidak mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Eline.

"Terpulang. Saya mintak diri dulu," kata Eline sebelum angkat kaki.

"Eline. Kita sebaya, kan? Saya sendiri belum kawin, takkan awak da kawin?" Daniel masih tidak berpuas hati. Eline tersenyum panjang.

"Urusan jodoh adalah urusan Allah, bukan awak. Saya kawin awal ke kawin lambat ke, takda kena mengena pun dengan awak. Awak kawin dulu ke saya kawin dulu ke, itu tak menjadi masalah pun," kata Eline lembut.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now