39

393 6 21
                                    

Waktu terus berlalu. Semenjak Daniel pergi dari hidup Eline, dia mulai sibuk dengan urusannya; menguruskan keluarga serta kafetaria yang dibuka bersama-sama dengan Iza. Dia tidak mahu kekosongan waktu membuat dirinya terus dibelenggu dengan rasa sedih dan kecewa. Biarlah kenangan itu terus berlalu. Dia tidak mahu mengenangnya lagi. Namun begitu, semuanya semakin segar dalam kotak ingatan.

Eline berasa hampa. Kepergian Daniel seolah-olah telah membawa separuh kebahagiaan hatinya. Bagi Eline, melupakan Daniel merupakan sesuatu yang mustahil. Dia amat mencintai Daniel sejak di bangku sekolah lagi. Kehadiran Adi Arshan hanya untuk menutup rasa itu, namun tidak berhasil. Malah, perasaan itu semakin menebal.

'Assalamualaikum warahmatullah.'

'Assalamualaikum warahmatullah.'

Setelah memberi salam, Eline membaca istighfar sebanyak tiga kali. Lalu dia membaca, Allahuma anta salam wa minka salam tabarakta ya dzal jalali wal ikram. Kemudian, dia terus menadah tangan untuk berdoa. Dia pasrahkan sepenuh hatinya kepada Sang Pencipta.

Seusai menunaikan solat fardhu Zohor, Eline menuju ke arah ruang tamu. Dia kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran sepasang tetamu yang sudah lama tidak berkunjung ke rumahnya.

"Assalamualaikum, Ustaz Yahya, Ustazah Humairah. Lama tak datang rumah kami," sapa Eline sambil bersalaman dengan Ustazah Humairah.

"Waalaikumussalam," jawab Ustaz Yahya dan Ustazah Humairah serentak sambil tersenyum mesra.

"Saya datang ni sebab nak jemput datang ke rumah saya. Ada buat kenduri doa selamat Jumaat ni," kata Ustaz Yahya.

"Nanti ajak sekali Iza dan kawannya. Apa namanya? Lupa pulak saya," kata Ustazah Humairah pula.

"Irfan. In shaa Allah. Nanti saya sampaikan," balas Eline sambil tersenyum panjang.

"Ha... Ya, Irfan. Baru ingat namanya," kata Ustazah Humairah.

"Eh, dah makan tengah hari ke belum? Kalau belum, jemput makan kat sini. Kan, Umi?"

"Umi dah ajak tadi. Tapi Ustaz Yahya tak sudi," balas Puan Umi Kalsum sambil memandang ke arah Ustaz Yahya.

"Eh, saya bukan tak sudi. Saya cuma tak nak menyusahkan sesiapa," sangkal Ustaz Yahya cepat. Dia tidak mahu orang terasa hati dengannya.

"Takpe. Tak susah pun. Bukan selalu datang rumah kami. Tunggu sekejap, boleh? Eline masak dulu," balas Eline sambil mengangkat punggung.

"Kalau Eline yang masak, kami sanggup tunggu walaupun satu hari," usik Ustaz Yahya. Ustazah Humairah dan Puan Umi Kalsum tertawa kecil.

"Haha. Saya masak setahun sekali. Jadi, Ustaz Yahya dan Ustazah Humairah rasa la air tangan saya yang tak seberapa tu," balas Eline sambil tersenyum sinis.

"Takpe. Kami tak kisah," balas Ustaz Yahya pula.

Eline segera ke dapur untuk memasak nasi tomato. Manakala Puan Umi Kalsum asyik bersembang dengan Ustaz Yahya dan Ustazah Humairah. Yara Zahra pula menemani Eline di dapur. Setelah beberapa jam memasak, akhirnya mereka menjamu selera bersama-sama.

Pada Jumaat malam, Eline sekeluarga pergi ke rumah Ustaz Yahya untuk memenuhi undangan. Majlis yang dijalankan sungguh meriah dengan kehadiran orang ramai. Majlis itu turut diindahkan lagi dengan pelajar-pelajar tahfiz yang dijemput khas oleh Ustaz Yahya.

Ketika makan, Eline terlihat seorang lelaki sedang berbual-bual mesra dengan Ustaz Yahya. Dia mengamati wajah lelaki tersebut betul-betul.

'Datuk Daiyan,' desis hati kecil Eline.

'Datuk buat apa kat sini ek? Beliau datang dengan siapa? Tak nampak pun isteri beliau,' desis hati kecil Eline lagi.

"Eline... Nape tak makan? Tak sedap ke?" tegur Ustazah Humairah yang kebetulan lalu di kawasan itu.

"Eh, Ustazah Humairah. Sedap, sedap. Jemput makan," balas Eline sambil tersenyum nipis.

"Makan, makan. Tambah lagi, ya. Jangan malu, jangan segan. Buat macam rumah sendiri," kata Ustazah Humairah mesra.

"Baik, Ustazah Humairah," balas Eline.

Ustazah Humairah menuju ke arah tetamu-tetamu lain. Dia melayani para tetamu yang hadir dengan baik sekali.

"Ibu... Nak suap," pinta Yara Zahra manja.

"Ish, ngade anak Ibu ni. Suap la sendiri. Yara kan pandai suap sendiri," ujar Eline lembut.

"Erm, nak Ibu suapkan. Please..." rayu Yara Zahra sambil membuat mimik muka comel.

"Haha. Okay. Baca doa makan dulu."

Seusai membaca doa makan, Eline menyuap makanan ke dalam mulut Yara Zahra sehingga licin pinggannya. Kemudian, barulah Eline menghabiskan makanan di dalam pinggannya pula.

"Jap, Ibu g mintak air masak kat Ustazah. Yara duduk ngan Tok Umi dulu, ya," kata Eline sebelum mengangkat punggung. Dia melangkah ke arah dapur untuk bertemu dengan Ustazah Humairah.

Rindu Yang BertamuOnde as histórias ganham vida. Descobre agora