41 (SP)

485 7 12
                                    

Beberapa bulan sebelum.

************************

Pada suatu malam, ketika Eline sedang mengemas meja soleknya, tiba-tiba kedengaran bunyi deringan telefon bimbitnya. Eline menoleh seketika sebelum mengangkat punggung menghala ke arah meja laci.

Setelah melihat nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya, lantas Eline menjawab panggilan itu. "Assalamualaikum," sapa Eline. Nadanya perlahan.

"Waalaikumussalam. Hai, Eline. Apa khabar?" balas pemanggil tersebut.

"Alhamdulillah, sihat. Awak?"

"Alhamdulillah, sihat juga. Buat apa? Saya ganggu awak ke?"

"Kemas barang sikit. Tak la, tak ganggu pun," jawab Eline, jujur.

"Eline.. Boleh kita berjumpa bila-bila? Di mana-mana?" soal pemanggil tersebut. Lirih suaranya berharap.

"Boleh."

"Kat taman tasik, okay?"

"Okay. Jumpa esok. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Talian dimatikan selepas kedua-duanya berbalas salam.

Keesokan hari, Eline bertemu dengan Adi Arshan di taman tasik. Taman tasik itu agak lengang pada hari biasa berbanding di hujung minggu yang penuh dengan orang ramai. Mereka duduk di sebuah kerusi yang dibina di bawah pokok. Mereka terdiam seketika. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu membuatkan mereka berasa kekok.

"Eline..."

"Adi..."

Serentak kedua-duanya bersuara. Lalu, mereka tertawa kecil.

"Okay, ladies first." Adi Arshan memberi peluang untuk Eline berkata-kata. Dia memasang telinga.

"Saya tak ingat nak cakap apa tadi. Awak la cakap dulu." Eline cuba berdalih.

Adi Arshan akur. "Eline... Pertama sekali, saya nak mintak maaf atas semua kesilapan saya pada awak. Saya tak matang. Saya ingat dengan menjauhkan diri dapat menjernihkan keadaan. Hakikatnya, tidak sama sekali. Rasa bersalah masih tersisa di hati saya," ujar Adi Arshan, kesal. "Eline... Sejujurnya saya sukakan awak. Saya nak kenali awak dengan lebih mendalam lagi. Lagipun saya sayangkan Yara. Dia seorang budak yang baik. Saya senang dengan dia," tambah Adi Arshan lagi.

Eline terkedu buat seketika. Dia bagai tidak mempercayai bahawa Adi Arshan menyukainya. Mulutnya melopong tidak percaya.

"Awak sukakan saya?" soal Adi Arshan. Spontan, Eline menoleh. Serta-merta wajahnya berubah rona. Dia tergamam.

"Haha. Pucat muka awak. Terkejut dengan soalan saya? Saya mintak maaf, ya," kata Adi Arshan. "Yara sihat?" tanya Adi Arshan cuba mengalih topik perbualan mereka.

"Alhamdulillah, sihat. Hm, Yara asyik tanya pasal awak. Boleh katakan setiap masa. Saya pun tak tahu nak cakap apa, nak bagi alasan apa lagi. Yelaa... awak tiba-tiba hilang. Saya hanya mampu cakap awak sibuk kerja," balas Eline.

"Hm. Salah saya. Semua salah saya."

"Tak lah. Mungkin awak terkejut bila saya luahkan isi hati saya aritu. Awak tak jangka hal tu akan berlaku. Saya faham." Eline tersenyum tawar. "Oh, lupa nak tanya. Tunang awak apa khabar? Eh, ke korang dah kawen?" soal Eline.

"Belum. Kami dah bawa haluan masing-masing."

"Kenapa?" soal Eline, terkejut.

"Katanya saya sibuk sangat sampai takda masa untuk dia. Asyik fikir pasal keje. Dia bosan."

"Seriously? Tak cuba bincang dulu?"

"Dah. Dia tetap dengan keputusan dia kalau saya tak nak tukar keje lain."

"Keje awak dah okay. Nak tukar apa lagi?"

"Memang okay tapi agak sibuk. Travel sana, travel sini. Dia penat menunggu."

"Hm. Macam-macam orang ni. Dulu masa nak, boleh pulak terima seadanya. Bila dah dapat, lain pulak ceritanya."

"Haha. Marah nampak!" usik Adi Arshan. Dia tersenyum sinis kerana Eline pula yang terlebih emosi.

"Hm... Lama awak menghilangkan diri. Mana awak pergi? Rasanya kali terakhir kita bertemu di hospital, kan? Lepastu awak terus hilang dari radar. Saya ada buat salah ngan awak ke?" soal Eline.

"Eh, tak la, takda salah apa pun," jawab Adi Arshan.

"Umi ada tanya pasal awak. Katanya lama tak jumpa."

"Saya mintak maaf, Eline. Nanti sampaikan salam saya pada umi awak. Bila ada kelapangan, saya datang jumpa umi dan Yara, okay."

"Okay," jawab Eline, ringkas.

Perbualan yang bermula agak kaku tadi bertukar mesra. Sesekali diselangi dengan gelak dan tawa. Perbualan mereka berlanjutan sehingga hampir jam 1 petang. Tidak lama kemudian, bunyi azan Zohor pun berkumandang. Perbualan mereka terhenti seketika bagi menghormati laungan azan.

Jam di pergelangan tangan dikerling. "Jom, kita solat Zohor dulu. Pastu kita g makan," ajak Adi Arshan.

"Jom. Perut saya dah berbunyi ni. Hihi."

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now