34

272 8 4
                                    

Majlis ulang tahun kelahiran Yara Zahra yang diadakan di kafetaria Eline berjalan lancar seperti yang dirancang. Majlis itu dihadiri oleh rakan-rakan sekolah Yara dan juga jiran tetangga. Eline amat bersyukur kerana Yara kelihatan sungguh gembira. Dia mendapat banyak hadiah.

Setelah majlis tamat, Iza menghantar Yara Zahra dan Puan Umi Kalsum pulang ke rumah. Eline pula sibuk mengemas sambil dibantu oleh Irfan. Ketika Eline sedang mengemas meja, Daniel mendekatinya.  Tubuhnya merapati susuk tubuh Eline. Eline tidak dapat meloloskan dirinya kerana telah dikepung dengan kedua-dua belah tangan Daniel yang dilekapkan di atas meja. Wajah mereka hanya berjarak beberapa inci sahaja.

"Daniel apa ni?" marah Eline. Mukanya merah padam.

"Saya suka bau wangian awak ni," kata Daniel selamba.

Eline mula naik angin. "Tepi sikit la! Saya tak bole nak gerak ke mana-mana, nanti berlaga pipi!"

"Iye?" Daniel bagaikan sengaja mencabar kesabaran Eline.

"Daniel!"

Eline cuba menyiku perut Daniel, namun Daniel segera menjarakkan tubuhnya daripada Eline. Dia tersenyum sinis apabila Eline menatapnya dengan mata yang bersinar garang.

Senyum sinisnya mencabar kesabaran Eline. "Tolong hormat saya, ya, Encik Daniel. Lain kali awak buat macam tu, saya..."

"Saya apa?" Belum sempat Eline menghabiskan kata-katanya, Daniel terus mencelah.

"Saya tumbuk awak!" ugut Eline. Api amarahnya meluap-luap di dada. Daniel melemparkan senyuman sinis saat mendengar ugutan Eline itu.

"Saya cakap, saya buat! Jangan cabar saya!" ugut Eline sekali lagi. Matanya tajam memberi amaran. 

"Okay," balas Daniel sepatah. Lagaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Eline bertambah geram. Dia merenung tajam ke wajah Daniel sebelum melangkah pergi.

'Apa yang tak kena dengan Daniel ni?' rungut Eline. Hatinya masih panas. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dimaki hamun Daniel dengan kata-kata kesat. Tetapi dia masih berakal. Dia perlu bersabar.

***

"Hello, Daniel. Kau katne? Jom lepak." Firuz menghubungi Daniel. Ketika itu, Daniel sedang memandu kereta.

"Katne?" soal Daniel.

"Port biasa," jawab Firuz.

"Okay." Daniel segera mematikan panggilan telefonnya. Mereka berjumpa di sebuah restoran.

Setiba di restoran, Daniel memesan segelas minuman berais. "Honey lemon."

Pelayan lelaki tersebut mencatat pesanan yang dipesan. "Makan?" soal pelayan lelaki tersebut pula.

"Tak nak lagi. Thanks," jawab Daniel sambil tersenyum. Selepas mencatat menu yang dipesan, pelayan lelaki tersebut terus berlalu.

"Lama dah sampai?" soal Daniel kepada Firuz.

"Baru je. Kau dari mana?"

"Dari kafe Eline. Dia buat majlis hari lahir anaknya," jawab Daniel.

"Ooo... Kau dengan dia ape citer?"

"Entah."

"Dia masih dingin dengan kau?"

Daniel angguk kepala. Dia tersenyum hambar.

"Move on la, beb. Dia tak nak tu. Jangan dipaksa," kata Firuz.

"Tengoklah. Aku dah bosan nanti, aku angkat kaki. Malas nak fikir. Aku bukan jenis yang mudah give up kalau nakkan sesuatu. Tapi aku kena give up jugak bila orang tak pernah hargai aku," balas Daniel.

"Melepaskan orang yang kita sayang memang perit. Tapi bak kata Imam Syafie, jika seseorang tidak tertarik dengan engkau kecuali terpaksa, maka tinggalkanlah. Jangan kasihan ke atasnya. Kita kena ada nilai diri."

"Hmm..."

"Love yourself first, so you will know what you deserve. Trust me, dia akan rasa sunyi bila kau hilang dari hidup dia. Tak payah bazir masa dengan orang yang tak pernah hargai kau. Buat dia rasa kehilangan. Biar dia sedar apa itu erti menghargai."

"Haha kau pulak emosi. Pe hal?" usik Daniel.

"Kau kawan aku. Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit."

"Wah, terharu aku!" usik Daniel lagi.

"Bengong!" Mereka ketawa terbahak-bahak.

***

Eline pulang ke rumah setelah urusannya di kafetaria selesai. Setiba di rumah, kelihatan Yara Zahra asyik bermain dengan alat permainan baharunya.

"Main apa tu?" sapa Eline dengan raut wajah yang sungguh manis.

"Ibu..." Yara Zahra terus berlari lalu segera memeluk tubuh Eline dengan sangat erat.

"Seronok dapat mainan baru?" soal Eline. Dia berjalan sambil mendukung Yara ke ruang tamu.

"Seronok!" jawab Yara Zahra sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Jom tidur, Sayang. Ibu penat, ngantuk sangat," ajak Eline. Yara Zahra segera mengemas alat permainan baharunya lalu disimpan baik-baik di dalam storage box.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now