11

385 15 12
                                    

"Yara... Yara Zahra," panggil Eline. Yara terdengar namanya dipanggil. Lalu, dia memberitahu Iza bahawa Eline sedang mencarinya.

"Eline... Sini, sini," laung Iza dari arah kaunter bayaran.

"Eh, ada kat sini. Kenapa tak duduk kat sana?" soal Eline.

"Ada orang kacau Yara," jawab Iza.

"Siapa?" soal Eline, risau.

"Entah. Dia duduk kat sana tu ha. Glah tengok kot kau kenal dia," kata Iza. Eline menjenguk. Terdapat seorang lelaki sedang bermain dengan telefon bimbitnya.

"Okay. Yara duduk dengan Mama Iza kejap, ya?" kata Eline kepada Yara. Yara mengangguk. Eline berjalan menuju ke arah lelaki tersebut.

"Daniel?" Eline terkesima apabila melihat Daniel di situ.

"Hi, Eline," sapa Daniel sambil tersenyum. "Saya tegur anak awak tadi tapi dia lari. Mungkin dia takut dengan saya, kot. Kami tak pernah jumpa sebelum ni."

"Saya dah pesan jangan layan orang yang tak kenal," kata Eline.

"Oh, patutlah."

"Minum?" soal Eline.

"Saya datang ke sini sebab nak jumpa dengan awak. Saya ada benda nak cakap. Boleh awak luangkan sedikit masa untuk saya? Saya janji tak ambik masa lama pun," pinta Daniel lembut.

"Okay. Apa dia?" Eline kelihatan tenang. Senyuman terukir di bibirnya.

"Eline... Saya nak mintak maaf kat awak. Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak sejak dari zaman sekolah lagi. Masa tu saya tak matang. Saya terlalu ikut perangai keanak-anakan saya. Saya rasa berdosa sangat. Lebih-lebih lagi bila awak tak pernah balas apa-apa pun pada saya. Saya jadi serba-salah. Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya harap awak sudi maafkan saya dan anggap saya sebagai kawan," ujar Daniel.

Eline terpinga-pinga. Dia tidak menyangka Daniel akan memohon maaf padanya. "Saya dah lama maafkan awak, Daniel. Takpelah. Yang dah berlalu, biarlah berlalu. Tak perlu diratapi atau dikesali. Lagipun, masa tu kita semua budak-budak. Jadi, fikiran masih belum matang. Saya tak simpan dendam pun pada awak," kata Eline sambil tersenyum panjang.

Daniel menunduk. Mungkin, dia malu dengan perbuatan silamnya. "Terima kasih, Eline," ucap Daniel perlahan. Namun begitu, suaranya masih boleh didengar dengan jelas.

"Sama-sama. Ada lagi?" soal Eline. Dia ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Saya sukakan awak, Eline," kata Daniel sambil menatap mata Eline dan direnung sedalam-dalamnya.

Eline terkesima. "Huh?"

"Saya sukakan awak. Saya sukakan awak sejak dari sekolah lagi. Bila saya dapat tahu awak sukakan saya jugak, saya jadi tak keruan. Sebab tu saya asyik marah kat awak. Saya ejek awak sebab saya nak perhatian awak. Saya nak awak ingat saya selalu. Saya tahu cara saya salah. Tapi, waktu tu saya tak dapat fikir dengan baik," kata Daniel lagi. Matanya masih menatap mata Eline.

Mata Eline tidak berkerdip. Dia sangat terkejut. Wajahnya terasa hangat. 'Apa yang Daniel merepek malam ni?' detik hati Eline.

"Eline..." Belum sempat Daniel menyambung kata-katanya, Eline sudah mencelah.

"Saya ada keje kat dalam. Jemput minum," kata Eline sebelum meninggalkan Daniel sendirian. Seusai minum dan menjamah sedikit kek, Daniel bergerak pulang ke rumah. Hatinya berasa lega apabila sudah menyatakan isi hatinya yang sudah lama terbuku di hati.

Pada jam 9.30 malam, Adi Arshan datang ke kafetaria sambil membawa coklat untuk Yara Zahra.

"Assalamualaikum," sapa Adi Arshan apabila melihat Eline sedang mengajar Yara Zahra.

"Waalaikumussalam," jawab Eline sejurus selepas melihat wajah Adi Arshan. Adi Arshan tersenyum.

"Ingat Abi lagi?" soal Adi Arshan kepada Yara Zahra. Yara Zahra mengangguk sambil tersenyum melirik.

"Nah, coklat untuk Yara. Yara belajar apa tu?" Mereka berbual-bual sebentar sebelum Eline menjemput Adi Arshan makan malam.

"Awak dah makan?" soal Adi Arshan sebelum menyuap nasi ke mulut.

"Dah. Makan dengan Yara n Iza."

"Iza?"

"Housemate saya. Yang duduk dengan Yara tu la orangnya," balas Eline sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Iza. Adi Arshan anggukkan kepala.

Seusai makan, Adi Arshan melayan Yara Zahra. Yara Zahra kelihatan amat gembira apabila bersama-sama dengan Adi Arshan. Dia asyik ketawa.

Iza dan Eline pula melihat mereka dari jauh. "Tuan Adi nampak sayang sangat kat Yara. Kau tak rasa apa-apa ke?" soal Iza tiba-tiba. Eline terpana mendengar soalan itu.

"Kau dengar tak?" soal Iza lagi.

"Kalau aku setaraf dengan dia, dah lama aku cuba nasib. Kafetaria ni pun baru setahun bukak. Aku masih bertatih lagi weh. Nak ke dia dengan orang yang tak seberapa macam aku ni?" Eline membalas soalan Iza dengan soalan. "Sejujurnya aku dah serik dengan manusia yang sering memandang harta ni. Aku takut orang hina aku. Aku malu."

"Aku yakin dia tak kisah pun dengan apa yang kau ada. Kau percayalah cakap aku," balas Iza. Eline membisukan diri.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now