15

337 11 45
                                    

Masa berjalan pantas. Pada hari Ahad, Daniel menjemput Eline di rumah. Dia kelihatan smart dan macho apabila mengenakan pakaian smart casual berwarna biru gelap. Daniel menyusun langkah menuju ke arah pintu pagar. Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Eline, dia terus bertanya, "Mana Yara?"

"Erm tak jadi ikut sebab umi nak bawak dia g mandi kolam," jawab Eline.

"G ngan sape?" soal Daniel lagi.

"Ngan Iza dan Irfan."

"Ooo... Okay. Jom," ajak Daniel.

Eline membuntuti langkah Daniel dari arah belakang. Kemudian, Daniel membuka pintu kereta. Eline terkejut melihat tindakan Daniel. Dia berasa kekok.

"Terima kasih," ucap Eline sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Daniel membalas dengan senyuman sebelum menutup pintu kereta.

Setelah sekian lama berdiam diri, mereka berbual-bual kosong. Daniel memulakan perbualan.

"Saya suka tengok awak pakai warna ungu. Sesuai dengan awak," puji Daniel.

"Haha. Iye? Terima kasih."

"Sama-sama."

Kemudian, mereka terdiam semula. Selang beberapa minit kemudian, Eline mula bertanya, "Kita nak g mana?"

"The Gardens Mall. Saya nak ajak awak makan kat Eatz Hong Kong. Lama tak g makan kat situ," jawab Daniel.

"Oh. Sedap ke makanan kat situ?"

"Sedap. Nanti awak cuba. Mesti awak suka," kata Daniel. Eline tersenyum.

Setiba di The Gardens Mall, mereka menuju ke arah Restoran Eatz Hong Kong.

"Kita makan dulu, ya? Saya belum breakfast lagi," kata Daniel ketika sedang berjalan. Eline hanya mengangguk.

"Ramainya orang. Ada tempat duduk ke ni?" soal Eline yang teruja melihat kecantikan hiasan dan murale di restoran itu.

"Ada. Kejap," balas Daniel lalu memanggil seorang pelayan lelaki yang bernama Aiman.

"Abang. Masuk, bang. Berapa orang?" sapa Aiman mesra sambil berjabat tangan dengan Daniel.

"Dua orang je."

"Meja kat sana. Sekejap, saya ambik menu," kata Aiman lalu mengiring Daniel dan Eline ke sebuah meja yang baru sahaja dibersihkan.

"Eline," panggil Daniel. Eline menoleh. Dia melihat Daniel sudah menarik kerusi untuk didudukinya.

"Terima kasih, Daniel," ucap Eline sambil tersenyum. Mukanya kemerahan menahan malu.

"Aiman, macam biasa la," kata Daniel. "Nanti tambah polo bun n egg tart. Tu je," tambah Daniel.

"Cik?" soal Aiman selepas menulis pesanan yang dipinta oleh Daniel.

"Sekejap ye. Rambang mata pulak saya. Mana yang sedap? Suggest please," balas Eline.

"Saya suka curry seafood rice. Awak mungkin bole cuba cheese-baked chicken cutlet with rice," cadang Daniel.

"Ha nak yang tu la," kata Eline.

"Sauce?"

"Sauce? Oh, ada sauce ek? Maaf la pertama kali makan kat sini. Ada sauce apa?" soal Eline.

"Sauce tu macam kuah. Ada mushroom and tomato," jawab Aiman.

"Ooo.... Mushroom tu rasa mushroom sangat ke?"

"Biasa-biasa je."

"Ha bole la. Tomato takut masam pulak. Saya tak suka masam," kata Eline sambil tertawa kecil.

"Minum?"

"Summer mango. Tapi kan HK coffee on ice bed ni nampak sedap," kata Eline. Dia betul-betul rambang mata.

"Haha. Ambik dua-dua la," kata Daniel.

"Tak bole. Nanti tak abis," balas Eline.

"It's okay. Tak abis, tinggal je la."

"Eh, tak bole. Membazir tu amalan syaitan."

"Ikut awak la."

"Summer mango la, Aiman," pinta Eline. Aiman tersenyum sambil mencatat pesanan.

Sambil menunggu makanan dan minuman tiba, mereka berbual-bual.

"Awak nak tengok citer apa nanti?" soal Daniel.

"Citer hantuuu... Hihihi," jawab Eline sambil mengusik Daniel. Daniel tertawa dengan usikan Eline yang comel itu.

"Hantu? Hantu apa?"

"Hantu Daniel. Haha," usik Eline lagi.

"Haha. Saya pulak hantu."

"Tak kisah la hantu apa. Yang penting citer hantu. Tak nak citer cinta. Action ke sci-fi pun okay. No problem," kata Eline.

"Kenapa tak suka tengok citer cinta?" soal Daniel.

"Hm, boring. Jalan cerita lebih kurang sama pastu ending bole agak. Baik saya je cerita kat awak. For sure, 80 percent sama apa saya cerita," jawab Eline.

"Haha. Okay la. Hantu pun hantu la. Saya layan je mana-mana. Yang penting..." Daniel sengaja meninggalkan persoalan di benak fikiran Eline.

"Yang penting?" soal Eline sambil memandang wajah Daniel.

"Yang penting saya tengok movie tu dengan orang yang saya sayang." Kata-kata Daniel membuatkan wajah Eline merah padam.

"Haha. Malu ke? Saya suka tengok awak malu-malu dengan saya. Nampak comel," usik Daniel lalu mengenyitkan mata kirinya. Eline tersenyum simpul.

Seusai makan, mereka menuju ke panggung wayang. Selesai membeli tiket, mereka berbual-bual kosong sementara menunggu giliran.

Ketika sedang menonton wayang, Daniel kelihatan gelisah seperti cacing kepanasan. Eline berasa hairan. Lalu, dia bertanya, "Awak okay ke? Nampak macam tak selesa."

"Ha okay okay," jawab Daniel pantas.

"Betul? Kalau tak okay, kita keluar," kata Eline. Dia melihat Daniel tidak senang duduk. Kedua-dua belah kakinya asyik terangkat.

"Saya okay. Shhh, jangan bising," balas Daniel. Eline melihat Daniel asyik memejam kedua-dua belah matanya. Kadang-kala dia hanya membuka sebelah mata sahaja. Eline tersenyum panjang.

"Awak takut tengok citer hantu, ya?" soal Eline separa berbisik.

Daniel menoleh ke arah Eline. Dia cuba berlagak selamba. "Mana ada. Saya tak takut la. Citer je pun," jawab Daniel dengan nada angkuh.

"Haha. Tapi awak tak tengok pun. Awak pejam mata," kata Eline.

"Shh, diam. Nanti orang marah." Daniel cuba berdalih.

"Jomlah kita keluar. Kesian awak. Nanti terkencing kang," kata Eline.

"Shhh... Fokus, fokus." Daniel tetap berdegil. Dia mahu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak takut menonton cerita seram. Namun begitu, bahasa tubuhnya mengatakan sebaliknya. Eline tersenyum melihat telatah Daniel.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now