9

405 18 27
                                    

"Ibu... boleh tak Yara nak ikut Ibu pergi keje?" soal Yara Zahra ketika Eline sedang menyikat rambut.

Eline menoleh ke arah Yara. "Kenapa Yara nak ikut Ibu pergi keje? Nanti homework bila nak buat?" soal Eline kembali.

"Yara bawak la homework sekali. Yara rindu Ibu," renggek Yara Zahra.

Eline terdiam seketika. Dia sedang membuat pertimbangan. Eline mengaku bahawa dia hanya meluangkan sedikit masa bersama Yara Zahra. Dia terlalu fokus dengan kerjaya sehingga kadang-kala dia terlupa akan amanahnya.

Eline melepaskan keluhan panjang. Kemudian, dia berkata, "Nanti Ibu bincang dengan Tok Umi. Kalau Tok Umi bagi, Ibu bawak, ya." Eline mengusap lembut rambut Yara Zahra.

"Okay, Ibu. I love you." Yara Zahra tersenyum panjang. Di dalam hati, dia berharap agar ibu dan neneknya berlembut hati untuk menunaikan permintaannya.

Keesokan pagi, Eline mendapat panggilan daripada Ayuni. Katanya, dia mahu makan tengah hari di situ.

"Eline," sapa Ayuni setelah tiba di kafetaria. Di sebelah kanannya, terdapat seorang lelaki yang lengkap berpakaian pejabat.

"Kau kenal tak siapa ni?" soal Ayuni apabila mata Eline tidak beralih dari melihat lelaki tersebut.

"Siapa?" soal Eline.

"Daniel. Aku saje bawak dia sekali," jawab Ayuni sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Oh." Air muka Eline kelihatan kurang senang dengan kehadiran Daniel di situ. Tiada lagi senyuman terukir di bibirnya. Dia banyak melemparkan senyuman palsu supaya ketidakselesaan yang dirasainya dapat dikawal dengan baik. Dia berpura-pura tidak mengenali Daniel walhal dia pernah bertemu dengan Daniel beberapa kali sebelum ini.

Mereka makan tengah hari bersama-sama. Daniel cuba berbual-bual dengan Eline, namun Eline melayannya acuh tak acuh sahaja. Ayuni hanya memerhati gelagat mereka. Dia melihat Eline seperti cacing kepanasan. Daniel pula kelihatan sangat teruja apabila dapat bertemu dengan Eline.

'Pelik betul. Eline ni suka Daniel lagi ke tak?' soal Ayuni dalam hati.

Malam itu, Adi Arshan datang ke kafetaria Eline. Dia ingin bertemu dengan Yara Zahra. Fikirnya, Eline membawa Yara Zahra ke tempat kerja setiap hari.

Ketika Adi Arshan tiba di kafetaria, Eline berada di kaunter bayaran. Dia sedang berbual-bual dengan seorang pelayan wanita. Adi Arshan mengatur langkah menuju ke arah Eline.

"Assalamualaikum," sapa Adi Arshan. Eline terpana. Mukanya bertukar kemerahan apabila bertembung mata dengan sang pujaan hati.

"Waalaikumussalam," jawab Eline sambil tersenyum manis.

"Boleh saya berjumpa dengan Yara? Saya ada bawak coklat untuk dia," soal Adi Arshan sambil menghulurkan beg kertas kepada Eline.

"Yara? Yara kat rumah," jawab Eline lalu mengambil beg kertas itu.

"Oh, ye ke? Saya ingat dia ikut Cikpuan Eline ke sini. Saya silap la ni," kata Adi Arshan sambil tertawa kecil.

"Iye. Kalau Tuan Adi nak jumpa Yara, saya bawak dia datang ke sini esok," balas Eline. "Oh, lupa nak cakap. Saya tahu Tuan Adi seorang yang professional. Setiap tutur kata diambil kira. Tetapi, sejujurnya saya lebih selesa kalau Tuan Adi panggil saya, Eline. Tak perlu cikpuan, cikpuan dengan saya. Saya kurang selesa."

Adi Arshan tersenyum. "Baiklah. Kalau macam tu, Eline panggil saya Adi. Tak perlu tuan dengan saya." Eline mengangguk sambil tersenyum.

Eline menemani Adi Arshan makan malam. Dia berasa seronok kerana dapat bertemu dengan Adi Arshan malam itu.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?" soal Adi Arshan perlahan. Eline mengangguk.

"Suami awak keje apa?" soal Adi Arshan selepas mendapat keizinan daripada Eline.

Eline tersenyum sebelum menjawab soalan Adi Arshan. "Sebenarnya, saya belum berkahwin lagi. Yara Zahra tu anak arwah sepupu saya. Saya ambik dia jadi anak angkat saya selepas kematian ibunya. Ibu arwah pula ialah ibu angkat saya yang jaga saya selepas kematian kedua-dua ibu bapa saya. Jadi, sekarang ni, saya jaga ibu dan juga anak arwah," jelas Eline. "Faham tak ke berbelit penjelasan saya?" soal Eline pula.

"Faham, faham. Jadi, awak jaga Yara dari kecil?" soal Adi Arshan lagi. Perasaan ingin tahu semakin menebal. Cuma, dia takut Eline akan tersinggung sekiranya dia tersalah kata.

"Iye. Sebabtu bila orang tanya siapa Yara, saya akan jawab Yara tu anak saya. Saya jaga dia dari kecil. Rasa sayang tu dah macam anak sendiri."

"Kalau awak terus mengaku Yara tu anak awak, nanti takda siapa nak ngorat awak. Ye la. Takkan nak ngorat isteri orang pulak, kan," usik Adi Arshan.

"Takpa. Bukan ada orang ngorat saya pun," balas Eline lalu tertawa kecil.

"Mana awak tahu?" soal Adi Arshan. Eline hanya tersenyum. Dia akui bahawa ramai yang mencuba nasib, namun hatinya tidak boleh dipaksa.

"Awak pulak?" soal Eline pula. Sudah lama dia ingin mengetahui status Adi Arshan.

"Saya apa?" soal Adi Arshan kembali. Dia sengaja bermain tarik tali.

"Masih bujang atau sudah berumahtangga?"

"Masih mencari," jawab Adi Arshan jujur. Eline tersenyum panjang apabila mendengar jawapan itu.

"Tak payah cari. Orang yang datang kat awak," usik Eline.

"Iye?"

"Iye. Apa orang kata, petik sekali, sepuluh yang datang." Adi Arshan hanya ketawa.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now