33

269 9 18
                                    

Hari demi hari berlalu. Pada suatu hari, Eline membuat persiapan yang cukup meriah bagi menyambut ulang tahun kelahiran Yara Zahra. Dia dibantu oleh Iza dan juga Irfan. Sedang ralit dia menghias dinding dengan beberapa jenis confetti dan belon, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

"Eline..."

Eline terdengar suara seseorang memanggil namanya. Suara itu seperti dia kenali. Lantas dia menoleh.

"Boleh saya tolong?" Daniel menawarkan dirinya. Tanpa menunggu kata balas daripada Eline, Daniel terus berpaling dan melangkah mengambil banner 'Happy Birthday'. Lalu Daniel terus menggantungkan banner itu pada dinding tanpa menoleh ke arah Eline.

Iza dan Irfan saling berpandangan dan tersenyum sesama sendiri apabila melihat mereka menghias dinding bersama-sama.

"Adrenaline Noushin binti Muhammad Seth.." Eline terus berhenti melakukan kerja apabila Daniel memanggil nama penuhnya.

"I am in love with you. I want you to know that I am yours today, tomorrow and forever. I never knew what true love was until I met you. I love you, Eline. I am going to show you, every day, and in any way I can, that I love you and want to grow old with you. And when I loved you, I realized I have never truly loved anyone and never truly love anyone the way I love you." Daniel merenung mata Eline dalam-dalam. Sudah lama dia ingin meluahkan isi hatinya.

Eline tergamam. Iza dan Irfan pula sudah tersenyum lebar mendengar luahan isi hati Daniel.

"Nak jugak macam tu," rengek Iza kepada Irfan.

"Ish, mengarut je awak ni! Jangan lar ganggu dorang," balas Irfan.

"Ala..."

"Adrenaline Noushin... I'm not perfect. I make mistakes. I hurt you. But when I say sorry, I actually mean it."

Eline masih lagi terdiam membisu.

"Adrenaline Noushin..."

"Shhh... Saya tak nak dengar apa-apa lagi," kata Eline. "Saya sibuk. Lain kali kita sembang, ya," kata Eline lagi.

"Eline... Boleh tak awak buang sikit ego awak tu? Saya kecewa dengan sikap awak."

"Mana ada saya ego. Saya memang sibuk. Awak nampak, kan?" nafi Eline.

"Okay. Lepasni kita sembang, ya." Daniel mengalah.

Tanpa membuang masa, Eline segera menuju ke arah dapur. Semakin lama dia menatap wajah Daniel, semakin hatinya jadi tidak keruan. Dia menjadi tidak tentu arah. Eline meraup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangan. Wajahnya terasa hangat.

"Eline... Watpe kat sini?" Iza yang tercari-cari Eline, akhirnya terjumpa Eline sedang bersembunyi di dapur.

"Iza... Aku malu..." Eline memeluk tubuh Iza erat. Hatinya diruntun pilu. "Aku tak tahu nak cakap apa lepas Daniel luahkan isi hati dia tadi," kata Eline lagi.

"Kau terima jelah dia. Aku yang tengok tadi pun melting. Sweet betul Daniel," balas Iza sambil tersenyum panjang.

"Tapi aku tak suka dia," kata Eline pula.

"Belajarlah terima dia. Kita harus melepaskan apa yang kita sayang untuk kebahagiaan lain. Lepaskan Adi, terimalah Daniel," nasihat Iza. Raut wajahnya terserlah kebahagiaan.

"Hm." Eline menghembuskan keluhan berat. Sudah lama waktu berlalu, namun ruang hatinya masih belum terisi. Sudah puas dia cuba melupakan kenangan. Adi Arshan, jejaka yang berjaya menambat hatinya. Dia umpama bayang-bayang; sukar untuk pergi, sukar juga untuk dimiliki. Sampai bilakah bayang-bayang itu akan menjadi peneman hidupnya? Eline sendiri tidak pasti. Sebenarnya Eline keliru dengan perasaannya sendiri. Dia sudah serahkan segala rasa cintanya pada Adi Arshan sehingga tidak bersisa lagi.

"Eline," panggil Iza. Eline menoleh.

"Kau okay?" soal Iza yang kebimbangan apabila tiba-tiba sahaja Eline mendiamkan diri.

"Okay," jawab Eline sepatah.

"Semua dah siap." Tiba-tiba terdengar suara Irfan dari arah luar.

"Okay," balas Iza, lalu beredar dari situ.

Eline masih tetap berdiri di situ. Otaknya masih lagi berfikir. Fikirannya melayang-layang. Wajah Adi muncul di dalam fikirannya.

'Adi Arshan... Awak kat mana? Saya rindukan awak,' keluh Eline. Hatinya terasa sebak. Tiba-tiba kepalanya terasa berat bagai sedang menjunjung batu besar. Mungkin dia terlalu banyak berfikir. Eline menarik nafas panjang sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar perlahan-lahan. Dia cuba mengawal perasaan.

"Eline mana?" soal Irfan apabila melihat Iza sedang menarik sebuah kerusi.

"Kat dapur," jawab Iza sambil melabuhkan punggung.

"Malu?"

"Mungkin."

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now