13

348 13 36
                                    

Pada hujung minggu, Adi Arshan mengajak Eline dan Yara Zahra ke sebuah taman permainan di Taman Metropolitan Kepong.

Selepas melabuhkan punggung di sebuah kerusi panjang, mereka berbual-bual sambil makan keropok lekor dan juga pisang goreng. "Arini awak takda program?" soal Eline kepada Adi Arshan.

"Takda. Minggu depan mungkin ada."

"Kat mana?" tanya Eline.

"Kat Hulu Langat. Tak silap saya dari Jumaat petang hingga Ahad," jawab Adi Arshan.

"Oh. Program dengan siapa?"

"Dengan pelajar biasiswa Tabung Haji."

"Oh. Mesti seronok, kan?"

"Ini kali kedua saya join program dengan Tabung Haji," kata Adi Arshan.

"Oh. Selalu dengan siapa?"

"Pelajar MRSM. Memang mereka panggil untuk adakan program dengan pelajar SPM. Kira program wajib untuk mereka sebelum melangkah ke alam universiti."

"Ooo."

"Dulu, saya pelajar MRSM Pengkalan Chepa. Jadi, bila g buat program kat sana, rasa macam seronok sangat sebab dapat berbakti pada mereka," kata Adi Arshan sambil tersenyum lebar.

"Wow! Mesti budak pandai ni. Saya sekolah menengah biasa je. Lepastu awak sambung belajar mana?"

"UTP. Saya ambik jurusan mechanical engineering. Now, jadi consultant. Haha. Lari bidang dah," balas Adi Arshan sambil tertawa riang.

"Takpa. Rezeki Allah tu luas."

"Betul."

"Nah, keropok lekor. Sedap tau. Rugi tak rasa," pelawa Eline sambil menghulurkan beg plastik pada Adi Arshan. Beg plastik itu bertukar tangan.

"Eline," panggil Adi Arshan lembut. Eline menoleh ke arahnya.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?" soal Adi Arshan.

"Tanyalah," jawab Eline sambil tersenyum.

"Saya mintak maaf. Soalan saya agak sensitif," kata Adi sambil menatap mata Eline.

"Haha. Takpe. Apa dia?"

"Saya teringin nak tahu pasal arwah ibu dan ayah awak. Kalau tak keberatan, bole awak citer pasal mereka?" pinta Adi Arshan.

Eline menarik nafas panjang. Dia melemparkan senyuman tawar kepada Adi Arshan.

"Tapi kalau awak tak nak citer, takpe. Saya faham. Jangan paksa diri."

Selepas mendiamkan diri beberapa detik, Eline membuka cerita. "Ibu saya meninggal dunia selepas melahirkan saya. Manakala, ayah saya pulak meninggal dunia ketika saya berusia tujuh tahun. Masa tu..." Eline terdiam seketika sebelum menyambung cerita. Dia menelan air liur.

"Masa tu, saya dan ayah g ziarah maksu kat Kajang. Masa ayah saya nak ambik sesuatu kat kereta, tiba-tiba ada sorang lelaki gila datang serang. Dia acukan pisau pada ayah. Ayah cuba mengelak tapi..." Sekali lagi Eline terdiam.

"Tapi ayah kena tikam. Ayah kena tikam depan mata saya. Saya nak tolong tapi orang tak bagi. Mereka halang saya kelua dari rumah." Eline sebak.

"Ramai nak tolong tapi kami hanya mampu tengok dari dalam rumah je sebab takut ramai lagi yang akan jadi mangsa orang gila tu. Orang gila tu betul-betul gila." Eline mengesat air mata yang mula terbit di tubir mata. Hatinya berasa geram.

"Banyak darah ayah keluar. Banyak sangat. Tak sempat Eline nak manja dengan ayah sampai besar." Air mata Eline mengalir dengan derasnya. Semakin lama, semakin laju dan semakin kuat bunyi esakannya.

"Maafkan saya, Eline. Saya tak patut tanya," kata Adi Arshan sambil tertunduk.

"Takpe," balas Eline. Dia terus mengesat air mata yang mengalir di pipi.

"Eline... Kalau awak ada apa-apa masalah, kongsilah pada saya. In shaa Allah apa yang saya boleh bantu, saya akan bantu. Kalau awak nak saya jadi pendengar setia awak pun boleh," kata Adi sambil memandang ke dalam mata Eline. Eline membiarkan mata mereka bertembung lama.

"Ibu... Yara nak main buai," pinta Yara.

"Jom." Eline dan Yara Zahra berjalan berpimpinan tangan.

Selepas bermain buaian, Yara Zahra bermain papan gelongsor bersama-sama kanak-kanak yang lain. Adi Arshan mengajak Eline bermain papan jongkang-jongket.

Selepas bermain di taman permainan, mereka berjalan-jalan di sekitar pasar malam selepas menunaikan solat fardhu Maghrib. Yara Zahra kelihatan amat gembira kerana dapat membeli pelbagai juadah makanan.

Sedang asyik mereka berjalan-jalan, tiba-tiba mereka bertemu dengan Fikri.

"Hi, Sayang," sapa Fikri. Eline tergamam.

Fikri mengalihkan matanya ke arah Adi Arshan yang berdiri di sebelah kanan Eline. Lalu, dia bertanya dengan kasar, "Siapa laki ni?"

"Saya, Adi Arshan," jawab Adi Arshan sambil menghulurkan salam. Namun, salamnya tidak disambut.

Eline mengajak Adi Arshan pergi dari situ. Adi Arshan hanya mengikut. Fikri pula terjerit-jerit memanggil Eline, namun Eline buat tidak tahu.

"Siapa tu?" soal Adi ketika mereka berada di dalam kereta.

"Kawan," jawab Eline sepatah.

"Oh." Adi Arshan tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana air muka Eline menunjukkan reaksi negatif. Dia membiarkan Eline bertenang dahulu.

"Saya tak suka dia. Tu tak boleh, ni tak boleh. Apa pun tak boleh. Saya rasa rimas," adu Eline tanpa disuruh. Nadanya juga agak keras.

"Dia sukakan awak kot." Adi serkap jarang.

"Ya, dia memang sukakan saya. Malah, dia ajak saya kawin lepas sebulan kenal. Tapi saya tolak," balas Eline.

"Sebab?"

"Sebab tak logik. Baru sebulan kenal, dah ajak kawin. Apa je dia tahu pasal saya? Saya pun tak kenal dia sepenuhnya. Family dia pun kenal gitu-gitu je. Tah family dia suka saya ke tak tah. Saya pun tak pasti," balas Eline.

"Hmm."

"Saya tak suka dia, wak. Saya suka orang lain." Eline terlanjur kata.

"Siapa?" soal Adi Arshan. Eline tidak mahu jawab soalan itu. Dia malu. Dia keliru. Dia tidak pasti sama ada Adi Arshan mempunyai rasa yang sama dengannya ataupun tidak. Sekiranya tidak, pasti dia akan menjejaskan hubungan persahabatan mereka. Eline mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Rindu Yang BertamuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin