19

254 11 5
                                    

Tiga bulan kemudian, Datin Dayini memaksa Daniel untuk bertunang dengan Amanda.

"Tak nak la, Mummy. Daniel tak nak bertunang dengan Amanda," rayu Daniel.

"Kenapa?" soal Datin Dayini dengan nada tegas.

"Daniel tak suka dia. Please la Mummy. Mummy tak kesian ke kat Daniel?" rayu Daniel lagi. Pelbagai cara dia memujuk ibunya itu, namun Datin Dayini tetap ingin meneruskan niatnya.

Daniel melabuhkan punggung di atas sofa. Lantas tangannya menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon bimbit. Dia terus menghubungi kawan karibnya, Firuz untuk mengajak melepak di kedai mamak. Dia mahu berkongsi cerita dengan sahabatnya itu.

"Kau wat tak tahu jela bila mummy kau ajak teman g beli barang," cadang Firuz. "Kau cakap je busy."

"Tapi..."

"Takpun kau berterus-terang je dekat Amanda. Ha kan lagi senang."

"Uish, tu cari nahas namanya. Macam kau tak kenal si Amanda tu," balas Daniel dengan wajah serius. Dahinya berkerut seribu.

"Abis sampai bila kau nak berahsia?Aku tahu kau handsome, kaya tapi janganla sampai orang cop kau sebagai buaya darat pulak."

"Takde la sampai camtu. Aku cuma rasa serba-salah. Lagipun, Amanda jenis orang yang tak bole terima kenyataan. Dia tu anak manja. Semua keinginan dia terisi," jelas Daniel. "Kau tak kenal family dia weh. Aku tak bole buat keputusan terburu-buru. Aku kena susun strategi dulu. Baru bole bertindak."

"Okay, okay, aku faham. Ni, aku nak tanya. Kau suka kat owner cafe tu ke? Sapa nama dia? Eline?" soal Firuz. Ketika itu, dia sedang menikmati nasi kandar. Daniel mengangguk laju.

"Sapa dia? Asal aku tak pernah tahu pun pasal dia?"

"Nama dia Aidleline Noushin. Orang panggil dia Eline. Dia la gadis yang aku selalu buli masa sekolah dulu. Aku kenal dia since primary school lagi. Sekelas dari darjah satu. Dia budak pandai, selalu dapat nombor satu. Cuma dia tu agak pasif. Bab sukan memang ke laut."

"Ooo... Mummy kau tahu tak pasal dia?"

"Mummy aku kenal dia. Selalu lunch kat kafe dia. Sekarang ni, aku tengah fikir camne nak gtau kat mummy aku yang aku suka Eline, bukan Amanda. Tapi susah sebab mummy aku dah taksub dengan si Amanda tu."

"Hahaha. Bagi kat aku jela. Aku single lagi ni. Takde sape nak kat aku."

"Ha Amanda boleh. Eline aku punya," kata Daniel.

"Mana-mana pun bole. Eh, malam ni jom karok. Bosan ar duk umah."

"Ha okay."

***

Pada waktu yang sama, Eline menghubungi Ustaz Yahya untuk bertanya tentang Daniel.

"Assalamualaikum, Ustaz Yahya. Saya, Eline, anak Puan Umi Kalsum."

"Waalaikumussalam. Oo Eline. Ya, Eline. Ada apa yang boleh saya bantu?" balas Ustaz Yahya.

"Takda apa pun. Saja call. Erm, saya cuma nak tanya pasal Daniel. Dia okay ke belajar dengan ustaz selama tiga bulan ni?"

"Hm Daniel, ya?" Ustaz Yahya melepaskan keluhan berat. "Saya tak tahu nak cakap macam mana dengan awak, Eline."

"Kenapa Ustaz Yahya?"

"Sebenarnya Daniel tak belajar agama pun dengan saya. Dan saya pun tak pernah jumpa dia."

"Hah?" Eline begitu terperanjat dengan khabar itu.

"Saya pernah call dia sekali je. Tapi masa tu dia outstation. Jadi, saya cakap sekejap jela."

"Oh. Okay, Ustaz Yahya. Terima kasih. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan.

Eline berdengus kasar. Dia tidak menyangka bahawa Daniel akan membohonginya. Selama ini Daniel sering berkata bahawa dia begitu gembira kerana dapat belajar agama dengan Ustaz Yahya. Ustaz Yahya seorang yang alim dan berpengetahuan luas. Dia amat tertarik dengan keperibadian Ustaz Yahya yang sabar dan tenang itu.

Eline menghantar mesej kepada Daniel. Dia ingin bertemu dengan Daniel malam itu di kafetarianya.

"Hi, Eline. Kenapa muka masam je ni?" sapa Daniel setelah tiba di kafetaria.

"Saya ada benda nak tanya awak ni," kata Eline dengan nada serius.

"Tanya la." Daniel tersengih seperti kerang busuk.

"Macam mana belajar agama? Dah pandai solat?"

Daniel tergamam mendengar soalan Eline. "Saya masih belajar. Ada ayat yang saya masih tak hafal lagi. Susah nak ingat."

"Memang la susah kalau dah menipu," kata Eline tanpa berselindung apa-apa lagi.

"Menipu?"

"Jawab sendiri soalan tu." Daniel terdiam.

"Mungkin saya nampak bodoh. Tu orang suka tipu saya. Takpelah. Teruskan dengan penipuan awak tu. Semoga awak bahagia."

"Eline... Saya... Saya nak mintak maaf. Salah saya." Akhirnya, Daniel mengakui kesilapannya. Dia berasa menyesal kerana membohongi Eline. Dia tidak berniat untuk belajar agama. Dia hanya ingin mencuri hati Eline. Dia tahu Eline suka pada lelaki yang alim.

"Saya tak suka orang tipu saya. Dan saya tak suka berkawan dengan orang yang suka menipu. Lepasni, jangan contact saya lagi. Saya tak nak kawan dengan awak lagi dah. Bye."

"Eline.. Saya mintak maaf. Saya janji saya akan ubah sikap saya. Saya akan belajar betul-betul," rayu Daniel.

"Terpulang. Jangan lupa padam nombor telefon saya. Assalamualaikum." Eline terus bangkit dari kerusi setelah memberi salam. Daniel cuba menghalang laluan Eline.

"Tepilah. Saya ada urusan kat dalam," kata Eline. Daniel terpaksa mengalah. Dia memberi laluan kepada Eline.

Daniel terkesima dengan apa yang berlaku. Dia tidak menyangka Eline amat marah dengannya.

'Eline ambik berat tentang aku rupanya. Mesti dia tanya Ustaz Yahya tentang progress aku.' Daniel tersenyum sendirian. Dia tekad untuk berubah. Dia mahu mendapatkan semula hati Eline. Dia mahu Eline tahu bahawa dia amat mencintai Eline dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Rindu Yang BertamuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora