24

258 9 17
                                    

Setiba di rumah, Eline membuka pintu kereta dengan cermat. Yara Zahra sudah menunggunya di perkarangan rumah. Eline tersenyum lebar memandangnya.

“Ibu…” Yara Zahra terus memeluk tubuh Eline. Daniel yang berdiri di belakang Eline hanya tersenyum melihat telatah Yara.

“Salam Tok Umi dulu,” arah Eline pada Yara. Yara bergegas menuju ke arah Puan Umi Kalsum. Dia menyalami kedua-dua belah tangan neneknya dengan sopan-santun.

Puan Umi Kalsum mengucup dahi Yara dengan penuh kasih sayang.
“Siapkan kerja sekolah tau,” pesan Puan Umi Kalsum sebelum melepaskan Yara kepada Eline. Yara mengangguk sambil tersenyum.

Kemudian, Puan Umi Kalsum ternampak Daniel yang setia berdiri di belakang Eline.
“Daniel kan tu?” soal Puan Umi Kalsum.

“Ya, saya. Umi apa khabar?” balas Daniel pantas.

“Umi? Sejak bila pulak umi saya jadi umi awak?” soal Eline dengan nada sinis.

“Biarlah saya nak panggil apa pun. Tak salah pun, kan?” balas Daniel sambil mengukirkan senyuman sinis kepada Eline. Eline membalas dengan jelingan tajam.

“Alhamdulillah, Umi sihat. Ada masa lapang, jemputlah makan tengah hari kat sini. Cakap je nak makan apa. Nanti Umi masakkan,” kata Puan Umi Kalsum kepada Daniel.

“Umi…” Eline kelihatan tidak bersetuju dengan jemputan itu.

“Rumah kita dah lama tak didatangi tetamu. Dulu, ada jugak yang sudi datang. Besar tau manfaat bila tetamu datang rumah kita,” balas Puan Umi Kalsum dengan nada lembut. Eline tidak mampu menyangkal kata-kata ibunya. Memang benar, kehadiran tetamu ke rumah memberi banyak kelebihan.

“In shaa Allah. Saya pun teringin nak rasa air tangan Umi,” kata Daniel sambil memandang wajah Eline dengan penuh riak. Dia bangga apabila Puan Umi Kalsum melayaninya dengan baik dan lemah-lembut.

Setelah beberapa minit berbual-bual, mereka bertolak semula ke kafetaria. Iza tersenyum nakal tatkala melihat Eline berjalan beriringan dengan Daniel. Eline membalas dengan renungan tajam.

“Yara…” sapa Iza. Dia mendepakan tangan untuk memeluk tubuh Yara. Yara segera berlari-lari anak menuju ke arah Iza.

“Dah makan?” soal Iza kepada Yara.

“Dah. Tok Umi masak sedap,” jawab Yara sambil tersengih menampakkan barisan gigi yang kecil dan tersusun cantik.

“Jom, ikut Mama Iza.” Iza memegang erat tangan Yara lalu dibawa duduk di sebuah meja.

Manakala, Eline dan Daniel menyusun langkah ke arah sebuah meja makan yang berada di sudut kafetaria.

“Awak nak makan apa?” Eline menyoal Daniel.

“Sama macam awak la,” jawab Daniel.

“Saya dah makan tadi,” balas Eline.

“Eline… Saya ada sesuatu nak cakap ngan awak. Tapi….”

“Tapi?” soal Eline dengan nada serius.

“Susah nak cakap,” balas Daniel. Daniel ingin menyatakan sesuatu kepada Eline. Namun, apabila melihat Eline tidak mesra, niatnya terbantut.

“Cakap je la.” Eline berasa jengkel dengan sikap Daniel yang suka bermain tarik tali.

“Garang betul. Saya tahu la awak tak suka saya.” Daniel berasa kecil hati dengan sikap Eline.

Muka Eline kemerahan menahan malu apabila Daniel berkata begitu. Dia terdiam seketika sebelum memohon maaf. “Sorry, Daniel. Saya tak berniat nak buat awak terasa hati. Mood saya tak berapa nak okay. I'm sorry.”

“Kenapa mood awak tak okay?” soal Daniel ingin tahu.

“Takda apa,” jawab Eline dengan nada perlahan. Dia tidak mahu berkongsi cerita pada Daniel.

“Share la. Kot saya bole bantu,” pujuk Daniel. Dia tidak mahu mengalah.

Setelah didesak beberapa kali, akhirnya Eline akur dengan kehendak Daniel. “Saya patah hati.”

“Kenapa?” soal Daniel ingin mengetahui cerita lebih lanjut.

Setelah menghela nafas panjang, Eline mula bercerita. “Saya ada hati ngan Tuan Adi Arshan. Awak kenal, kan?” Daniel mengangguk perlahan. Riak wajahnya tampak serius.

“Saya suka dia. Saya selesa dengan dia. Family saya pun sayang dia. Tapi…”

“Tapi?” Nada Daniel seperti mendesak.

“Tapi dia dah bertunang. Saya tengok kat FB, ada gambar pertunangan dia. Saya kecewa sangat. Saya sedih.” Daniel tersenyum sinis. Dia senang hati apabila mendapat tahu Adi Arshan sudah bertunang. Jadi, peluangnya untuk mendapatkan cinta Eline sangat tinggi. Dia tidak boleh membuang masa lagi. Dia perlu merancang strategi untuk mencuri hati Eline.

"Kenapa tersenyum ni?" soal Eline. Dahinya berkerut.

"Eh, mana ada," bohong Daniel.

"Tadi suruh citer. Pastu berangan pulak," kata Eline dengan nada tidak puas hati.

"Sorry," ucap Daniel. Eline memeluk tubuhnya tanda protes.

Seusai makan tengah hari, Daniel pulang ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang telah bertangguh lama. Manakala, Eline meneruskan tugasan hakikinya.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now