3

523 22 7
                                    

"Helo, beb. Free tak malam ni? Jom lepak. Aku boring r duk umah." Firuz, sahabat baik Daniel menghubunginya.

"Free je. Lepak mana? Port biasa?" jawab Daniel.

"Bole la port biasa. Kau gerak lu. Aku nak g tapau Burger Kuali Leleh dulu. Pastu aku gerak g sana," kata Firuz.

"Okay, okay. Aku nak jugak burger tu. Ayam tau," kata Daniel sebelum mengakhiri panggilan mereka pada petang itu.

Malam itu, Daniel dan Firuz melepak di sebuah kedai makan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal Irine.

"Beb, da order air ke belum?" soal Firuz setelah tiba di situ. Dia membuka helmet lalu diletakkan di atas kerusi yang berada di sebelah kiri.

"Dah. Kau punya sekali. Mana burger aku?" jawab Daniel.

"Nah. Aku nak order nasik la. Lapar. Tak cukup burger ni," kata Firuz.

"Panggil la adik tu. Aku nak makan burger," balas Daniel. Mereka melepak sehingga jam 12 tengah malam. Entah mengapa, pada malam itu, Daniel berasa sangat mengantuk. Kebiasaannya, mereka melepak sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai topik hangat dibualkan.

"Gerak lu," kata Daniel lalu menghulurkan salam.

"Aku gerak sekali," balas Firuz sambil tangan kirinya mencapai helmet yang diletakkan di atas kerusi.

Pada hari Isnin, Daniel dikejutkan dengan kehadiran bakal tunangnya yang baru sahaja menamatkan pelajaran di Ireland. Ketika itu, dia sedang leka menghadap laptop.

"Hi, Daniel," sapa Amanda.

"Oh, hi! Bila sampai Malaysia?" soal Daniel dengan nada terkejut.

"Tadi. I terus datang sini sebab nak jumpa dengan u. Rindu I, tak?" jawab Amanda sambil kakinya melangkah ke arah Daniel.

"Rindu," jawab Daniel, janggal. "Eh, jom g makan. Perut I rasa lapar pulak," kata Daniel apabila melihat Amanda ke arahnya. "I nak kemas barang sekejap. U ambik kunci kete I dulu," kata Daniel lalu menyerahkan kunci kereta kepada Amanda.

"Okay. Jangan lama-lama tau," pesan Amanda sebelum keluar dari bilik Daniel. Daniel menghela nafas panjang apabila Amanda telah pergi.

Selepas Amanda keluar dari bilik, Daniel cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Sejujurnya, dia tidak suka apabila rakan-rakan sepejabatnya tahu akan hubungannya dengan Amanda. Dia tidak selesa. Dia perlu menjaga air muka keluarganya yang berstatus tinggi.

Setiba di sebuah restoran mewah, Daniel dan Amanda mengambil tempat duduk yang agak jauh dari orang ramai.

"Kenapa tak bagitau I, u balik Malaysia arini?" soal Daniel apabila selesai memesan makanan.

"Saje. Nak buat kejutan dekat u. Terkejut tak?" balas Amanda dengan nada gedik.

"Terkejut la. Tiba-tiba u ada kat ofis I. Kalau u bagitau, I boleh pick up u kat airport," kata Daniel.

"It's okay. I tahu u tengah keje. So, I tak nak ganggu u. I kan girlfriend yang paling memahami," balas Amanda.

"Wow, I'm so lucky!" kata Daniel sambil ketawa yang sengaja dibuat-buat.

Seusai makan, Daniel menghantar Amanda pulang ke rumah. Kemudian, dia kembali semula ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang masih tertunggak.

"Hello. Yes, Mummy. Oh, okay okay. Later, I go there." Daniel mendapat panggilan daripada ibunya, Datin Dayini. Datin Dayini menyuruhnya ke sebuah kafetaria untuk menyelesaikan beberapa urusan di situ.

"Ya, Tuan. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" sapa Eline apabila terlihat Daniel berdiri di hadapan barisan kek-kek yang tersusun cantik.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Ayat pertama yang terbit dari mulut Daniel apabila mata mereka bertembung. Eline mengamati wajah Daniel sedalam-dalamnya.

"Tak. Saya tak pernah jumpa Tuan. Tengoklah dulu kek mana yang Tuan suka. Nanti saya panggil pelayan untuk layan Tuan, ya," kata Eline sebelum menyusun langkah untuk beredar dari situ.

"Saya nak awak yang layan saya," kata Daniel. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia pernah bertemu dengan Eline sebelum ini. Tetapi, dia tidak ingat apa-apa. Eline terpaksa mengikut kehendak Daniel kerana Daniel ialah pelanggannya.

"Kenal Datin Dayini? Saya anaknya. Saya datang sini untuk bertemu dengan Cikpuan Eline. Boleh saya berjumpa dengan dia sekejap untuk menyampaikan beberapa amanat daripada ibu saya?" soal Daniel. Eline hanya mengangguk. Hatinya tidak rela untuk bertentangan mata dengan Daniel dalam jangka masa yang lama.

Rindu Yang BertamuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon