37

364 9 20
                                    

"Eline... Eline boleh sembunyikan rasa daripada orang lain. Tapi tidak dengan Umi. Eline tak bole tipu Umi sebab Umi tahu apa yang Eline rasa.  Umi tahu Eline sayangkan Daniel, cuma Eline dah terlanjur kata 'tidak'. Umi tahu Eline tak nak kecewa lagi. Eline takut orang kata Eline bertepuk sebelah tangan. Eline takut orang kata Eline gila bayang. Betul, kan?" duga Puan Umi Kalsum.

"Erm." Eline menjawab sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

"Iza cakap Eline pernah sukakan Daniel masa sekolah dulu. Betul ke?" tanya Puan Umi Kalsum.

"Erm." Eline terpaksa berkata jujur. Rona wajahnya bertukar kemerah-merahan.

"Mesti ada lagi kan rasa tu?" Puan Umi Kalsum cuba serkap jarang. Serta-merta Eline menoleh memandang wajah ibunya.

"Ada, kan?" ulang Puan Umi Kalsum.

"Erm." Eline menjawab sambil menundukkan kepalanya kembali. Tanpa disedari, air matanya jatuh. Puan Umi Kalsum tersenyum lalu memeluk tubuh anak gadisnya itu.

"Kan Umi cakap, Eline tak bole tipu Umi. Sekilas ikan di air, sudah Umi tahu jantan betinanya."

Eline terdiam.

"Eline... Hati kita milik Allah. Cinta kita milik Allah. Rasa yang wujud di hati kita juga milik Allah. Allah tahu apa yang terbaik buat semua hamba-Nya. Tugas hamba-Nya pula adalah sentiasa menjaga hubungan dengan-Nya. Pastikan hati ini sentiasa mencintai-Nya. Biarlah kita kehilangan sesuatu kerana Allah. Jangan kerana sesuatu kita kehilangan Allah. Jodoh itu misteri. 'Dia' mungkin pernah bertandang suatu ketika dahulu dan akan kembali apabila tiba masanya. Sabar. Teruskan berdoa. Janji Allah itu pasti. Allah akan menjaga hubungan kita dengan seseorang yang terbaik untuk kita," kata Puan Umi Kalsum lembut, lalu mengucup dahi Eline dengan penuh kasih sayang. Dia amat menyayangi Eline.

"Umi... Patut tak Eline berdepan dengan Daniel dan berterus terang dengannya tentang perasaan Eline?" soal Eline setelah sekian lama mendiamkan diri.

Puan Umi Kalsum tersenyum lebar apabila mendengar soalan itu. "Patut. Umi sokong! Jujur dengan dia apa yang Eline rasa. Mintak maaf juga pada dia atas sikap Eline terhadapnya. Eline kan selalu berkasar dengannya. Seburuk-buruk seseorang di mata kita, dia juga layak dicintai."

"Baik, Umi. Esok Eline akan whatsApp Daniel, ajak dia jumpa di kafe."

"Semoga Allah permudahkan segala urusan Eline. Okay, jom tidur. Umi dah ngantuk sangat ni," ajak Puan Umi Kalsum.

"Jom, Umi. Selamat malam. Assalamualaikum." Eline menyalami kedua-dua belah tangan ibunya lalu mengucup lembut kedua-dua belah pipi ibunya.

Setiba di katil, Eline merebahkan tubuhnya perlahan-lahan. Sebelum melelapkan mata, Eline melayan perasaan seketika. Bayangan wajah Daniel muncul dalam kotak ingatan. Eline tersenyum sendiri apabila mengimbau semula detik pertemuannya dengan Daniel. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu dengan Daniel selepas berpisah bertahun-tahun lamanya. Dan, dia juga tidak menyangka Daniel mencintainya. Dia berasa sungguh terharu.

'Rindu yang bertamu meresahkan jiwa ini. Andai takdir menyatakan kita tidak bisa bersama, akan kuabadikan segala memori agar kau tahu aku sentiasa mengingatimu. Semoga kau sentiasa di bawah lindungan-Nya, Daniel. Aku amat mencintaimu. Aku amat menyayangimu. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik kita.'

Eline cuba memejamkan mata, namun kelopak matanya cukup degil untuk dirapatkan. Bayangan wajah Daniel ada di mana-mana. Eline melepaskan keluhan setelah dia membuka semula matanya.

'Kenapa berdebar-debar sangat ni? Patut ke aku whatsApp Daniel sekarang? Atau esok pagi je?'

'Kalau aku whatsApp sekarang, agak-agak apa dia kata?'

'Ke nak tunggu dia datang ke kafe esok?'

'Hmm... Kalau dia tak datang macam mana?'

Eline terus berteka-teki.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now