21

267 10 15
                                    

"Jemput minum, Ustaz," pelawa Datuk Daiyan. Ustaz Yahya tersenyum. Lalu, tangan kanannya menggapai sebiji cawan. Air kopi panas dihirup perlahan-lahan selepas membaca doa makan. Nasi goreng yang baru sahaja dimasak oleh Datin Dayini dicedok ke dalam sebiji pinggan.

Datin Dayini ke kamar tidur Daniel untuk memanggilnya makan pagi bersama-sama mereka. "Daniel," panggil Datin Dayini setelah mengetuk pintu bilik beberapa kali.

"Jap, Mummy," laung Daniel. Beberapa minit kemudian, Daniel keluar dari kamar tidurnya. Dia tersenyum lebar apabila melihat Datin Dayini menunggunya di hadapan pintu bilik.

"Jom, makan. Ustaz Yahya dah sampai," kata Datin Dayini lembut.

"Daniel ada cakap dengan Ustaz Yahya."

"Cakap apa," potong Datin Dayini.

"Tentang Mummy. Daniel mintak tolong isteri Ustaz Yahya ajar Mummy solat, mengaji. Minggu depan baru isteri ustaz dapat datang," jawab Daniel.

"Oh. Mummy kena shopping jubah la ni. Baju kurung pun ada berapa pasang je dalam almari tu," kata Datin Dayini.

"Ajaklah, Eline. Dia mesti tahu butik mana yang jual jubah cantik-cantik." Daniel sengaja menyebut nama Eline. Dia mahu Datin Dayini rapat dengan Eline.

"Good idea! Nanti Mummy WhatsApp Eline." Daniel tersenyum panjang apabila cadangannya diterima.

Setiba di ruang makan, Daniel menyalami tangan Ustaz Yahya. Kemudian, dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah Datin Dayini.

"Tambah lagi, Ustaz. Banyak lagi ni," sapa Daniel mesra.

"Haha. Banyak dah saya makan. Sedap Datin Dayini masak," balas Ustaz Yahya. Datin Dayini tersipu malu apabila mendengar pujian itu.

Seusai sarapan, Daniel dan Datuk Daiyan ke ruang tengah untuk mempelajari ilmu agama. Pada awalnya, Datuk Daiyan agak keberatan untuk mengikuti kelas agama itu, namun setelah dipujuk beberapa kali oleh Daniel, beliau akur. Lama-kelamaan, Datuk Daiyan jatuh cinta dengan cara penyampaian Ustaz Yahya yang ringkas tetapi padat dengan ilmu pengetahuan. Ustaz Yahya juga pandai melawak. Ada sahaja lawak jenaka daripadanya.

Kini, Datin Dayini pula berkobar-kobar untuk mempelajari ilmu agama kerana gembira apabila melihat suami dan anak terunanya sudah pandai menunaikan solat dan mengaji Al-Quran. Beliau meminta Daniel menyampaikan hasrat hatinya kepada Ustaz Yahya. Ustaz Yahya menerima hasrat itu dengan tangan terbuka. Beliau meminta orang rumahnya yang merupakan ustazah di sebuah sekolah menengah untuk meluangkan sedikit masa pada setiap hujung minggu untuk mengajari Datin Dayini ilmu akhirat.

Kini, kehidupan mereka lebih bahagia dan sempurna. Datin Dayini sudah mulai memakai hijab. Beliau menjadikan Ustazah Humairah sebagai sahabatnya.

Amanda pula sudah berkenan dengan Fikri yang pandai mencuri hatinya. Segala kehendak dan kemahuan hatinya diisi oleh Fikri. Amanda berasa sungguh gembira apabila Fikri sering meluangkan masa bersama-sama dengannya.

Daniel berasa bersyukur kerana Amanda tidak mengganggu dan mencampuri urusan hidupnya lagi. Dia sudah tekad untuk mengejar cinta Eline. Dia mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama-sama dengan orang yang dicintainya dulu, kini dan selamanya.

Adi Arshan pula bakal bertunang dengan seorang gadis yang sudah lama menyukainya dalam diam. Gadis tersebut telah berjumpa dengan ibu Adi Arshan bersama-sama dengan keluarganya pada tiga minggu lepas untuk menyampaikan isi hatinya yang ingin mengahwini Adi Arshan. Ibu Adi Arshan yang kebetulan mencari jodoh untuk anak teruna tunggalnya itu terus bersetuju tanpa berbincang dengan Adi Arshan terlebih dahulu. Adi Arshan terpaksa akur dengan keputusan ibunya. Dia tahu restu ibu lebih penting daripada segala-galanya. Dia memujuk hatinya untuk belajar mencintai gadis tersebut walaupun jauh di sudut hatinya, dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pun.

Suatu hari, Eline membuka aplikasi Facebook. Niatnya untuk melihat perkembangan semasa Adi Arshan. Dia ingin tahu aktiviti harian jejaka idamannya. Sudah lama mereka tidak bertemu. Namun, tiba-tiba sahaja hatinya bagai kaca terhempas ke batu apabila terlihat sekeping gambar pertunangan Adi Arshan yang dimuat naik oleh tunangnya. Pada awalnya, dia tidak mempercayai gambar itu. Tetapi, setelah Eline stalk di laman Facebook gadis tersebut, dia tidak mampu menidakkan kebenaran. Eline menutup aplikasi Facebook dengan wajah yang muram. Eline terkedu seketika. Perasaannya bercampur-baur. Dia melepaskan perasaan itu dengan linangan air mata yang semakin lama semakin deras. Esakkannya juga semakin lama semakin kuat. Eline berasa sungguh kecewa.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now