42 (SP)

366 6 0
                                    

"Assalamualaikum." Eline memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Ibu..." Salamnya disahut oleh Yara Zahra.

"Sayang... Buat apa tu? Mana Tok Umi?" tanya Eline. Dia tersenyum lebar lalu terus mendukung anaknya itu.

"Drawing. Erm... Tok Umi kat dapur," jawab Yara Zahra.

"Oo... Yara, tadi kan Ibu jumpa dengan Abi Adi."

"Abi Adi? Abi Adi datang rumah kita ke Ibu?" soal Yara Zahra, teruja.

"Nanti Abi Adi datang rumah kita. Tapi bukan sekarang la... Abi Adi sibuk," balas Eline sambil mengusap lembut rambut Yara Zahra. Yara Zahra tersenyum riang.

"Ish, manja la anak Ibu ni... Gigit nak?" usik Eline. Yara Zahra menghulurkan tangan kanannya untuk digigit.

"Nyum, nyum, nyum... Sedapnya tangan dia... Rasa macam ayam goreng," usik Eline lagi. Yara Zahra tersenyum dan tertawa bahagia.

"Amboi, buat apa tu?" sapa Puan Umi Kalsum. Dia tersenyum melihat gelagat anak dan cucunya itu.

"Usik si kenit ni," jawab Eline.

"Eline g mana tadi?" soal Puan Umi Kalsum apabila melihat Eline berpakaian cantik.

"Jumpa Adi Arshan," jawab Eline. "Dia kirim salam pada umi. Katanya nanti dia nak datang rumah, jumpa umi dan Yara."

"Iye?" Giliran Puan Umi Kalsum pula bertanya dengan perasaan yang teruja. "Dia ada cakap apa-apa lagi ke?"

"Takda cakap apa pun," jawab Eline.

"Seronok la dapat jumpa buah hati," usik Iza sambil menatang sebiji pinggan porselin lalu diletakkan di atas meja kopi. Kemudian, dia melabuhkan punggung di sofa.

"Buah hati apanya?" soal Eline kembali. Tangan kanannya laju menyuap makanan yang terhidang ke dalam mulut.

"Sedap buah kiwi tu? Kalau Umi tak kupas, erm berakar la buah kiwi tu dalam peti," perli Puan Umi Kalsum sambil tersenyum sinis. Iza dan Eline tertawa besar.

"Bubuh dalam peti pun bole berakar ke Umi? Dahsyat!" soal Eline. Iza tertawa mendengar soalan Eline.

Puan Umi Kalsum memandang sinis pada anak daranya.

"Eline gurau je Umi... Jangan la pandang Eline camtu... Takut..."

"Tahu takut," usik Iza.

"Kau pun sama. Cakap aku," balas Eline.

"Dah, dah. Gaduh apa depan Yara. Tak elok," tegur Puan Umi Kalsum. Iza dan Eline tersengih seperti kerang busuk.

"Jom masak, Umi. Nak makan apa kita arini?" ajak Eline.

"Eleh, bukan dah kenyang ke? Makan dengan Abang Adi Arshan," usik Iza sambil tersenyum nakal. Puan Umi Kalsum tersenyum panjang.

"Shh..." Eline menjeling tajam.

***

Malam itu, ketika Adi Arshan sedang berbaring di atas katil, wajah Eline melintas di layar matanya. Fikirannya menerawang, mengimbas kembali kenangannya bersama Eline. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman.

'Astaghfirullah al Azim.' Adi Arshan beristighfar beberapa kali. Beberapa minit kemudian, dia bangkit lalu melangkah perlahan ke arah kamar mandi. Dia mengambil wudhuk. Tanpa membuang masa, dia menghampar sejadah di ruang kosong berhampiran dengan katilnya. Selepas itu, dia mengambil senaskah al-Quran yang telah tersusun rapi di rak buku. Sehelai demi sehelai helaian diselak dan dibacanya. Hatinya berasa tenang.

***

Di dalam kamar tidur, Eline sedang bercerita tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Yara ralit mendengar. Tanpa sedar, jarum jam menunjuk pukul 10 malam.

"Begitulah kisah Nabi Yusuf a.s. Best tak?" tanya Eline pada Yara.

"Best."

"So, apa pengajaran daripada cerita ni?" tanya Eline lagi.

"Ibu cerita la," pinta Yara manja.

"Masa Allah uji Nabi Yusuf, baginda merayu kehadrat Allah dengan berkata:

"Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya"

- Surah Yusuf, 12:33

"Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya"

- Surah Yusuf, 12:23

"Okay, Sayang... Dah pukul 10.30 malam. Jom, kita tidur. Baca doa tidur dulu, Ibu nak dengar."

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

"Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati"

"Aamiin." Eline membelai rambut Yara Zahra sehingga lena dibuai mimpi-mimpi indah.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now