4

491 17 8
                                    

"Jemput duduk." Eline mempersilakan Daniel duduk.

"Oh, awak Cikpuan Eline?" soal Daniel.

"Ya, saya," jawab Eline perlahan. Dia seperti cacing kepanasan. Selepas berbincang, Daniel mengajak Eline makan malam bersama-sama.

"Maaf. Saya ada banyak keje kat dalam." Eline menolak pelawaan Daniel dengan nada lembut.

"Sekejap je. Saya boring makan sorang-sorang," kata Daniel sambil merenung wajah Eline. Otaknya ligat cuba mengingati wajah yang sedang duduk di hadapannya. Dia bingung. Dia begitu yakin pernah mengenali Eline sebelum ini, namun Eline mengatakan tidak.

"Maaf, saya tak boleh. Apa kata Tuan Daniel call girlfriend ajak dia makan malam kat sini. Saya pasti dia akan setuju," cadang Eline.

"Saya tak ada girlfriend. Anggap jelah awak girlfriend saya," kata Daniel. Dia tetap berkeras dengan kehendaknya.

Eline mengeluh kasar. Dia tidak mahu makan malam dengan Daniel. Ikutkan hati, ingin sahaja dia pergi dari situ. Namun, Eline terpaksa mengalah. Dia mengikut kehendak Daniel.

"Order please," kata Daniel kepada seorang pelayan wanita.

Sebaik sahaja pelayan wanita tersebut pergi, Daniel menyoal  Eline. "Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"

"Tak. Kan tadi Tuan dah tanya," jawab Eline sedikit kasar.

"Boleh jadi awak tipu saya," balas Daniel.

"Bukti?" soal Eline pula.

"Tak ada bukti tapi awak nampak tak selesa dengan saya. Kenapa?" jawab Daniel.

"Sebab awak lelaki. Saya kurang selesa bercakap dengan lelaki. Apatah lagi makan dengan lelaki," jawab Eline sambil matanya merenung tajam ke arah Daniel.

Daniel ketawa kecil. "Bukan saya ajak awak keluar mana-mana pun. Makan kat sini je."

"Sama je la tu. Makan jugak," balas Eline.

"Eline... Boleh saya dapatkan nombor telefon awak?" pinta Daniel.

"Atas urusan apa?" soal Eline.

"Kan mummy saya tempah makanan. Saya malas nak g sini lagi. Jadi, saya telefon je la kalau ada apa-apa hal," jawab Daniel.

"Oh, okay. 017-471 8996."

"Thank you."

Seusai makan, Daniel melepak di situ sehingga kafetaria itu tutup. Dia mahu pulang bersama-sama dengan Eline. Kebetulan pula, Eline pulang dengan menaiki Grab Car pada malam itu. Jadi, Daniel segera merebut peluang yang ada.

"Jom, saya hantar awak balik," pelawa Daniel.

"Eh, takpe takpe, thanks."

"Bahayalah naik Grab malam-malam camni. Sorang pulak tu," pujuk Daniel. "Saya dengar kawasan ni boleh tahan jugak. Awak nak ke jadi salah sorang mangsa?" Daniel cuba mempengaruhi minda Eline.

"Saya tak pernah dengar pun," kata Eline.

"Tulah awak. Tak baca surat khabar. Ada dalam ruang kecik-kecik tu," balas Daniel. Dia masih tidak berputus asa. Eline membuat pertimbangan.

"Jomlah. Saya pun nak balik rumah jugak ni. Sekali jalan je," pujuk Daniel lagi. Eline terpaksa akur. Dia menutup aplikasi Grab lalu masuk ke dalam kereta.

"Awak berhenti kat sini je," kata Eline apabila tiba di pondok pengawal keselamatan.

"Eh, takpelah. Saya lebih suka hantar kat depan pintu pagar rumah," balas Daniel. Eline mengeluh panjang.

"Mana satu rumah awak? Lorong yang ni ke?" soal Daniel. Eline terpaksa menunjukkan arah ke rumahnya.

Setelah tiba di hadapan rumah, Eline mengucapkan terima kasih kepada Daniel. Daniel membuntuti Eline dari arah belakang sehingga ke pintu pagar rumah.

"Kalau awak perlukan pertolongan saya, just call me okay? Jangan naik Grab malam-malam. Bahaya," pesan Daniel sebelum mereka berpisah. Eline hanya tersenyum kelat. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan meminta pertolongan Daniel. Dia tidak mahu bertemu dengan Daniel lagi.

Memori lama kembali berputar di kotak fikiran. Eline masih teringat dengan ejekan serta cacian Daniel padanya suatu ketika dahulu. Dia tidak menyangka akan bertemu kembali dengan Daniel. Apakah ini petanda buruk untuk dirinya? Ah! Dia malas mahu berfikir tentang itu.

"Ibu... Ibu..." Yara memanggil Eline sambil berlari-lari anak menuju ke arahnya yang sedang mengunci pintu.

"Sayang... Kenapa tak tidur lagi ni?" soal Eline dengan nada lembut.

"Ibu temanlah Yara tidur. Yara nak ibu," rengek Yara. Ketika itu, Eline sedang mendukungnya. Eline mencium pipi Yara berulang-ulang kali.

"Ibu mandi dulu. Pastu kita tidur ya, sayang?" kata Eline sambil meletakkan Yara di atas katil. Yara mengangguk laju. Selesai membersihkan diri, Eline segera tidur.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now