17

281 17 28
                                    

Ketika Eline sedang menyusun kasut di kabinet, Puan Umi Kalsum datang menyapanya dengan lembut. "Baru balik, Sayang?"

"Eh, Umi... A'ah, Eline baru balik. Kenapa Umi tak tidur lagi? Yara Zahra mana? Dah tidur ke?" balas Eline sambil menghulurkan salam pada Puan Umi Kalsum.

"Baru je tidur. Puas pujuk suruh tidur. Katanya nak tunggu Eline," kata Puan Umi Kalsum sambil tersenyum.

"Iye? Eline nak balik awal tadi tapi Daniel nak beli barang pulak. Jadi, Eline kena tunggu," kata Eline. "Nah, Eline ada beli coklat KitKat. Eline g KitKat Chocolatory. Cantik sangat." Eline menghulurkan beg kertas pada Puan Umi Kalsum.

"Banyaknya beli," kata Puan Umi Kalsum sambil membelek-belek coklat yang dibeli Eline.

"Hehe. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Beli je la apa suka. Cuba tengok pada kotak tu, ada nama Yara Zahra. Nanti boleh display kat bilik dia," kata Eline sambil menunjukkan nama yang tertulis pada sebuah kotak KitKat.

"Amboi, macam-macam! Sukalah Yara tu."

"Umi... Eline nak mintak tolong sikit, boleh?" pinta Eline manja. Ketika itu, mereka baru sahaja melabuhkan punggung di sebuah sofa berwarna kelabu.

"Boleh. Apa dia?" balas Puan Umi Kalsum sambil memandang wajah Eline.

"Macam ni... Daniel nak belajar agama dengan Ustaz Yahya. Dia mintak Eline tolong sampaikan hajat tu tapi Eline tak jumpa pulak nombor Ustaz Yahya masa cari dalam kereta tadi. Kalau Umi masih simpan, Eline nak mintak tolong share nombor tu, boleh?"

"Ooo boleh sangat. Tapi biar Umi jela yang call Ustaz Yahya. Daniel nak belajar apa? Nanti senang Umi nak cakap dengan ustaz tu."

"Boleh ke, Umi? Erm, Daniel nak belajar mengaji, fardu ain, fardu kifayah. Eline nampak dia bersungguh-sungguh nak belajar. Jadi, Eline kena tolong. Eline kena sokong dia, Mi."

"Takpe. Esok Umi call."

"Thanks, Umi. I love you," kata Eline sambil memeluk tubuh Puan Umi Kalsum.

"Dah, g mandi. Pastu tidur. Esok nak keje pulak," kata Puan Umi Kalsum lalu mengangkat punggung.

"Baik, Umi. Selamat malam. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Mereka berjalan menuju ke kamar tidur masing-masing. Eline melihat Yara Zahra sedang nyenyak tidur. Lalu, dia mengucup dahi Yara dengan penuh kasih sayang.

Keesokan hari, Eline melakukan rutin hariannya seperti biasa. Pada sebelah malam, Adi Arshan datang ke kafetarianya. Ketika itu, Eline sedang membantu Yara Zahra menyiapkan kerja sekolah.

"Assalamualaikum," sapa Adi.

"Waalaikumussalam. Eh, awak!" balas Eline dengan nada teruja. "Jemput duduk," jemput Eline.

"Terima kasih. Hi, Yara Zahra. Buat homework, ya?" Adi menyapa Yara Zahra. Yara Zahra mengangguk sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Awak nak makan apa?" soal Eline kepada Adi.

"Nasi goreng kampung dan air suam."

"Air suam je?"

"Saya sakit tekak ni. Tak berani nak minum air manis," jelas Adi.

"La ye ke? Kesiannya awak."

"Haha. Takpe. Nanti baik sendiri."

"Cuba awak minum air asam jawa. Orang cakap elok untuk sakit tekak. Tapi kena buat panas. Kalau sejuk kurang berkesan," cadang Eline.

"Ada jugak saya dengar tapi masih belum baik lagi," balas Adi.

"Ooo... Kalau saya, saya amalkan air kembang semangkuk. Umi selalu buat untuk saya. Alhamdulillah, serasi," cadang Eline lagi.

"Air kembang semangkuk, ya? Nanti saya cuba amal."

"Air tu tak rasa apa pun. Cubalah. Tapi kena amal selalu. Kalau buat sekali dua, tak jalan."

"Esok saya g beli. Kat mana-mana pasaraya pun ada, kan?"

"Ada."

"Thanks for the suggestion."

"You're welcome. Minggu ni awak ada program kat mana?" soal Eline.

"Kat UNITEN. Bersama-sama dengan protege TNB. Selalu buat program dengan mereka," jawab Adi.

"Ooo. Seminggu?"

"Sampai hari Jumaat. Sabtu dan Ahad, saya ada program bersama-sama dengan satu pusat tahfiz ni."

"Program apa?"

"Bantu mereka cari dana."

"Cari macam mana?" soal Eline yang kebingungan.

"Jual roti canai," jawab Adi.

"Ooo... Kalau saya nak tolong meniaga sekali, boleh? Ke hanya lelaki terlibat?"

"Tak la. Perempuan pun ada. Boleh. Betul ke awak nak ikut? Kalau betul, saya ambik awak kat rumah." Adi meminta kepastian.

"Betul. Saya nak bawak Yara sekali, boleh? Boleh dia berkawan dengan budak-budak tahfiz tu. Campur, kan?"

"A'ah, campur."

"Boleh saya bawak sesuatu untuk meniaga nanti?" soal Eline, teruja.

"Boleh."

"Okay." Eline tersenyum manis. Pelbagai rancangan sedang dirangka di mindanya.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now