12

360 13 23
                                    

Pada jam 10 malam, mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Adi Arshan meminta izin untuk menghantar Yara Zahra pulang.

"Nanti awak kena patah balik. Takpe ke?" soal Eline.

"Takpe."

Mereka bergerak menuju ke rumah Eline yang berada tidak jauh dari kafetaria. Hanya lebih kurang tiga puluh minit sahaja.

Setiba di rumah, mereka melihat terdapat sebuah kereta diletakkan di hadapan pintu pagar rumah Eline. Pemandu kereta itu sedang membuat panggilan telefon sambil bersandar di pintu kereta. Apabila Eline mengamati wajah pemandu tersebut, dia menghembus keluhan berat.

"Bukan mamat tadi ke?" soal Iza dengan wajah yang serius.

"Aah."

"Dia nak apa sebenarnya? Sampai ke rumah pulak," soal Iza tidak puas hati.

"Entahlah. Aku pun penat nak layan," jawab Eline perlahan.

Eline keluar dari kereta lalu menuju ke arah Daniel.

"Yes, Daniel. Tadi kan kita dah jumpa kat kafe. Ni datang sini, kenapa ya?" soal Eline.

"Saya nak jumpa family awak," jawab Daniel.

"Huh? Jumpa family? Untuk apa?" soal Eline pelik. Suaranya sedikit kuat.

"Saje. Awak kenal mummy saya. Jadi, saya nak kenal ibu awak pulak," jawab Daniel selamba.

"Mengarut. Sekarang dah jam berapa? Macam takda hari lain nak jumpa," rungut Eline. Dia menarik muka masam. "Baliklah. Umi saya pun dah tidur."

"Bila saya boleh berjumpa dengan umi awak?" soal Daniel.

"Nantilah. Umi saya busy. Bila umi saya free, saya gtau," jawab Eline. "Baliklah. Dah lewat ni," desak Eline.

Adi Arshan melihat Eline sedang berbual-bual dengan seorang lelaki. Fikirnya, itu teman lelaki Eline. Dia keluar dari perut kereta sambil mendukung Yara Zahra yang sedang nyenyak tidur. Lalu, dia menuju ke arah Eline.

Eline mengalihkan pandangan ke arah belakang apabila terdengar bunyi derapan kasut menghampirinya. Dia terlihat Yara Zahra sudah nyenyak tidur di pangkuan Adi. Eline cepat-cepat mengambil Yara daripada Adi.

"Sorry," bisik Eline.

"Sebab?" soal Adi.

"Awak terpaksa dukung Yara. Yara dah la berat," kata Eline separa berbisik.

"Haha. Takpa. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Adi Arshan menghulurkan salam kepada Daniel, namun Daniel tidak menyambut. Malah, dia menjeling tajam ke arah Adi Arshan. Adi Arshan tetap tersenyum.

"Oh, lupa nak bagitau awak, Eline. Esok pagi sebelum Subuh saya akan bertolak ke Perlis. Ada program kat sana. 3 hari 2 malam. Lepastu, saya akan ke Penang," kata Adi sebelum berjalan ke keretanya yang diparkir di belakang kereta Eline.

"Lamanya. Rindulah nanti," balas Eline dengan wajah yang muram.

"Rindu? Siapa rindu?" soal Adi yang berpura-pura tidak mengerti maksud Eline.

"Yara mesti rindu awak. Btw, thanks sebab layan Yara malam ni. Kesian awak, kepenatan. Esok nak jalan jauh. Dah lewat sangat ni. Baliklah. Nanti tak cukup tidur," jawab Eline.

"Doa perjalanan saya selamat esok. Nanti saya akan mesej awak bila dah balik sini," kata Adi sambil tersenyum.

"Janji?" Wajah Eline tidak kelihatan gembira.

"Janji," balas Adi. Selepas Adi beredar dari situ, Eline masuk ke dalam rumah untuk meletakkan Yara di dalam kamar tidur. Kemudian, dia keluar semula untuk bertemu dengan Daniel.

"Daniel, baliklah. Dah lewat ni. Saya penat, nak tidur. Please," rayu Eline.

"Siapa lelaki tadi tu?" soal Daniel dengan nada cemburu.

"Kawan," jawab Eline.

"Kawan macamtu? Saya tak suka awak kawan dengan dia. Lepasni jangan jumpa dia lagi. Ingat," pesan Daniel dengan nada keras. Dia tidak suka Eline berkawan baik dengan mana-mana lelaki. Hatinya dihinggapi rasa cemburu.

"Awak takda hak nak arah saya, Daniel. Lagipun, kami cuma kawan. Tolong hormat orang lain kalau awak nak diri dihormati," balas Eline tegas. Dia berasa sedikit jengkel dengan sikap Daniel. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan sikap Fikri. Lebih kurang sama; tidak suka dia berkawan dengan mana-mana lelaki. Lebih teruk lagi apabila dia tidak dibenarkan untuk melayan pelanggan lelaki walaupun atas urusan kerja. Eline tidak faham. Kenapa harus cemburu?

"Saya sukakan awak, Eline. Jadi, saya tak suka awak rapat dengan mana-mana lelaki. Faham?" Mereka mula bertelingkah.

"Ikut suka hati awak la. Awak bukan teman lelaki saya," balas Eline geram.

"Tak peduli! Kalau awak kawan dengan dia lagi, saya akan paksa awak nikah dengan saya," ugut Daniel.

"Haha. Ingat saya takut? Sorry, ya. Saya benci awak! Saya benci awak sejak awak mula hina saya dulu. Ya, memang saya dah maafkan awak tapi melupakan itu tidak! Ingat tu sampai bila-bila," kata Eline lalu menutup pintu pagar rumah. Dia meninggalkan Daniel seorang diri. Dia berasa geram dengan sikap Daniel.

Eline melabuhkan punggung di atas sebuah sofa. Dia termenung memikirkan tentang banyak perkara. Dia berasa serabut.

'Astaghfirullahaladzim.' Eline beristighfar untuk menyejukkan hatinya yang panas menggelegak. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan berasa tenang.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now