10

425 16 28
                                    

Setiba di rumah, Eline melihat Puan Umi Kalsum sedang duduk sambil membaca sebuah buku agama. Eline menyapanya,"Umi... Kenapa tak tidur lagi?"

Puan Umi Kalsum menoleh, "Tunggu Eline la. Lewat Eline balik malam ni. Banyak keje ke?"

"Erm, tak la. Borak dengan kawan. Tak sedar masa berlalu."

"Kawan? Kawan lelaki ke?" serkap Puan Umi Kalsum sambil tersenyum sinis. Eline tersipu malu.

"Eline suka dia, ya?" serkap Puan Umi Kalsum lagi.

"Umi rasa?" Eline membiarkan Puan Umi Kalsum menjawab sendiri soalan itu.

"Sekilas ikan di air, sudah Umi tahu jantan ke betina." Puan Umi Kalsum berseloroh.

"Umi rasa Tuan Adi Arshan tu okay ke?" Eline meminta pandangan ibunya.

"Umi suka dia. Baik budaknya. Orang mana?"

"Kubang Kerian."

"Oh, jauh." Eline hanya mengangguk.

"Famous jugak dia. Ramai followers kat Facebook."

"Iye? Mana umi tahu?" soal Eline.

"Umi tengoklah. Umi cari dia kat Facebook. Beribu-ribulah followers dia kalau tak silap Umi," kata Puan Umi Kalsum.

"Wow. Pandai Umi cari dia kat Facebook," usik Eline.

"Ala.. Umi kan selalu cari ustaz-ustaz yang umi suka kat situ. Jadi, umi tahulah. Kat YouTube pun sama. Dia jadi speaker kat ML Studio," kata Puan Umi Kalsum lagi.

"Wow, serba tahu Umi ni. Tak payah stalk la lepasni. Tanya Umi je," usik Eline lagi.

"Ish, kamu ni. Umi suka cari ceramah agama kat situ. Umi saje cari topik yang macam Tuan Adi promote dalam Facebook tu."

"Ooo..."

"Kat Facebook orang panggil dia Ustaz Adi. Katanya, dia bercita-cita nak masuk Pencetus Ummah."

"Kalau dia masuk PU, Eline tak dapatlah dia. Eline bukan alim pun."

"Haha. Eline nak kawin dengan dia ke?" soal Puan Umi Kalsum. Dia sengaja mengusik anak daranya yang hati batu itu.

"Hahaha. Umi ni suka tanya soalan cepumas tau. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula," jawab Eline malu.

"Umi cuma nak nasihat satu je. Dia tu level selebriti. Kalau Eline jenis kuat cemburu, baik lupakan aje perasaan tu. Umi tengok keje dia jenis travel sana sini. Bergaul dengan orang ramai. Masa dia pun hm agak terhad. Jadi, Eline fikirlah masak-masak sebelum buat keputusan. Bukan apa, Umi takut Eline tak sabar suatu hari nanti."

"Eline tersenyum panjang. "In shaa Allah, Umi. Umi... Nak peluk. Lama tak peluk Umi. Nak tidur dengan Umi pun Umi tak bagi," pinta Eline dengan rengekan manja.

"Ish, kata nak kawin. Mana bole duk bawah ketiak Umi lagi dah."

"Haha. Biarlah. Bukan nak kawin esok pun," jawab Eline. Dia memeluk Puan Umi Kalsum dengan erat.

"Ni Umi nak tanya pasal Yara Zahra."

"Kenapa, mi?"

"Betul ke Eline nak bawak dia ke kafe setiap hari? Tak ganggu Eline ke kat sana? Lagipun, Yara kan masih budak.  Macam tak sesuai je," tanya Puan Umi Kalsum dengan riak wajah serius.

"Tu la. Eline pun fikir benda yang sama. Tapi... Yara merengek rindukan Eline. Eline rasa kesian pulak," jawab Eline lalu mengeluh panjang.

"Jadi, macam mana?" tanya Puan Umi Kalsum lagi.

"Macam nilah Umi. Eline try bawak Yara sehari dua ni. Kalau okay, Eline akan bawak dia selalu. Kalau tak, sebaliknya la. Umi tak payahlah risau. Eline bukan buat apa pun kat sana. Cuma pantau orang je n kalau ada pekerja yang cuti, Eline atau Iza akan ganti. Bukan apa, kafe tu pun masih baru, Eline tak berani nak ambik ramai pekerja. Nanti tak mampu nak bayar. Kesianlah. Orang bekerja sebab nak cari rezeki untuk sediakan keperluan harian."

"Betul. Takpelah kalau Eline dah cakap camtu. Umi ikut jelah mana yang baik. Umi cuma risau Yara bosan je," kata Puan Umi Kalsum.

"Eline faham. Takpe, mi. Nanti Eline beli buku untuk Yara. Eline beli exercise book, colouring book, sketch book untuk hilangkan rasa bosan. Homework biar Yara buat kat kafe je. Eline akan pantau. Iza pun ada. Eline dah bagitau dia nak bawak Yara ke kafe. Dia seronok sangat," balas Eline.

"Iza tu sayang sangat kat Yara. Tengoklah, macam-macam beli mainan. G mana-mana pun mesti bawak Yara. Untung Yara, ramai sayang dia," kata Puan Umi Kalsum terharu.

"Alhamdulillah, rezeki dia. Umi tak ngantuk ke? Biasa tidur awal. Ni, dah terlebih waktu tidur," soal Eline selepas melihat jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 11 malam.

"Kejap lagilah Umi tidur. Hati Umi tak sedap beberapa hari ni. Kamu hati-hati kat luar sana. Bahaya," pesan Puan Umi Kalsum.

"In shaa Allah. Umi... Eline lapar la. Ada apa kat dapur?"

"Mana ada apa-apa. Frozen food je la yang ada dalam freezer tu. Nak ke? Umi boleh masakkan" jawab Puan Umi Kalsum.

"Nak... Thanks, mi. Eline mandi jap. Nanti Eline makan," kata Eline sebelum mengangkat punggung.

"Okay." Puan Umi Kalsum segera ke ruang dapur untuk memasak.

Keesokan harinya, pada jam 8 malam, Eline membawa Yara Zahra ke kafetaria. Yara Zahra kelihatan sungguh gembira. Senyuman asyik terukir di bibirnya.

"Sayang duduk sini, okay? Ibu nak g toilet jap. Kalau ada orang tegur, jangan layan tau," pesan Eline. Yara Zahra mengangguk tanda faham.

Ketika Eline menuju ke tandas, Daniel tiba di situ. Dia tersenyum apabila terpandang seorang kanak-kanak perempuan.

'Ni kot Yara. Sama cam gambar yang Ayuni hantar,' bisik hati Daniel.

"Assalamualaikum. Hi, Yara," sapa Daniel. Yara Zahra segera berlari ke arah Iza kerana takut disapa oleh Daniel. Daniel melabuhkan punggung di sebuah meja sebaik sahaja Yara berlalu pergi.

Rindu Yang BertamuOnde as histórias ganham vida. Descobre agora