16

294 12 19
                                    

Selepas tamat tayangan cerita yang ditonton, Eline mengajak Daniel ke tandas kerana dia hendak membuang air kecil. Daniel menunggu Eline di sebuah bangku panjang.

"Jom g minum kat food court," ajak Daniel setelah Eline keluar dari tandas. Eline hanya mengangguk.

Ketika dalam perjalanan, Eline asyik melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 3 petang. Eline berasa gelisah kerana dia belum menunaikan solat fardhu Zohor. Sejujurnya dia menunggu isyarat daripada Daniel untuk mengajaknya ke surau. Namun begitu, Daniel mengajaknya ke medan selera, bukanlah ke surau.

Sedang mereka minum, Eline kelihatan gelisah seperti cacing kepanasan.

"Kenapa, Lin? Awak nampak tak senang duduk," soal Daniel apabila melihat Eline asyik melihat jam tangannya.

"Kita tak solat Zohor lagi, kan? Dah pukul 3 setengah ni. Takut terlepas waktu," jawab Eline jujur. Daniel terdiam.

"Jom g solat dulu," ajak Eline setelah menghirup habis minumannya. Daniel hanya mengikut.

Setiba di surau, Eline lekas mengambil telekung dan sejadah lalu dihampar ke atas karpet. Dia membuka jam tangannya lalu disimpan ke dalam sling bag. Kemudian, dia mengambil wudhuk. Nasibnya agak baik kerana ketika itu, orang ramai sudah mulai surut.

Daniel pula berjalan-jalan di sekitar situ sementara menunggu Eline menunaikan solat. Dia ralit melihat jam tangan di sebuah kedai jam tangan di tingkat bawah. Dia berkenan dengan seutas jam tangan di kedai itu. Ketika hendak membuat bayaran, dia mendapat satu pesanan mesej melalui aplikasi WhatsApp. Dia membuka mesej itu.

'Daniel. Saya solat Asar dulu sebab dah alang-alang kat sini. Nanti dah nak keluar, saya mesej awak, ye.'

'Okay. Solat la dulu,' balas Daniel.

Seusai menunaikan solat, Eline dan Daniel ke sebuah restoran untuk makan malam. Setelah membuat pesanan, mereka berbual-bual kosong.

"Kenapa tak ajak Amanda sekali? Dia tak kisah ke awak keluar dengan saya ni?" soal Eline.

"Malaslah citer pasal dia," jawab Daniel dengan nada acuh tak acuh sahaja.

"Okay. Sorry."

Mereka terdiam lama. Tiba-tiba, Daniel berkata sesuatu.

"Eline... Saya ada benda nak cakap."

"Apa dia?" soal Eline sambil matanya menatap wajah Daniel. Mereka duduk menghadap antara satu sama lain.

"Saya... Saya... Saya..."

"Saya apa?" soal Eline dengan nada lembut. "Cakap je. Saya tak kisah."

"Saya belikan awak sesuatu tadi. Nah." Daniel menghulurkan beg kertas pada Eline.

"Bila awak beli?" soal Eline sambil mengambil beg kertas itu.

"Tadi. Masa awak solat."

"Oh. Awak belum solat Asar lagi la ni?" soal Eline lagi.

"Hm.." Daniel mengambil masa yang agak lama untuk berterus-terang tentang sikapnya pada Eline. Eline menanti dengan sabar. Dia tidak mahu menimbulkan rasa ketidakselesaan antara mereka.

"Sejak saya sambung belajar kat UK, cara hidup saya berubah. Saya dah lama tak solat. Pergerakan tahulah. Bacaan dah lupa," ujar Daniel perlahan. Eline tampak tenang.

"Lepas 2 tahun setengah saya kat sana, saya kenal Amanda. Dia sambung belaja di tempat yang sama, cuma kos yang berbeza. Dia sukakan saya. Saya tak layan pun. Tapi bila mummy saya datang situ, Amanda curi hati dia. Mummy terus berkenan." Daniel terus bercerita.

"Amanda tu cantik. Untung awak," kata Eline sambil tersenyum manis.

"Rupa memang cantik tapi akhlak hm..," rungut Daniel.

"Haha. Takpe. Bole ubah."

"Entahlah."

"Oh, pasal solat tu, saya bole tolong," kata Eline.

"Macam mana?" soal Daniel.

"Umi ada kenal dengan sorang ustaz ni. Masa baby, Yara penah kena 'kelintasan'. Ustaz tu yang bantu kami. Jadi, saya yakin dia bole tolong awak. Cuma..."

"Cuma?" soal Daniel ingin tahu.

"Cuma terpulang pada awak la. Nak ke tak nak? Kalau nak, saya bole tolong sampaikan hajat awak pada ustaz tu."

"Nak." Eline tersenyum lebar.

"Lepasni nak g mana?" soal Eline selepas habis makan.

"Jalan-jalan. Saya nak beli barang sikit."

"Saya nak g KitKat Chocolatory yang baru bukak tu, boleh?"

"Boleh. Jom." Mereka pulang pada jam 9 malam.

"Thanks, Daniel. Nanti saya call ustaz tu, ye."

"Orait."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Daniel bertolak pulang ke rumah setelah Eline menutup pintu pagar rumahnya. Dia tersenyum panjang kerana dapat menghabiskan masa bersama-sama Eline, gadis yang kini menjadi dambaan hatinya.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now