27

248 7 13
                                    

Keesokan malam, Adi Arshan datang ke kafetaria Eline untuk makan malam. Adi Arshan memarkir kereta Myvi miliknya di sebelah kereta Eline. Sewaktu Adi Arshan sedang berjalan menuju ke arah kafetaria, tubuhnya dilanggar oleh Eline.

"Sorry, sorry," ucap Eline tanpa menoleh ke arah Adi Arshan. Ketika itu, tangan kanannya sedang memegang kepalanya.

"Eline... Awak okay ke? Kenapa tergesa-gesa ni? Awak nak g mana?" soal Adi Arshan bertubi-tubi.

Eline terkesima apabila mendengar suara Adi Arshan. "Awak?" toleh Eline. Adi Arshan melihat Eline sedang mengerut dahinya, menahan sakit.

"Awak okay ke?" soal Adi Arshan yang kerisauan apabila melihat wajah Eline. Wajahnya pucat lesi.

"Saya sakit kepala. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Eline tidak banyak cakap. Dia segera berjalan menuju ke arah keretanya yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Eline... Eline. Biar saya hantar awak balik." Berkali-kali Adi Arshan memanggil Eline, namun Eline buat tidak endah. Eline masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Tanpa membuang masa, Eline terus bergerak pulang ke rumahnya.

"Eline... Astaghfirullalazim..." Adi Arshan amat bimbang akan keselamatan Eline. Tanpa memikirkan perutnya yang sudah berkeroncong akibat tidak menjamah makanan sejak dari siang tadi, dia segera menghidupkan enjin kereta lalu mengikuti Eline dari arah belakang.

Malang tidak berbau. Ketika di simpang rumah, kereta Eline hampir sahaja terbabas melanggar pembahagi jalan. Nasibnya baik kerana dia sempat menekan brek. Dahinya terhantuk di stereng kereta.

Adi Arshan terkesima seketika. Dia beristighfar berkali-kali. Tanpa berlengah waktu, Adi Arshan segera membuka pintu kereta, lalu berlari-lari anak menuju ke arah kereta Eline. Adi Arshan terlihat ada kesan luka di dahi Eline.

Eline memegang dahinya yang terhantuk. Dia memandang ke arah luar. Kelihatan Adi Arshan berdiri sambil memberi isyarat kepadanya untuk membuka lock pintu kereta. Eline menurut permintaan Adi Arshan.

Setelah berjaya membuka pintu kereta, Adi Arshan segera mendukung tubuh Eline. Sedetik kemudian, Eline merebahkan kepalanya ke pangkuan Adi Arshan. Adi Arshan segera membawa Eline ke hospital yang berdekatan. Dia amat risau akan kondisi Eline walaupun Eline hanya mengalami luka di dahi sahaja.

Ketika Eline sedang dirawat oleh seorang doktor, Adi Arshan menghubungi Iza untuk memaklumkan tentang Eline. Setelah mendapat segala maklumat yang ingin diketahuinya, Iza pulang ke rumah untuk menjemput Puan Umi Kalsum dan Yara Zahra. Mereka pergi ke hospital bersama-sama.

"Macam mana keadaan Eline, Adi?" soal Puan Umi Kalsum kepada Adi Arshan setelah tiba di lobi hospital. Ketika itu, Adi Arshan sedang menunggu ketibaan mereka.

"Alhamdulillah, doktor kata Eline okay. Cuma dahi Eline luka sikit, terhantuk kat stereng.  Pastu tadi doktor kata Eline demam. Suhu badan dia agak tinggi."

"Oh. Boleh umi tengok Eline?"

"Boleh. Sila, sila." Adi Arshan mengiringi Puan Umi Kalsum, Yara Zahra, Iza dan Irfan ke dalam bilik Eline.

Yara Zahra berlari-lari anak menuju ke arah Eline yang terlantar di atas katil. Kepalanya sudah dibalut kemas. Adi Arshan meletakkan Yara Zahra di sisi Eline. Yara Zahra segera memeluk erat tubuh Eline. Dia mencium pipi Eline berkali-kali. Wajahnya tampak suram.

"Eline kata dia sakit kepala. Jadi, saya tawar diri nak hantar dia pulang. Tapi Eline tak bagi apa-apa respons pun," ujar Adi Arshan.

"Patut la Eline tergesa-gesa keluar tadi. Iza tak sempat tanya pun," kata Iza pula.

"Maaf, Umi. Kalau Adi yang drive tadi, in shaa Allah tak berlaku perkara ni," kata Adi Arshan dalam nada sedih.

"Apa cakap camtu? Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Lagipun Eline luka kat dahi je. Dalam 2,3 hari in shaa Allah sembuh la tu," balas Puan Umi Kalsum dengan nada yang tenang. Adi Arshan tersenyum tawar.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dengan kuat. Semua yang berada di dalam bilik itu, terkejut.

"Eline macam mana?" Kelihatan Daniel dan ahli keluarganya datang menziarahi Eline.

"Alhamdulillah. Luka sikit je," jawab Puan Umi Kalsum. Iza dan Puan Umi Kalsum bersalam-salaman dengan Datin Dayini.

"Macam mana bole jadi macam ni?" soal Daniel dalam nada marah. Hatinya tidak tenang setelah mendapat pesanan mesej daripada Iza tentang Eline.

"Eline hampir terlanggar pembahagi jalan. Tapi nasib baik Eline sempat brek. So luka sikit kat dahi dia," jawab Adi Arshan.

"Kau? Kau watpe kat sini ha?" soal Daniel dengan nada sinis. Dia amat benci melihat Adi Arshan berada di situ.

"Daniel..." tegur Datin Dayini.

"Kau dah ada tunang, kan? Watpe kat sini?" Daniel masih tidak berpuas hati.

Adi Arshan tersentak. Dia ingin mengundur diri, namun dihalang oleh Datin Dayini.

"Daniel... Tak baik cakap camtu. Ni kan kawan Eline," tegur Datin Dayini lagi. Daniel menjeling tajam ke arah Adi Arshan. Air muka Adi Arshan berubah apabila Daniel melayaninya dengan kasar.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now