43 (SP)

332 6 3
                                    

Pada suatu hari, Adi Arshan berkunjung ke rumah Eline. Dia membawa manisan sebagai buah tangan.

Adi Arshan tiba di hadapan pintu pagar rumah teres Eline tepat seperti yang dijanjikan. Entah kenapa, hatinya berdebar-debar mahu bersemuka dengan keluarga Eline. Dia mematikan enjin lalu melangkah keluar.

"Assalamualaikum." Adi Arshan memberi salam. Setelah lima minit menunggu, muncul seorang kanak-kanak perempuan dari dalam rumah itu.

"Yara," sapa Adi Arshan sambil tersenyum girang.

"Abi Adi..." Yara Zahra menuju ke pintu pagar sambil dipimpin tangannya.

"Silalah masuk." Eline mempersilakan Adi Arshan masuk ke dalam rumah setelah membuka pintu pagar.

Adi Arshan tersenyum panjang apabila Yara Zahra menghampirinya. Beg plastik yang berisi manisan diberikan kepada Eline. Beg plastik itu bertukar tangan.

"Yara sihat?" soal Adi Arshan. Dia rindu untuk berbual-bual dengan Yara Zahra. Eline tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Assalamualaikum, Umi," sapa Adi Arshan.

"Waalaikumussalam. Lama tak datang rumah Umi. Kenapa?" tanya Puan Umi Kalsum.

"Saya sibuk sikit, Umi. Harap Umi tak kecil hati," jawab Adi Arshan.

"Eh, takda la."

"Jemput duduk, awak. Saya nak ke dapur, tolong Iza sediakan makanan," kata Eline pada Adi Arshan.

Adi Arshan melabuhkan punggung di sofa. Dia berbual-bual dengan Puan Umi Kalsum.

"Oh, saya terlupa sesuatu! Ni ada sesuatu untuk Yara," kata Adi Arshan apabila teringatkan beg kertas berwarna merah jambu di tangannya.  Beg kertas itu diserahkan kepada Yara Zahra. Lantas, Yara Zahra menyambutnya lalu segera membuka beg kertas itu. Dia terlihat beberapa naskhah buku cerita kanak-kanak.

"Terima kasih, Abi Adi. Yara suka," ucap Yara Zahra sambil tersenyum riang.

"Sama-sama. Nanti baca dengan Ibu, ya." Yara Zahra mengangguk laju.

Setengah jam kemudian, Eline memanggil Adi Arshan, Puan Umi Kalsum dan Yara Zahra untuk menjamu selera di ruang makan.

"Wow, nasi briyani! Eline masak ke?" soal Adi Arshan. Eline tersipu malu.

"Kena try ni. Lama tak rasa air tangan awak," tambah Adi Arshan lagi.

"Cubalah. Banyak saya masak tu," balas Eline sambil tersenyum.

Seusai menjamu selera, Adi Arshan dan Puan Umi Kalsum berbual-bual di ruang tamu. Yara Zahra pula ralit bermain dengan alat permainannya.

"Eline... Eline..," panggil Iza.

"Ya, kenapa?" jawab Eline sambil menoleh ke arah Iza sekilas.

"Kau tak rasa sesuatu ke?" soal Iza. Ketika itu, dia sedang mengemas meja makan. Eline pula sedang membasuh pinggan mangkuk di singki.

"Rasa apa? Kau ni ada-ada je tau," balas Eline. Dia malas mahu mendengar apa-apa daripada sahabatnya itu.

"Salah ke?" soal Iza.

"Tak la. Cuma malas nak dengar je. Nanti kecewa lagi."

"Kecewa?"

"Ya," balas Eline acuh tak acuh.

"Bukan ke Adi dah putus tunang?"

"So?"

"Ada peluang la, beb." Mata hitam Iza bersinar-sinar.

"Dulu pun kau cakap camtu. Sekarang aku kena percaya kau lagi ke?" soal Eline sambil mengelap tangan.

"Haha. Sampai hati kau cakap camtu. Dulu aku tak tau dia dah berpunya. Sekarang, lain. Tak salah kalau nak cuba." Iza masih cuba memujuk.

"Malaslah. Macam aku cakap. Ada jodoh, ada. Takda, takpa. Malas nak fikir."

"Ikut kau la," balas Iza. Nada suaranya menurun, sekaligus terdengar hampa.

"Sebenarnya, aku masih ragu-ragu. Hati aku berbelah bahagi. You know what I mean?"

Iza mengangguk faham.

"Aku sayangkan Adi. Tapi dalam masa yang sama, aku masih sayangkan Daniel. Aku rindukan dia, tapi dalam masa yang sama, aku geram dengan sikap dia."

Iza menghela nafas panjang. "Tak tahu nak komen apa. Doa je la, Eline. Apa yang Allah aturkan itu yang terbaik untuk kau. In shaa Allah."

Eline anggukkan kepala. Kemudian, mereka mengatur langkah ke arah ruang tamu untuk sertai Puan Umi Kalsum dan Adi Arshan. Mereka berbual-bual sehingga azan Asar berkumandang dari masjid berdekatan.

Setelah mengaminkan doa, Adi Arshan berkata, "Dah masuk waktu Asar ni. Saya mintak diri dulu, Umi, Eline, Iza. In shaa Allah ada kelapangan nanti, saya datang bertandang lagi."

"Eh, kejap. Ada sesuatu untuk awak," kata Eline apabila teringat sesuatu. Adi Arshan tidak jadi bangkit dari kerusi. Lantas Eline menuju ke dapur.

"Nah, ada kuih sikit untuk awak," kata Eline. Bekas berwarna ungu itu disuakan ke hadapan supaya mudah bagi Adi Arshan untuk menyambutnya.

"Buat susah-susah je. Terima kasih," ucap Adi Arshan berbasa-basi lalu mengambil bekas itu.

"Tak susah pun. Tapi yang tu belum bergoreng lagi," kata Eline.

"Oh, okay. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Adi Arshan bangkit dari kerusi lalu menuju ke arah pintu utama.

"Waalaikumussalam. Hati-hati. Nanti datang lagi, Adi," balas Puan Umi Kalsum.

"Bye, Yara. See you again," ucap Adi Arshan.

"Bye. I love you," kata Yara Zahra sambil tersenyum sipu.

"I love you too," balas Adi Arshan lalu melangkah pergi. Eline tersenyum senang.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now