6

475 17 14
                                    

Daniel mengertak gigi tanda protes kerana Eline pergi begitu sahaja. Selera makannya hilang serta-merta. Hatinya patah seribu.

"Tolong bungkus makanan ni. Saya takda selera nak makan," arah Daniel tegas. Pelayan wanita yang menghantar makanan Daniel cepat-cepat mengambil semula makanan itu lalu membawa ke ruang dapur untuk membungkus. Kemudian, dia menyerah semula makanan itu kepada Daniel. Daniel bangkit dari kerusi lalu ke kaunter bayaran.

Selepas membuat bayaran, dia segera pulang ke pejabat. Hatinya diruntun pilu apabila mengetahui Eline sudah mempunyai seorang anak. Dia tidak menyangka Eline sudah bernikah.

'Ahhh!!!' Daniel melepaskan perasaan marah sekuat hati. Kemudian, dia keluar menuju ke pejabat.

Setiba di meja seorang kerani wanita, Daniel menyerahkan bungkusan makanan itu kepada kerani tersebut. Dia tidak terasa mahu makan tengah hari itu. Daniel melangkah lemah ke arah bilik pejabatnya.

"Daniel," panggil Amanda yang sudah lama menunggu Daniel pulang ke pejabat.

"Buat apa kat sini?" soal Daniel dengan nada marah.

"Nak ajak u lunch. Jom," jawab Amanda sambil melangkah ke arah Daniel. "U pergi mana? Lama tau I tunggu."

"I tak suruh u tunggu pun," kata Daniel yang malas mahu melayan sikap Amanda.

"U ni... Macam tak suka je I datang sini. U tak rindu I ke? I miss you so much," ujar Amanda sambil membuat flying kiss kepada Daniel. Daniel menjeling tajam.

"U tak malu ke gedik-gedik macam ni? Jangan bawak perangai barat u datang sini boleh tak? Semak la," marah Daniel. Amanda mengerutkan dahinya.

"Kenapa marah-marah ni? I cakap elok-elok, kan? U ada problem, jangan lepas kat I pulak. I tak suka." Amanda cuba mempertahankan dirinya dari terus dimarah Daniel.

"Baliklah. I ada banyak keje nak buat," kata Daniel sambil membuka pintu bilik pejabatnya.

"No! I lapar. I nak lunch dengan u. Please," pinta Amanda manja.

"Next time." Daniel tetap berkeras dengan pendiriannya.

Amanda melangkah ke arah sofa yang berada di sudut bilik pejabat. Kemudian, dia melabuhkan punggung di situ. "I tunggu u siap keje. Then, kita g makan. Okay?"

"Apa?"

"I tunggu u siap keje. After that, kita g makan. I tak kisah. Take your time," ulang Amanda. Kini, giliran Daniel pula mengerutkan dahinya.

"I tak suka la orang tengok I buat keje. U balik la dulu." Daniel masih belum mengalah.

"No, no, no. I tetap dengan keputusan I," balas Amanda sambil tersenyum. Satu lagi masalah timbul. Daniel melepaskan keluhan berat.

Ketika Daniel menyusun langkah ke arah meja, terdengar bunyi notifikasi dari aplikasi Messenger. Daniel lekas mengambil telefon bimbitnya yang disimpan di dalam poket seluar.

'Hei, Daniel. Free ke tu? Aidleline ke maksud kau?' balas Ayuni.

Daniel cepat-cepat membalas mesej itu. 'Ya, ya, Aidleline. Kau panggil dia apa?'

'Eline. Kenapa? Kau rindu dia ke? Haha." Ayuni sengaja mengusik Daniel. Dia tahu Daniel amat benci pada Eline. Tetapi dia berasa pelik apabila Daniel menyoalnya tentang Eline. Sudah lama mereka berpisah. Mengapa baru kini nama Eline muncul kembali?

'Aku rasa aku jumpa dia la. Tapi aku tak cam sangat sebab dia dah cantik sekarang. Ayu je aku tengok. Sumpah!'

'Hahahahahaha. Kau buat lawak ke do? Bukan ke dulu kau hina dia cukup-cukup? Hari-hari dia menangis sebab kau tau,' balas Ayuni.

'Tu dulu. Tak payah nak ungkit sangatlah. Let past be the past,' kata Daniel yang rasa bersalah dengan sikap tidak matangnya dahulu.

'Eh, jap! Kau jumpa dia? Kat mana?' soal Ayuni teruja.

'Kat satu cafe ni. Tak silap aku, dia owner cafe tu. Nanti aku send location. Btw, kau kena tolong aku. Bila nak jumpa ni?' Daniel tidak mahu berselindung apa-apa lagi. Hatinya tidak sabar untuk meluahkan rasa yang terpendam di hati.

'Sabtu malam la. Aku busy sekarang ni. Deal?' cadang Ayuni.

'Onz. Jangan lupa janji kau. Aku tunggu Sabtu malam. Apa-apa mesej aku. Bye.'

Amanda melihat Daniel ralit bermain dengan telefon bimbitnya. Dia mendekati Daniel perlahan-lahan.

"U mesej dengan siapa tu?" soal Amanda sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Daniel.

"Ish, apa pegang-pegang ni?" Daniel menepis tangan Amanda.

"Biarlah. Dulu u tak marah pun I pegang-pegang u. I peluk u pun, u tak kisah," balas Amanda sambil tangannya cuba memegang bahu Daniel lagi.

"I cakap jangan tu jangan la." Daniel bangkit dari tempat duduk.

"U tak sayang I ke? Asyik nak marah je." Amanda berpura-pura merajuk dengan Daniel. Daniel berpura-pura tidak mendengar soalan Amanda.

"Tolong balik, Amanda. Malam nanti kita jumpa. Kita makan sama-sama," pujuk Daniel.

"Janji?" Daniel mengangguk.

"Okay, bye. See you tonight." Daniel melambaikan tangannya. Dia berasa lega apabila Amanda sudah pulang ke rumah. Dia mahu bersendirian. Otaknya serabut apabila memikirkan tentang Eline. Dia mengeluh panjang sambil bersandar di kerusi.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now