14

320 12 17
                                    

Suatu hari, Datin Dayini datang ke kafetaria Eline bersama-sama dengan Amanda untuk makan tengah hari. Mereka kelihatan sungguh mesra.

"Eline, Eline," panggil Datin Dayini. Ketika itu, Eline sedang menyusun cheese tart. Dia lekas menghampiri Datin Dayini apabila terdengar namanya dipanggil.

"Ya, Datin. Ada apa yang boleh saya bantu?" soal Eline.

"Saya nak kenalkan awak dengan bakal menantu saya, Amanda," Datin Dayini memperkenalkan Amanda kepada Eline. Eline menghulurkan salam perkenalan dan disambut mesra oleh Amanda.

"Eline dah lunch ke? Kalau belum, marilah join kami," ajak Datin Dayini.

"Maaf, Datin. Saya bukan tak sudi tapi ada banyak keje kat dalam," balas Eline.

"Pekerja you mana? Suruh la mereka buat. You kan boss. Arah je," kata Amanda kepada Eline.

Eline tersenyum sebelum membalas kata-kata Amanda. "Pekerja saya sibuk dengan kerja mereka. Lagipun, apa salahnya saya bantu. Saya pun takda keje ni," balas Eline lembut.

"Eline... Saya nak blueberry cheese tart 3 biji and original 3 biji," pinta Datin Dayini.

"Baik. Tunggu sebentar, ya," kata Eline sebelum melangkah pergi. Datin Dayini anggukkan kepala sambil tersenyum.

Selepas mengambil kesemua cheese tart yang dipesan, Eline melangkah semula ke meja Datin Dayini. Dia meletakkan sepinggan cheese tart dan dua biji piring di atas meja dengan penuh sopan-santun. Kemudian, datang seorang pelayan wanita sambil menatang dulang berisi minuman.

"Jemput makan, Datin Dayini, Cik Amanda. Kalau ada apa-apa, boleh minta bantuan daripada pelayan-pelayan yang ada," kata Eline sebelum meneruskan kerjanya yang tertangguh.

Ketika Eline sedang leka melakukan kerja, Daniel menghubunginya beberapa kali. Eline mengabaikan panggilan itu kerana dia mahu fokus menyiapkan kerjanya. Kebiasaannya, pada waktu tengah hari dan juga malam, kafetaria Eline akan dipenuhi orang. Jadi, Eline dan Iza akan turut serta membantu pekerja-pekerja mereka.

Malam itu, Daniel dan Firuz makan malam di situ. Selepas memesan makanan dan minuman, Daniel meninggalkan pesanan kepada pelayan wanita tersebut.

"Nanti bagitau Cik Eline, Daniel nak jumpa," pesan Daniel. Pelayan wanita tersebut hanya mengangguk. Pelayan wanita tersebut segera ke surau untuk memaklumkan pesanan itu. Lalu, Eline segera menemui Daniel.

"Hi, Eline," sapa Daniel. Waktu itu, Eline baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak. Eline melemparkan senyuman tawar kepada Daniel.

"Jumpa kejap," kata Daniel kepada Eline.

"Bagi saya seminit. Nanti saya datang," balas Eline.

Selang seminit kemudian, Eline menuju ke meja Daniel. Daniel mengajak Eline duduk di meja lain kerana dia tidak mahu perbualan mereka didengari Firuz.

"Ada apa?" soal Eline selepas melabuhkan punggung.

"Ahad ni awak free, tak? Saya nak ajak awak g tengok wayang. Sabtu ke? Tak kisah la bila-bila awak free," kata Daniel.

"Free je. Tapi saya kena bawak anak saya sekali. Boleh ke? Takut awak tak selesa je ada budak kecik," balas Eline.

"Eh, boleh je. Saya tak kisah. Kira hari Ahad la kita keluar, ya? Saya ambik awak kat rumah," kata Daniel.

"Okay. Amanda pun ada sekali?"

"Amanda?" Daniel berpura-pura tidak mengenali Amanda.

"Ye. Bakal isteri awak tu. Cantik la dia. Pandai awak pilih," puji Eline.

"Macam mana awak kenal dia?" Nada Daniel bertukar serius.

"Tadi dia datang dengan mummy awak. Mereka makan tengah hari kat sini," balas Eline.

"Oh. Okay."

"Okay la. Saya nak tengok Yara. Bye."

"Eline..," panggil Daniel ketika Eline bangkit dari kerusi. Eline memandang wajah Daniel.

"Saya sayangkan awak," kata Daniel sambil menatap dalam mata Eline.

"Tu... Makanan awak dah sampai. G makan. Nanti perut masuk angin," kata Eline lalu meninggalkan Daniel sendirian.

Firuz yang melihat gelagat mereka berasa hairan. Lalu, dia segera menanyakan hal itu kepada Daniel setelah Daniel tiba di meja makan.

"Tu sapa? Aku tak pernah kenal pun," soal Firuz. "Diam-diam pasang sorang lagi ek? Tak ajak," usik Firuz lalu tertawa besar.

"Ex-classmate aku. Aku suka dia," jawab Daniel.

"Hah? Abis Amanda? Kau tak nak ke? Haa bagi kat aku je la," ujar Firuz.

"Ambik la. Tenang hidup aku. Tapi aku cakap awal-awal. Dia tu maintenance tinggi. Setakat kereta Myvi kau tu, dia takkan naik," balas Daniel lalu tersenyum sinis.

"Cis! Kau perli aku ke bro?"

"Tak la. Aku cakap je. Sorry la kalau kau rasa macamtu. Aku takda niat pun nak perli kau," kata Daniel.

"Haha. Emo pulak member aku sorang ni. Lek la," pujuk Firuz. Daniel tersenyum tawar.

"Nak aku suap kau makan, tak?" usik Firuz.

"Gila. Aku masih lurus. Kau jangan macam-macam. Aku tumbuk kau nanti," ugut Daniel yang terhibur dengan usikan Firuz.

"Hahaha. Kot kau kurang kasih sayang. Aku bole bagi."

"Dah ar. Makan, makan. Geli pulak aku dengar," kata Daniel lalu makan makanan yang dipesan.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now