23

257 12 9
                                    

Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali

Ku ingin saat ini, engkau ada di sini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu

Segala cara telah kucoba
Agar aku bisa tanpa dirimu
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu

Sedang ralit Daniel menyanyi dengan penuh perasaan, terdengar ketukan bertalu-talu dari pintu biliknya.

"Yes, Mummy." Daniel segera membuka pintu biliknya.

"Dah makan ke belum? Tengok lauk tak usik pun," soal Datin Dayini yang dilanda kebimbangan apabila anak terunanya masih belum makan malam.

"Kejap lagi, Mummy. Daniel tak lapar lagi. Mummy letak je lauk bawah tudung saji tu. Nanti lapar, Daniel turun makan," balas Daniel. Sebenarnya, perutnya terasa amat lapar. Namun, dia tidak mahu makan. Hatinya dilanda kerinduan yang mendalam. Ibarat karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakah sudah.

"Yelah. Mummy tido dulu. Good night," ucap Datin Dayini lalu beredar dari situ.

Daniel menggapai telefon bimbitnya. Teringin sungguh hatinya ingin mendengar suara Eline. Sudah lama mereka tidak bersua muka. Hari-hari yang berlalu betul-betul menguji hatinya. Daniel tekad untuk bertemu dengan Eline pada esok hari. Dia tidak peduli sekiranya Eline memarahinya. Dia hanya mahu menatap wajah Eline untuk mengubati rindu yang sudah lama terpahat di hati.

Keesokan hari, Daniel bercadang untuk makan tengah hari di kafetaria Eline. Setiba di situ, dia terlihat Eline sedang sibuk di kaunter bayaran. Dia segera mengatur langkah ke situ.

“Assalamualaikum,” sapa Daniel. Dia berasa sangat teruja kerana dapat bertemu dengan Eline.

Eline tidak perasan akan kehadiran Daniel di situ. Dia tidak mendengar salam yang diucap Daniel. Daniel terus memberi salam. Setelah beberapa kali memberi salam, barulah Eline perasan Daniel di situ. Riak wajahnya berubah serta-merta. Tidak terukir walaupun segaris senyuman di bibirnya. Daniel terus tersenyum.

“Rindu saya, tak?” soal Daniel sambil tersenyum girang.

Eline membisukan diri. Lidahnya kelu seribu bahasa.

“Kalau rindu, cakap je la. Saya pun rindukan awak. Kira awak tak bertepuk sebelah tangan la,” usik Daniel. Dia sengaja mengusik Eline. Dia suka melihat Eline berang dengan sikapnya.

Eline menjeling tajam. Geli sungguh kedua-dua belah telinganya apabila mendengar kata-kata Daniel itu. Sejujurnya, dia berasa rindu pada Daniel. Fikirnya, Daniel akan memujuknya apabila dia merajuk pada insiden lepas. Namun, Daniel terus menghilangkan diri sehinggalah secara tiba-tiba dia muncul tengah hari itu.

Kebetulan, pada waktu yang sama, Amanda dan Fikri makan tengah hari di situ. Mereka bertembung secara tidak sengaja. Ketika itu, Amanda sedang asyik memilih cheese tart yang disusun tidak jauh dari kaunter bayaran.

“Hi, Daniel,” sapa Amanda.

Air muka Daniel berubah sepenuhnya. Niatnya ingin menyejukkan hati Eline, namun berlaku sebaliknya. Eline ingin melangkah pergi, tetapi sempat ditahan oleh Fikri.

“Hi, Eline,” sapa Fikri pula. Eline terkesima.

‘Mahu apa lagi Fikri ni? Benci betul la,’ rungut Eline dalam hati.

“You kenal dia?’ soal Amanda yang tidak tahu bahawa Eline dan Fikri pernah berkawan suatu ketika dahulu.

“Ya. Eline, kawan lama I,” jawab Fikri dengan jujur.

“Oh, I see. Ni, Daniel, ex-boyfriend I. By the way, guys, I and Fikri akan bertunang tak lama lagi. Maybe, after few months, kami akan berkahwin,” ujar Amanda dengan penuh teruja. Fikri mengiyakan kata-kata Amanda.

Eline dan Daniel mengucap syukur di hati. Mereka tersenyum lebar. Akhirnya, mereka bebas dari cengkaman insan-insan yang agak merimaskan. Mereka mengucap tahniah di atas khabar gembira itu berkali-kali.

"Apa kata, arini Eline belanja korang makan. Makan la apapun. Nanti just inform kat cashier, k,” kata Eline dengan nada yang sungguh gembira.

“Seriously? Thanks, Eline. Baik betul hati you,” balas Amanda. Eline membalas dengan senyuman.

Amanda dan Fikri segera ke meja makan untuk menjamu selera. Daniel pula tetap berdiri di situ untuk menunggu kata balas daripada Eline.

“Kita?” soal Daniel.

“Kita apa?” Soalan dibalas dengan soalan.

“Jom makan dengan saya. Saya lapar,” balas Daniel.

“G la makan. Saya dah kenyang. Saya nak g ambik Yara kat rumah, jap.”

“Nak ikut. Lepas ambik Yara, kita g makan kat McDonald ke KFC ke...”

“Saya tak ajar Yara makan fast food.”

“Ooo… So, kita makan kat sini jela. Jom, naik kereta saya,” kata Daniel.

Apabila melihat kesungguhan dari raut wajah Daniel, Eline menjadi serba-salah untuk menolak pelawaannya.

“Okay. Jom.” Daniel tersenyum tatkala Eline menerima pelawaannya.

Di dalam perut kereta, mereka hanya mendiamkan diri. Berkemungkinan sudah lama tidak bertemu membuat lidah kelu untuk berbicara.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now