bab 1

2K 70 11
                                    

"BIBIK!!!"

Bibik yang sedang berada didapur menyediakan menu baksonya segera berlari-lari anak mendapatkan puteri tunggal Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati itu. Maisarah segera menyambung tugasan bibik yang tergendala tadi. Entah apa lagi yang tidak kena dengan anak majikannya itu.

"Bik, siapa yang pandai-pandai petik bunga lili Lia ni?" tanya Dahlia Arissa sambil menunjukkan pokok bunga lili putihnya yang hanya tinggal batang dan daun sahaja.

"Bibik ngak tau, sih. Sungguh!" Sedikit gugup. Dia masih belum biasa dengan Dahlia Arissa kerana gadis itu baru sahaja balik dari Europe dua hari lepas.

"Ala bibik ni. Lia gertak sikit dah menggelabah semacam. Ke memang bibik tau siapa yang buat ni? Baik bibik cakap betul-betul dengan Lia. Kalau tak, Lia hantar bibik balik Indon. Eh. Tak boleh, tak boleh. Kalau hantar bibik pergi balik Indon bibik boleh survive lagi sebab tu tempat bibik sendiri. Haaa! Lia hantar bibik dekat Kutub Utara. Nak?"

"Eish, ngak mau sih Lia. Tempat itu sejuk bangat. Kalau mau hantar jugak, bibik pasrah juga deh." Kata bibik lalu tersengih.

Eh bibik ni. Boleh tahan jugak loyar buruk dia. Aku hantar betul-betul kejap lagi baru tahu! Omel Dahlia Arissa di dalam hati.

"Whateverlah bik, tapi baik bibik bagitau cepat. Sebab lepas solat subuh pagi tadi, Lia tengok bunga lili Lia ni ada lima kuntum. Tapi sekarang ni... Jangan kata lima kuntum, sekuntum pun dah tak ada dah!"

"Ermmm... Macam mana ya mau dikasi tau. Sebenarnya bunga Lia ini, Amir yang petik."

"What?"

Tanpa menunggu kata-kata bibik seterusnya, Dahlia Arissa sudah pun meluru ke tingkat dua dan daun pintu bilik Amir Haikal ditolak kasar.

"Abang Amir Haikal!!!" jerkah Dahlia Arissa lalu menghampiri Amir Haikal yang sedang terbongkang di dada katil. Selimut tebal itu di tariknya. Namun pergerakannya terhenti apabila melihat Amir Haikal hanya memakai boxer tanpa baju. Lantas dia berpaling ke muka pintu.

"Apa ni? Nak rogol abang ke?" kata Amir Haikal sambil duduk tanpa membuka mata. Masih mamai lagi.

"Tak ada masanya Lia nak rogol abang tu. Dengan boxer polka dot colour pink tu buatkan nafsu Dahlia hilang terus. Ni Lia nak tanya, kenapa abang pandai-pandai cantas bunga lili Lia tu? Bunga tu orang bagi hadiah dekat Lia abang tahu tak! Lia pun tak faham lah dengan abang ni. Kalau ya pun nak petik, petik satu dua sudahlah. Ni tak, sampai botak licin pokok bunga lili Lia tu abang buat. Kalau bunga tu boleh bawak ke Yun Nam Hair Care ke, spa ke tak apa jugak. Dapat jugak bagi treatment dekat dia. Ni sekarang ni apa cerita. Abang dengar tak ni Lia cakap?" panjang lebar Dahlia Arissa bersyarah tanpa titik noktah serta tidak memandang Amir Haikal. Namun tiada jawapan daripada Amir Haikal, yang kedengaran hanya bunyi air di dalam bilik air.

"Kurang asam jawa bin kurang asam keping punya orang! Buang air liur aku je bercakap. Tak apa, aku tunggu sini sampai dia bagi explain..." rungut Dahlia Arissa perlahan.

Dalam menanti Amir Haikal mandi, matanya sempat meliar ke ruang bilik lelaki itu. Kemas dan teratur. Patut pun bibik dengan Maisarah tak perlu nak kemaskan bilik ni. Tak macam bilik Daniel Amriza. Bersepah macam dua buah tongkang pecah.

"Lia cakap apa tadi?" tanya Amir Haikal yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.

Dahlia Arissa segera berpaling apabila mendengar suara Amir Haikal. Namun tidak lama, sebab Amir Haikal hanya bertuala. Huh, sengaja nak goda akulah tu! Kutuknya di dalam hati. Baik keluar dulu sebelum aku tergoda!

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDحيث تعيش القصص. اكتشف الآن