KHMA 2

5.4K 346 12
                                    

Aku dan Aisyah kembali ke kelas sebaik sahaja waktu rehat tamat.

"Syah, kau masuk kelas dulu eah, aku nak pergi tandas kejap".

"Okay.. ni kau tahu tak tandas dekat mana?"tanya Aisyah. Aku tersengeh dengan gelengan.

"Haih..kau jalan je dekat hujung blok tu ada tandas"tunjuk Aisyah.

"Okay thanks"bergegas aku ke tandas.

Selepas selesai aku melepaskan apa yang aku patut lepaskan, aku ke sinki untuk mencuci tangan dan membetulkan rambut aku. Sewaktu aku sedang membetulkan rambut, aku ternampak kelibat sekumpulan gadis berdiri di belakang aku melalui cermin.

"Hai budak baru"tegur salah seorang gadis itu.

Aku segera berpaling ke belakang. Takutlah jelmaan syaiton nirojim ke apa kan. Rupanya memang ada orang dekat belakang aku.

"Erm.. Hai"sebaris gigi aku yang putih lagi tersusun aku tayangkan.

"Eliana, kau tahu tak, tadi dekat kantin ada orang tu dia dekat dengan boyfriend kau tau"hasut seorang lagi pelajar perempuan. Wajah aku berkerut keliru.

Dah tu kalau ada orang dekat dengan boyfriend kau kenapa bagitahu aku.

"Tapi kan, mata dia tengok-tengok boyfriend kau juga"kata gadis yang di gelar Eliana.

"Eh jap, jap,jap. Korang ni kalau ada masalah dengan boyfriend korang, buat apa bagitahu aku. Dah tepi aku nak masuk kelas"aku cuba membolosi diri tapi sia-sia. Badan aku di tolak kuat sehingga aku jatuh terduduk di lantai.

"Aduh.. korang ni pahal!"marah ku. Sakit punggung aku. Ingat aku ni bola ke?

"Itu balasan sebab kau menggedik dengan boyfriend kitorang. Eh! You baru form 4 kan? So, hormat sikit aku ni yang senior kau"kata Eliana.

"Siapa boyfriend korang? Eh! Takde masa lah aku nak rapat dengan boyfriend korang. Aku ni memang jenis tak percaya dekat lelaki"jawab ku berdiri sambil tangan menepuk baju sekolah ku yang sudah sedikit kotor.

"Kau jangan buat tak tahu eah! Aku warning dekat kau supaya kau jangan sesekali dekat dengan MR. A. Kalau tak teruk kau aku kerja kan. Dah jom blah"mereka bertiga berlalu dari situ.

"Ish.. siapa tah yang nak boyfriend kau. Entah handsome ke tidak. Ish.. habis kotor baju aku. Nanti adam membebellah.."rungut ku terus berjalan keluar menuju ke tandas.

Sepanjang ke kelas, mulut aku tak henti mengomel tentang 3 orang budak perempuan tu. Rupa dah cantik tapi perangai.. hergh.. tuhan saja yang tahu.

Kaki di atur ke meja di mana Aisyah sedang membelek buku. Nasib cikgu belum masuk kelas.

"Lyd, asal kau lama sangat dekat tandas tu? Risau aku"ujar Aisyah memusingkan badannya menghadap aku.

"Kau nak risau buat apa?"aku menungkat kepala ku di meja menghadap Aisyah.

"Ya lah.. mana tahu kau sesat ke.. Kena buli ke.. jatuh tandas ke.."

"Memang pun"jawab ku ringkas. Tangan mengeluarkan buku tulis untuk pembelajaran seterusnya.

"Memang pun yang mana satu?"

"Kena buli and jatuh tandas"selamba badak aku menjawab tangan aku yang memegang pen ku hayunkan ke udara seperti ada jawapan dekat depan mata aku.

"Hah! Kau kena buli?! Siapa yang buli kau? Cuba kau bagitahu aku? And macam mana kau boleh jatuh. Ada luka dekat mana-mana tak?"

"Eh relax lah Syah. Kau ni gabra sangat kenapa?"

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن