KHMA 69

3.5K 221 72
                                    

Aku duduk bersandar dikepala katil berehat. Banyak sangat aku menangis tadi sampai kepala aku pun jadi pening. Sewaktu aku berehat, pintu bilik aku di ketuk dari luar.

"Masuk lah!"sahut aku.

Pintu di kuak terpancul mak lang di hadapan pintu.

"Boleh mak lang masuk?".

"Masuk lah mak lang"jawab ku tersenyum.

Maklang melangkah menghampiri aku. Lalu melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangan aku di genggamnya erat.

"Mak lang nak minta maaf sangat-sangat dengan Lydia atas apa yang Suraya buat dekat Lydia. Mak lang tahu tindakan Suraya tu melampaui batas. Mak lang pun tak sangka dia tergamak buat macam tu. Maafkan mak lang ya nak"tutur mak lang.

"Mak lang.. Lydia tak pernah salahkan mak lang. Lydia sudah lama maafkan mak lang. Sekarang ni.. Lydia nak mulakan hidup baru dengan Aliff, dengan semua orang."ujar ku. Sebak mak lang mendengar tutur ku. Mak lang memeluk aku dengan air mata gembira.

"Lydia memang seorang anak yang baik. Mesti arwah mak dan ayah Lydia bangga dengan Lydia sekarang"ujar mak lang mencium ubun-ubun ku. Pelukan di leraikan.

"Lydia rehat ya, mak lang nak pergi dapur. Hari ni mak lang akan masak makan malan kegemaran Lydia"aku tersenyum. Mak lang berlalu keluar dari bilik. Posisi duduk aku tukar ke posisi baring. Selimut aku tarik sehingga ke pinggang. Kepala aku yang berdenyut mendorong aku untuk melelapkan mata seketika.

-------

Aliff naik ke bilik untuk memeriksa keadaan aku. Boleh tahan lama aku tidur. Pintu bilik di buka lalu meloloskan badannya masuk. Aliff melihat aku yang masih lagi lena. Katil di hampiri. Dia melabuhkan duduknya di pinggir katil.

"Sayang.. bangun sayang. Dah lewat dah ni"kejut Aliff menepuk bahu aku perlahan. Aku meregangakan badan aku. Mata ku buka sebelah memandang aliff. Handsome pulak suami aku ni. Esh! Sempat lagi kau ya Lydia.

"Hmm.. dah pukul berapa dah?"tanya ku dengan suara serak-serak basah. Suara bangun tidur memang rock sikit.

"Dah nak manghrib sayang, bangun ya. Mandi solat. Lepas tu turun makan. Abang tunggu dekat bawah"ujar Aliff lantas dia berdiri. Baru kaki mahu melangkah aku memegang tangannya. Aliff memandang tangannya yang di pegang oleh aku lalu matanya beralih melihat aku yang mendongak memandangnya.

"Terima kasih"ujar ku.

"Thanks for what?"

"Sebab hadir dalam hidup saya" bibir aku merekah senyum. Dah tukar dah panggilan aku-kau kepada saya-awak.

Aliff membongkokkan badannya menghadap aku. Tangannya di bawa ke pipi aku.

"Sayang, you are the only girl that i want to spend time of my entire life. Remember this words i love you and I don't want to lost you again. Dah, pergi siap. Abang tunggu bawah"Aliff mengukir senyum terus berlalu keluar.

"I love u too"gumam ku perlahan. Kedua tangan aku menyentuh pipi. Tanpa ku duga, senyum lebar terukir di bibir.

Aku turun dari katil menuju ke bilik mandi dengan senyum tidak lekang di bibir aku. Aku rasa aku dah terfall in love dekat suami aku sendiri. Sejak bila dia jadi sweet talker pun tak tahu.

------

Aku menuruni anak tangga menuju ke ruang makan di mana semua ahli keluarga sudah berada disitu. Senyuman di wajah aku membuatkan yang lain turut gembira. Aku melabuhkan punggung aku di kerusi sebelah Aliff.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now