KHMA 23

3.8K 233 7
                                    

Aku dan kawan-kawan ku berjalan ke kelas. Baru sahaja aku ingin melangkah menaiki tangga, perlakuan ku terhenti. Aku mengecilkan mata ku memandang sekumpulan lelaki yang menyekat laluan aku.

"Hey, baby girl"kata seorang lelaki yang bersandar di pemegang tangga berpeluk tubuh.

"Kau nak apa Aliff"kata ku berpeluk tubuh dengan wajah menyampah.

"Aku nak kau"kata Aliff lagi tersenyum.

Wajah ku memerah. Aku menepuk wajah ku dan menggeleng.

"Tolong jangan halang laluan kitorang boleh?"Aisyah bersuara.

"No, until you say yes to be my girlfriend"kata Aakiff tersenyum senget.

"No..siapa nak dekat kau? Perasan"Aisyah berpeluk tubuh menjeling.

"Auch! Sungguh menusuk jantung ku"Aakiff memegang dada sebelah kiri berlakon kesakitan.

Baru sahaja Adam mahu berbicara terus aku memotong. Aku dah tahu dah niat dia tu. Dia nak kacau si Alia ni.

"Ha! Kau jangan pernah nak keluarkan kata-kata manis kau dekat Alia. Okay."aku memberi amaran kepada Adam.

"Ala... Nak ngorat sikit pun tak boleh"Adam membuat wajah sedih. Drama sangat. Secocoklah dengan Miss Queen tu. Drama king vs drama queen. Perfectó.

Alia hanya dia menundukkan wajah. Dia sebenarnya nak sorokkan muka dia yang merah tu. Malulah katakan. Macamlah aku tak tahu yang si Alia ni crush dekat abang aku.

"Korang boleh ke tepi tak? Kitorang nak lalu lah"rungut ku merenget.

Aliff tersenyum melihat aku yang merenget macam budak kecil.

'How cute'desis hati Aliff.

"Kiff, bagilah diorang lalu. Kesian pulak aku tengok macam nak menangis pun ada"kata Aliff bibirnya terukir senyum senget.

Aakiff bergerak ke sisi tangga memberi laluan untuk aku, Alia dan Aisyah. Aisyah mendahului terus menayangkan penumbuk kepada Aakiff. Alia hanya menunduk. Tak mampu untuk memandang Adam. Diikuti pula dengan aku yang terakhir mendaki anak tangga.

"Kau akan jadi girlfriend aku"bisik Aliff sewaktu aku melintasinya. Aku menggulingkan mata manakala Aliff membalas dengan senyuman.

"Nampaknya misi merebut hati si gadis akan bermula. Ye tak?"tanya Adam.

"Tapi, aku tengok macam Alia tu tak layan kau pun"kata Aakiff.

"Dia malulah.. mustahil dia tak akan suka aku"kata Adam.

"Aku rasa kau kena usaha lebih sikit untuk dapatkan hati Alia Hawani tu"kata Aliff berpeluk tubuh. Kaki melangkah mendaki tangga menuju ke kelas.

"Weh tunggu lah! Apa maksud kau kena usaha lebih"sahut Adam mengekori Aliff dari belakang. Begitu juga Aakiff.

-----------

Semasa waktu rehat, aku, Aisyah dan Alia menyusup keluar dari kelas menuju ke kantin. Aku menyelinap masuk ke dapur kantin yang sudah mengasingkan makanan untuk Mr. A. Kerek kan sampai makcik kantin kena hantarkan makanan. Aku rasa nak lempang je sekor-sekor tenuk tu. Macam dah melampau sangat.

"Alia, kau cover line. Jangan sampai ada yang datang"arah aku. Ali mengangguk mengangkat ibu jari.

"Aisyah, mana garam tu?"tanya ku lagi.

"Nah! Cepat sikit"kata Aisyah.

"Ye.. sabarlah!"aku melakukan kerja aku. Tak sabar aku nak tengok reaksi Mr. A. Diorang nak sangat kitorangkan. So, diorang mesti kena main permainan ALFA.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now