KHMA 9

4.3K 270 0
                                    

Aku dan Aisyah sedang duduk bersedia di bilik yang di sediakan. Aku berjalan ke hulu ke hilir tak senang duduk. Debaran yang aku rasa bukan kepalang. Aisyah hanya duduk diam menghafal lagu dan step. Dia memerhati aku yang berjalan ulang alik dari hujung bilik ke hujung lagi satu.

"Lyd, relax lah. Kau berdebar sangat ni asal?"

"Entah lah. Rasa berdebar tu lain macam" Aku masih lagi berjalan ke hulu ke hilir.

"Relax okay. Kita boleh buat".

"Relax konon. Kaki kau tu bergegar je dari tadi. Apahal".

"Aku sebenarnya nervous jugak ni"Aisyah menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Aku nak pergi toilet jap". Aku melakangkah kaki keluar dari bilik. Pintu bilik ku tutup.

Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu yang agak keras menyebabkan aku mahu terlentang ke belakang.

"Awak tak apa-apa?"tanya satu suara garau memaut pinggang ku dari terjatuh.

Wow! Aku tak perasan pula si Aliff ni ada lesung pipit. Muka dia pun clean je. Dari dekat macam ni makin handsome lah pulak.

Eh! Apa aku merepek ni.

'Mata dia, cantik..'bisik hati Aliff.

Aku menolak Aliff menjarak dari ku.
"Sorry saya tak nampak awak lalu tadi"aku harap dia tak kenal aku.

"Erm.. awak ni..."

"Saya pergi dulu. Bye"aku memotong percakapan Aliff terus berlalu ke tandas tanpa berpaling pipi ku yang memerah ku pegang panas. Malunya...

*********
"Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar dari sekolah Elite Highschool ke sekolah kami yang tidak seberapa ini. Sebelum saya memulakan majlis hari ni, saya mempersilakan tuan pengetua untuk memberikan sepatah dua kata"ucap Alia selaku pengerusi majlis.

Pengetua menaiki pentas bagi memberi ucapan. Kalau pengetua berucap memang sangat membosankan. Entah apa yang di bebelkan.

"Yo! Aliff, kau pergi mana?"tegur Adam di tepi dewan.

"Aku.. terserempak dengan salah sorang Black Mask tadi"jawab Aliff beriak biasa.

"Hah?! Kau jumpa Black Mask? Macam mana rupa dia? Lawa tak? Comel tak?"tanya Aakiff bertubi-tubi.

"Kau ni, pantang sebut perempuan"celah Adam.

"Erm..."Aliff terjeda. Dia teringat akan wajah gadis Black Mask yang di langgarnya tadi. Mata dia berwarna Hazel memukau pandangan Aliff.

"Dah lah malas aku nak fikir"Aliff mencapai gelas yang di letakkan di atas meja lalu menuang air orange ke dalam gelasnya.

Mr. A di tempatkan di meja VIP bersama Black Mask. Tapi, semua pelajar yang berada di dalam dewan tercari-cari di mana Black Mask.

"Baik lah, tanpa berlengah lagi, saya ingin menjemput duo yang terkenal di Asia dan pasti ramai yang menantikan kehadiran mereka semua. Persilakan Black Mask! Bagi persembahan pembukaan"ujar Alia.

Semua orang bersorak dan bertepuk tangan termasuk cikgu-cikgu. Tetapi tiada tanda-tanda yang Black Mask masuk ke dewan. Semua pelajar memandang kiri dan kanan mencari kelibat Black Mask.

"Weh! Biar betul ni? Mana Black Mask. Takkan tak de kut"Aakiff bersuara.

Tiba-tiba kedengaran suara nyanyian yang lunak bergema di seluruh dewan.

Lagu di atas..

Do you ever feel like a misfit?
Everything inside you is dark and twisted
Oh, but it's okay to be different
'Cause baby, so am I - Lydia

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now