KHMA 26

3.8K 236 12
                                    

Keriuhan suara beberapa orang pelajar di gelanggang bola keranjang, menandakan pasukan sekolah sedang membuat latihan untuk persediaan perlawanan persahabatan dengan sekolah Elite.

Aku dan kawan-kawan aku duduk dintempat duduk penonton bahagian hadapan untuk memberi sokongan kepada sang buah hati. Auch! Termalu pulak cakap pasal buah hati.

Pasukan bola keranjang memasuki gelanggang. Mata aku tidak lekang dari melihat Aliff. Aku sekarang ni masih lagi tak percaya yang aku dan Aliff declare. Macam mimpi je. Tapi, aku tak boleh leka. Tiger masih lagi mencari aku.

Mata aku beralih ke sekumpulan pasukan sorak yang sedang berlatih di tepi gelanggang. Tajam saja aku pandang ketua pasukan sorak tu.

"Hey, sweetheart. Jauh termenung"sapa Aliff memetik jari di hadapan wajah ku.

Aku memandang Aliff yang sudah berdiri di hadapan aku. Aku menayangkan sengihan.

"Dah habis training ke?" Tanya ku.

"Dah.. tu lah. Lama termenung. Teringatkan siapa? Buah hati kau dekat sini ha.."

Aku mengjungkitkan bibir dan mata di gulingkan. Aliff tersenyum dengan tingkah ku menampakkan selung pipit di pipinya.

"Baby~ jom pergi kantin. I haus lah jom"kata seorang gadis memaut lengan Aliff dengan nada yang gedik. Ee menggeliat aku kegelian.

Aku memandang gadis itu atas bawah dengan pakai cheerleadingnya, rambut ekor kuda di ikat tinggi dan beluncas dia lagi empat orang berdiri dengan penuh kerek di belakang.

"Sorry. Aku dah bawak air aku sendiri"kata Aliff menunjukkan air yang ada dalam pegangan aku.

"Oh ya, one more thing. Aku bukan baby kau. So berambus. Jom sweetheart" kata Aliff terus memanggil aku dengan perkataan sweetheart di tegaskan. Ternganga mulut gadis-gadis itu mendengarnya. Aku yang dah rasa malu tahap gaban ni berlalu mengikut jejak Aliff.

"On your face huh?!"sahut Aisyah tersenyum sinis.

"Capital L on your face"tambah Alia menayangkan jari berbentuk L di dahi.

Alia dan Aisyah mengikut jejak aku dan Aliff begitu juga dengan Aakiff dan Adam.

———————

Aku, Aisyah dan Alia bersandar di badan kereta menunggu ketibaan Mr. A yang berada di bilik persalinan menukar pakaian. Aku memeluk tubuh aku dengan tangan di angkat sekali sekala mengibas wajah aku yang sudah mula kemerahan dek panas cahaya matahari.

"Aduh.. lamanya tukar baju! Mengalahkan perempuan"rungut ku.

"Sabarlah Lyd, diorangkan training tadi.. berpeluh. Mestilah diorang mandi dulu"kata Alia. Aku mengeluh. Kata-kata alia sedikit membantu aku untuk kurangkan marah.

"Tak, yang kau beria tunggu dekat luar ni apa kes? Tunggu je lah dalam kereta. Ada aircond"kata Aisyah. Ya tak ya jugak. Bodoh jugak aku ni rupanya.

Aku tersengeh . Aisyah dah buat muka menyampah. Aku membuka kunci kereta. Pintu di bahagian pemandu aku buka. Baru saja aku ingin melangkah masuk, rambut aku di tarik dari belakang. Aku menjerit kesakitan.

Aisyah dan Alia segera mendapatkan aku. Mereka cuba untuk meleraikan pegangan orang itu dari rambut aku. Dan akhirnya berjaya.

"Kau pahal tarik rambut aku? Kau tak ada rambut ke apa? Nak aku tolong tarikkan"marah aku berira mahu menarik balik rambut orang itu.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now