KHMA 30

3.7K 216 5
                                    

Aakiff melihat bahagian baju yang di maksudkan Alia. Terdapat tompokan besar darah pada bahagian perut sebelah kanan.

"Kena pisau tadi. Alah sikit je ni"kata Aakiff.

Aisyah mengecilkan mata melihat Aakiff. Tanpa bercakap banyak, Aisyah menarik tali leher Aakiff.

"Erkk!"badan Aakiff terdorong mengikut jejak Aisyah ke sebuah katil pesakit. Yang lain hanya menghantar pandangan dengan gelengan kepala. Aku mengukir senyuman. Aku tahu yang Aisyah ni ada hati dekat Aakiff. Sebab tu dia ambil berat pasal Aakiff. Ego dia je lebih.

"Kau apasal tarik tali leher aku. Mulut tak ada ea nak cakap"ujar Aakiff membetulkan tali lehernya.

"Duduk"tegas Aisyah.

"Buat apa?".

"Duduk jelah"tegas Aisyah lagi.

"Ye.. ish! Garangnya"Aakiff akur. Badan di dudukkan di atas katil menghadap Aisyah.

"Bukak baju"arah Aisyah.

"Huh! Kau nak buat apa?"Aakiff menyilangkan tangan menutupi badannya. Senget betul otak si Aakiff ni. Aku yang melihat dari jauh sudah tergelak.

"Ish! Otak kau tu boleh tak jangan senget sangat. Aku nak rawat luka kau lah. Cepatlah bukak baju".

Aakiff mengeluh geram. Tali leher di buka lalu di letak di tepi. Butang baju di buka satu persatu. Wajah Aisyah sudah membahang menahan malu. Aakiff membuka baju nya lalu di lontarkan ke muka Aisyah.

"Ish!"desis Aisyah.

Aakiff tersenyum. Aisyah melurutkan baju Aakiff dari wajahnya dan terpancarlah susuk tubuh sasa Aakiff di hadapannya. Membulat mata Aisyah seketika. Kepala di gelengkan bagi menghalau pikiran yang bukan-bukan.

Aisyah mencapai first aid kit lalu mengeluarkan ubat sapu dan juga kapas. Luka Aakiff di bersihkan terlebih dahulu. Nasib tertoreh je. Kalau tertikam mahu ke hospital budak ni.

Aakiff hanya memerhati setiap pergerakan Aisyah merawat lukanya. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Erm.. Aisyah, aku nak pergi cafe jap dah waktu rehat ni."kata aku kepada Aisyah.

"Okay"jawab Aisyah sepatah. Dia kembali menyapu ubat di luka Aakiff. Aku dan yang lain mengatur langkah keluar tak nak lah menganggu orang nak meluahkan rasa cinta.

Selesai meletak ubat, bandage di ambil lalu di lilitkan di sekeliling pinggang Aakiff. Perlakuan Aisyah terhenti apabila Aakiff memegang lengan bajunya. Kepala di dongakkan sedikit memandang Aakiff.

"Eh! Burung hantu, kenpa kau ambil berat pasal aku? Setakat luka sikit je pun. Aku pernah dapat lebih teruk dari ni lagi. Kenapa?"tanya Aakiff.

Aisyah menyambung kembali balutan itu.
"Aku tak nak kena jangkitan kuman nanti. Luka perlu di ubati. Kalau tak nanti terkena jangkitan kuman! Faham...!"kata Aisyah menekan sikit bahagian luka di perut Aakiff. Berkerut Aakiff menahan sakit.

"Sakit lah! Oit!"marah Aakiff.

Aisyah berdiri dari duduknya dan meletakkan first aid itu kembali di tempatnya.

"Kau nak tahu sebab apa aku panggil kau burung hantu?"soal Aakiff menyarungkan kembali bajunya. Aisyah yang membelakangi Aakiff diam.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now