KHMA 28

3.5K 221 8
                                    

Sudah masuk ke 10 minit terakhir. Kedua-dua pasukan memperolehi mata seri. Kedua-dua pasukan berada di bangku pemain. Mereka di beri masa 5 minit untuk berehat dan menyusun strategi.

"Okay untuk sepuluh minit terakhir ni kita boleh skor 2 gol dan menang. Saya nampak pasuka Elite aim Aliff. So, yang lain tolong cover Aliff. Jangan bagi Aliff kosong."terang Coach.

Aliff memandang aku yang ralit berborak dengan Aisyah dan Alia. Matanya sayu memandang aku.

' Aku akan pastikan premium menang game ni. Kau milik aku sorang hana. Milik aku"desis hati Aliff.

Wisel berbunyi memanggil ke semua pemain untuk kembali ke dalam gelanggang. Posisi di ambil. Haiqal menatap Aliff dengan senyuman sinis.

"Aku akan dapatkan Lydia"bisik Haiqal tersenyum senget.

"Jangan mimpi!"Aliff menolak bahu Haiqal. Pengadil yang ada di situ berada di tengah-tengah bagi mengelakkan pergaduhan berlaku.

Wisel di tiup dan bola di lambung tinggi. Haiqal menepis bola dan kini bola berada di tangan pasukan elite. Amril mengepas bola kepada Syafiq dan syafiq melantunkan bola. Adam berada di hadapan Syafiq. Syafiq mengelak pantas tapi Adam lebih pantas merampas bola.

Bola kini beralih ke pasukan Guardian. Berdebar jantung aku melihat perlawanan yang sengit. Aku takut bila Guardian kalah. Hubungan aku dengan Aliff nanti macam mana?.

Pritt!!

Bunyi wisel menandakan satu jaringan telah di sumbatkan. Aku melihat papan score kelihatan mata elite sudah naik satu mata.

"What?!"kata ku sedikit terjerit.

"Weh! Asal elite dapat mata. Macam mana diorang dapat bola?"tanya aku kepada Aisyah dan Alia.

Diorang dapat balingan sisi. Sebab Adam langgar Syafiq"jelas Alia.

"Aku rasa diorang ada nak main kotor ni"Kata ku.

"Aku pun rasa macam tu"tambah Aisyah.

Aku kembali tekun menonton perlawanan. Hati aku jadi makin berdebar bila elite dah jauh satu mata ke depan.

----------

Aku duduk di sebelah Aliff yang menunduk memandang kakinya yang berbalut. Aku turut berduka melihatnya.

"Ehem! Weh! Korang ada bau aroma kekalahan tak dekat sini?"tanya Haiqal kepada kumpulannya yang berdiri berpeluk tubuh memandang Aliff dan yang lain.

Aakiff mula bengang terus berdiri menggenggam kolar baju Haiqal.

"Kau main kotor Haiqal! Kau buat Aliff cedera dan kau menang cara kotor!"tengking Aakiff.

Haiqal menepis tangan Aakiff. Genggaman Aakiff terlepas.

"Aku main kotor? Ke.. abang kau tu yang lembik?".

"Kau kenapa setan!"Aliff berura mahu berdiri tetapi aku pantas memaut lengannya menyuruh dia duduk.

"Sebelum aku lupa, aku datang sini nak tuntut janji"ujar Haiqal lantas menarik lengan aku menyebabkan aku berdiri mendekat dengannya.

"Ish! Lepaslah!"aku cuba untuk melepaskan pegangannya.

"Perjanjian tetap perjanjian"kata Amril. Menarik tangan Aisyah yang berlapik lengan panjang.

"Ni, balasan sebab kau tolak aku"Syafiq menarik lengan baju Alia menghampirinya.

"Mulai hari ni, Alfa jadi milik H.A.S" ujar Haiqal memaut bahu aku mengikutinya.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now