KHMA 62

2.9K 190 79
                                    

24 julai 20xx

Hari ini adalah hari di mana aku harus pulang ke pangkuan keluarga aku. Aku mengemas barang-barang aku lalu aku masukkan ke dalam bagasi. Aku duduk di hujung katil sambil melihat sekeliling bilik. Kenangan 5 tahun di sini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Ketukan pintu menyedarkan aku.

"Akak, boleh Hawa masuk?"Hawa bertanya di muka pintu yang pintunya sudah sedia terbuka.

"Masuk je lah..macam tak biasa pulak"ujar ku tersenyum.

"Akak, nanti bila akak balik dekat sana jangan lupa Hawa tau".

"Mestilah akak tak akan lupa adik akak sorang ni"aku memeluk Hawa.

"Lydia, dah siap ke?"tanya bonda.

"Sikit lagi bonda"jawab ku.

"Cepat sikit. Syed dah tunggu dekat kereta"ujar bonda terus berlalu.

Aku menapak ke almari bagi mengeluarkan segala barang yang ada. Aku ternampak akan dua bungkusan yang berbalut dengan plastik pembalut hadiah.

"Laa.. aku lupa nak bukak, haish.. sampai nantilah aku buka"aku menyimpan kotak itu ke dalam bagasi. Terus bagasi aku tutup dan aku zip rapat.

"Jom"ujar ku ke pada Hawa.

Hawa mengiringi aku ke kereta. Syed membantu mengangkat dua bagasi aku yang bersaiz besar ke dalam kereta. Aku menyalami tangan bonda lalu memeluk bonda erat. Aku pasti akan merindui bonda yang sudah aku anggap macam mak aku sendiri. Terus aku beralih kepada Hawa. Tubuh kecil itu aku peluk.

"Jaga diri elok-elok tau"pesan aku. Hawa mengangguk. Air matanya mengalir menahan sebak.

Aku masuk kedalam perut kereta di bahagian penumpang hadapan. Syed memandu keluar dari perkarangan rumah Mutiara Iman. Sempat aku memberi lambaian perpisahan kepada bonda dan Hawa.

-------

Setelah tiga jam perjalanan, akhirnya kami tiba di rumah mak long. Tapi yang membuatkan aku hairan, apabila terdapat beberapa kanopi putih di halaman rumah. Macam ada kenduri saja. Syed memarkingkan kereta di luar pagar. Aku dan Syed keluar dari kereta menapak masuk ke dalam pagar rumah.

Pasang lagu dekat atas nak bagi feel sedih sikit.

Aku lihat banyak sangat selipar dan kasut di luar rumah. Ada apa sebenarnya ni. Sendal aku lepas. Kaki menapak masuk ke dalam rumah. Terpaku aku dihadapan pintu. Apabila aku melihat ada majlis akad nikah berlangsung. Paling terkejut apabila melihat pengantin lelaki ialah Aliff Huzairy. Hati aku bagai di robek dan di siat-siat. Air mata aku mula jatuh berguguran.

"Aku terima nikahnya. Nur suraya binti razali dengan mas kahwin 500 ringgit tunai".

Mendengar saja semua saksi menyatakan sah aku seperti mahu rebah ke tanah. Aku menekup mulut menahan sebak di dada. Setelah selesai pembacaan doa, Aisyah yang sedang meriba bayi tersedar akan kehadiran aku di muka pintu. Segera dia menyerahkan bayi itu pada lelaki disebelahnya.

"Lydia!"panggil Aisyah bergenang air matanya. Semua mata menghala ke arah aku di sebabkan oleh panggilan Aisyah.

Tergamam semua orang apabila melihat aku berada di muka pintu yang bertudung litup sudah berderai air mata. Aliff yang tadinya duduk bersila kini berdiri memandang aku dengan wajah serba salah.

"Apa semua ni Mak lang? Apa semua ni!! Sampai hati semua orang kan?!"teriak ku dalam tangis.

"Lydia, maafkan mak lang Lydia. Mak lang terpaksa"ucap mak lang menghampiri aku dengan tangis.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now