KHMA 19

4K 236 6
                                    

Tumpang lalu...

Tumpang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jemput baca ya cerita terbaru sis. Cerita ni sambungan dari cerita En. Suami 18 tahun. Watak-watak dalam ni ada juga dalam cerita sebelum ini.

Okay. Kembali ke kembar Hot Mr. A

-----------------------------------------------------------

Di pagi yang sungguh hening. Bunyi cengkerik bergema menandakan baru sahaja lepas hujan. Aku mengubah posisi baring ku ke duduk. Rambut aku yang kusut masai aku biarkan. Aku melihat jam di dinding. Menunjukkan pukul 6 pagi. Masih awal lagi. Memandangkan hari ni aku tak boleh solat, apa lagi? Sambung tidur balik lah...

Aku menarik selimut menutupi kepala aku. Dingin pagi menggalakkan lagi untuk aku meneruskan tidur aku. Mata aku betul-betul mengantuk dah lah malam tadi aku tak boleh tidur sebb period pain punya pasal. Sampai ke Adam aku kejut suruh cari minyak. Kesudahnya aku telan juga painkiller.

-----------

Kedengaran keriuhan di dapur dan juga luar rumah. Ramai saudara mara sedang sibuk menyiapkan majlis untuk Tahlil. Aku menuruni tangga dengan masih berbaju dress tidur tanpa lengan. Kaki di langkah ke dapur. Buat apa nak malukan semuanya saudara mara aku.

Aku melangkah dengan nguapan. Tangan menutup mulut dan mata aku masih tertutup. Tiba-tiba aku terasa seperti terlanggar dinding. Aku terjerit kerana badan aku sudah condong mahu menghempap lantai.

Aku membuka mata apabila merasakan badan aku seperti di awang-awangan. Terbuntang mata aku melihat diri aku berada dalam dakapan Aliff.

'Handsome pulak dia pakai baju melayu dengan songkok macam ni.' bisik hati aku.

"Eh! Eh! Apa peluk-peluk ni."tegur mak Su. Pantas aku membetulkan kedudukan aku. Tangan aku di silangkan menutupi dada. Aliff memandang ke arah lain sambil menggosok belakang lehernya.

"Adik, kenapa pakai macam ni!! Pergi naik mandi sekarang! Ni Aliff bawa gulai ni keluar"arah Mak su menghulurkan bekas gulai kepada Aliff. Kaki aku laju saja naik ke bilik. Aliff membawa keluar bekas gulai itu.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now