KHMA 11

4.3K 261 15
                                    

Aku duduk di hentian bas di luar pagar sekolah. Mesti tertanyakan kenapa aku duduk dekat bus stop sorang-sorang. Aku terpaksa tolong cikgu tadi, lepas tu si Aisyah tu dah balik dulu. Tinggallah aku sorang-sorang dekat sini.

"Haih... Macam mana aku nak balik ni? Abang dah balik dah. Takkan nak call Uncle. Jauh pulak nak datang sini. Takkan nak call Pak long. Aku tak suka susahkan orang."aku menghela nafas berat.

Sedang aku menunggu bas, datang tiga motor superbike di hadapan aku. Siapa pulak yang datang ni.. menyemak jelah... Aku membuat muka meluat.

Salah seorang penunggang itu menaikkan visor helmet fullfacenya.

"Hai, sorang je ke?"tanya lelaki itu. Aku memandang ke arah lain. Malas mahu melayan.

Penunggang itu membuka helmet fullfacenya terpancullah wajah tampan seorang jejaka yang aku meluat.

"Kau berambus boleh tak Haiqal. Semak mata aku tengok kau"kata ku. Haiqal yang membetulkan rambutnya di side mirror terus memandang aku.

Dia turun dari motornya di ikuti oleh rakan seperjuangannya. Siapa lagi kalau bukan Amril dan Shafiq.

"Kau ni jual mahal sangatlah. Tak luak pun kau punya jual mahal tu."kata Haiqal bersandar di motorbikenya.

"Kau sorang je ke? Mana kawan sejati kau"Amril bersuara.

"Dia dah balik"aku masih tidak memandang mereka bertiga. Aku dapat merasakan Haiqal menghampiri aku.

"Aku suka perempuan yang garang"kata Haiqal berbisik di telinga ku sambil tangannya menyentuh rambut ku.

Aku menepis tangan Haiqal kasar.
"Ish! Kau pahal. Suka-suka hati nak pegang rambut aku"marah ku berdiri. Kaki melangkah pergi. Tetapi, tangan Haiqal pantas menarik tangan aku dan menyebabkan aku terdorong ke belakang dan berada betul-betul dalam pelukannya.

Aku meronta menolak dadanya. Tapi apalah kudrat seorang wanitakan. Pelukan Haiqal makin kemas di pinggang ku.

"Lepaslah! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!" Aku meronta.

Amril dan Shafiq hanya ketawa melihat aku meronta.

"Kau ingat kau meronta macam ni aku lepaskan kau. Huh! Mana boyfriend kau yang berlagak bagus sangat tu? Tak ada pun selamatkan kau"kata Haiqal tersenyum sinis.

Tanpa di duga, satu tumbukan hinggap di muka Haiqal terus pegangan di pinggang aku di lepaskan.

"Ni makan dia.."kata jejakan idaman malaya. Hahaha korang rasa siapa?

Seorang lagi datang. Tangan di tahan besi penghadang bus stop, melayang tendangan mengena Amril. Amril jatuh tersungkur di tanah.

"Adik,"kata lelaki itu. Terus aku memeluk Lelaki itu. Adam lah siapa lagi abang aku.

Aku memandang Shafiq yang sudah jatuh tersembam ke tanah akibat di tendang oleh Aakif.

"Kau main kotor Haiqal. Kau kenapa kacau Lydia"kata Aliff marah.

Haiqal tersenyum sinis. Kekura tangannya mengelap darah yang keluar dari hujung bibirnya.

"Aku mana ada main kotor, kau yang tak jaga awek kau elok-elok. Lagipun, dia yang datang peluk aku"kata Haiqal sinis. Dia berdiri memandang ku tepat. Aku tergamam dengan apa yang di katakan. Dahi aku berkerut seribu.

Adam menunduk memandang aku yang ada dalam pelukannya dengan pandangan bertanya. Begitu juga Aliff dan Aakiff memandang ku serentak.

"Heh! Setan! Kau jangan nak tokok tambah cerita. Kau ingat aku hingin sangat ke dengan kau. Jijik tahu!"marah ku menafikan.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now