KHMA 47

2.7K 197 13
                                    

Setibanya di tapak perkhemahan, cikgu mula menghampiri Aliff yang memapah Qistina. Baju dan seluar mereka habis dikotori oleh selut.

"Kenapa ni Aliff?"tanya cikgu Hani.

"Qistina jatuh jurang"kata Aliff.

"Macam mana boleh jatuh?".

"Saya tak nak tuduh sesiapa cikgu. Tapi Eliana cakapa Lydia yang tolak Qistina ni jatuh jurang".

"What?"cikgu Hani bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya. Dia kenal seketul Lydia macam mana. Dan sudah masak dengan perangai Qistina yang selalu timbulkan masalah.

"Aliff tolong panggilkan Lydia. Qistina biar cikgu yang papah dia ke bilik rawatan. Suruh Lydia datang ke khemah urus setia"pesan Cikgu Hani.

"Baik cikgu".

Sementara di khemah..

"Lydia, betul ke apa aku dengar?"tanya Aisyah.

"Dengar apa?"jawab ku malas.

"Kau tolak Qistina jatuh jurang".

"Kau percaya ke cakap diorang tu. Masa tu Eliana je saksi dekat situ. Sah-sah ni rancangan diorang nak kenakan aku."kata ku bengang.

"Sabar lah Lydia, aku tanya je"Aisyah dan Alia mula diam. Tak mahu menganggu Aku yang masih dalam emosi.

"Lydia?"panggil seseorang dari luar khemah.

Aku keluar dari khemah dan mendapati sarah rakan sekelas aku berdiri di luar khemah.

"Ada apa?"tanya ku tiada mood.

"Sorry tau Lydia. Aku tahu kau tak buat. Tapi, Aliff cakap cikgu Hani panggil kau. Dia suruh kau tunggu dekat khemah urus setia"pesan Sarah.

"It's okay sarah. Aku pergi dulu"aku melangkah ke khemah urus setia. Semasa aku melalui khemah pelajar perempuan lain, banyak jugalah mata yang memerhati. Tapi, tiada satu umpatan pun yang aku dengar. Mungkin diorang pun tak percaya yang aku tolak Qistina.

-------

Aku menunggu ketibaan cikgu Hani dan cikgu lain di bawah khemah. Tiba-tiba, Fasi datang menghampiri dan duduk di kerusi yang ada di situ.

"Aku nampak apa yang jadi boss"kata Edri. Aku diam. Malas nak serabutkan kepala otak aku.

"Boss jangan macam ni boss. Kita orang tahu boss bukan macam tu. Edri ada dekat situ memantau"tambah Adi.

"Dah lah.. aku malas nak serabutkan kepala otak aku ni. Biarlah cikgu nak denda apa pun. Budak Qistina tu kita tak boleh nak lawan balik. Kita biar je. Tunggu masa aku akan balas.

"Kenapa boss?"tanya Syed.

"Sebab dia anak Tiger".

Mereka semua terkelu seketika. Mereka tak sangka selama ni musuh ada dekat je dengan mereka.

"Macam mana boss tahu?"tanya Zariff.

"Nama dia lah ngok. Nama bapak dia tu"kata ku. Mereka meng'oh' kan saja. Sudah selesai satu masalah dan masih banyak lagi masalah yang belum selesai.

"Aku tahu dia tengah cari aku. Tapi, dia tak tahu siapa Hana yang sebenarnya"kata ku.

Tidak lama kemudian, cikgu-cikgu pun tiba. Banyak jugak mereka soal siasat aku. Semuanya aku nafikan yang aku buat. Memang betul aku tak buat. Takkan aku nak mengaku mengkhinzir buta macam tu je. Dan akhirnya mereka memutuskan supaya aku tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti selepas ini. Katanya tidak adil kalau aku dilepaskan begitu saja.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now