KHMA 22

4K 241 12
                                    

Aku keluar dari perut kereta dengan wajah yang mengantuk. Gila tak mengantuk, semalam aku pergi serbu markas triplet. Aku balik rumah dah pukul 3. Berapa jam je aku tidur.

Aku, Aisyah dan Alia berjalan ke dewan untuk perhimpunan pagi. Perkara yang paling aku tak suka adalah perhimpunan pagi. Bukan ada apa pun. Duduk dalam dewan dengar pengetua dan cikgu-cikgu lain membebel. Puftt boring.

Aku berdiri di barisan kelas aku manakala Alia pula berdiri di barisan tingkatan 5. Aisyah pula, bertugaslah. Diakan pengawas.

Di atas pentas kelihatan tuan pengetua sedang memberi ucapan. Aku yang berdiri mula rasa terhuyung hayang. Aku cuba untuk fokus dengan apa yang di perkatakan oleh pengetua. Tapi tak boleh, perasaan mengantuk tu mengawal minda aku. Tanpa aku sedar, pandangan menjadi gelap.

------------

Aku memisatkan mata ku yang kabur untuk fokus. Aku melihat sekeliling drastik aku bangun dari pembaringan. Ya, aku ada di dalam bilik sakit.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini? Bukan tadi aku... Oh! No! Ni mesti aku tertidur dalam dewan tadi. Aduh!! Malunya...kau ni sengallah Lydia, siapa suruh kau balik lambat sangat semalam"kata ku sendiri sambil tangan menepuk-nepuk dahi.

"Hoi! Gila ea? Tepuk-tepuk dahi macam tu"tegur satu suara garau.

Aku memalingkan wajah ku ke pintu bilik sakit. Kelihatan Aliff sedang berpeluk tubuh menyandarkan bahu di bingkai pintu.

"Apasal kau datang sini? Aisyah dengan Alia mana?".

"Diorang dalam kelaslah. Nyenyak tidur cik kak"perli Aliff berjalan menghampiri katil ku dengan tangan sebelah di dalam polet seluar.

"Ma..mana a..ada aku tidur"dalih aku memandang ke luar tingkap.

"Tak payah nak berdalih lah. Aku yang angkat kau datang sini. Sedap betul kau tidur. Tu lah.. lain kali jangan balik lambat. Nak serbu sangat tempat aku"bidas Aliff.

"Heh! Kau yang geledah tempat aku! Sekarang kau nak salahkan aku. Disebabkan korang bertiga yang sephkan tempat aku lah aku balik lambat semalam"aku berpeluk tubuh marah.

"Siapa suruh kau menghilang. Lama aku cari kau. Kau tahu tak. Macam orang gila aku cari kau".

"Kenapa pulak kau cari aku?"

"Kau dah selamatkan nyawa aku 4 tahun lepas. Dan kau juga dah curi hati aku 4 tahun lepas"kata Aliff tanpa simpang siul. Tajam mata Aliff memandang aku.

Aku kaku, tak tahu nak cakap apa. Straight forward betullah Aliff ni. Malu aku. Muka aku dah mula membahang. Aku cuba untuk mengingati kembali kejadian 4 tahun lepas.

Di sebuah markas mafia yang menyeludup dadah menjadi sasaran aku. Alpha sudah bersedia di posisi masing-masing untuk menyerang.

Tetapi, rancangan aku terpaksa di tukar apabila ketibaan anggota polis di setiap penjuru menyembunyikan diri. Aku menyuruh Bun iaitu orang kanan aku untuk menggodam sistem komunikasi pihak polis.

"Hai tuan inspektor"sahut aku melalui alat komunikasi yang aku pakai di telinga.

"Kau siapa!"jawab Inspentor Harun tegas.

"Wow! Garangnya. Relax tuan Inspektor. Aku leader Alpha. Pemburu Mafia. Aku tahu anak kau ada dalam tawanan dia kan? So, aku nak tawarkan kau hutang budi". Ujar ku tersenyum melihat wajah Inspektor Harun yang sudh berkerut.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now