KHMA 63

3K 194 56
                                    

Tiga orang lelaki sedang duduk berbincang di dalam sebuah cafe. Masing-masing menunjukkan riak wajah ketat. Seperti ada sesuatu yang serious sedang mereka bincang kan.

"Dam, kau dah jumpa ke mamat salleh celop tu. Dia tu bukti besar kita tau".

"Aku tak dapat jejak dia pun. Pandai betul si Suraya tu sorok mamat tu"balas Adam.

"Kau betul ke tak ada sentuh dia Liff?"tanya Aakiff".

"Kau fikir aku ni apa nak sentuh anak orang. Masa tu dia minta tolong aku hantarkan ubat sebab dia sakit kepala. Lepas aku hantar ubat, tiba-tiba jais datang dan semalam aku geledah bilik dia, Kau tengok apa aku dapat"Aliff meletakkan satu pucuk surat di atas meja.

"Surat apa ni?"tanya Aakiff. Adam membuka surat itu lalu membacanya. Terbuntang mata Adam membaca isi surat itu.

"Dia dah mengandung 2 bulan? Kau kahwin dengan dia pun tak sampai seminggu lagi. Sah memang dia nak kau jadi kambing hitam."kata Adam.

"So, apa plan dia sekarang ni?"tanya Aliff.

"Ha! Aku ada idea. Tapi, kita kena ada bantuan"ujar Aakiff.

-------

"Assalamualaikum".

Aakiff tersandar di pintu kerana terkejut apabila melihat satu lembaga yang berdiri di hadapannya. Tangannya menggosok dada.

"Sayang?! terkejut abang tahu tak. Nasib baik tak ada sakit jantung"ujar Aakiff menghampiri isterinya yang di sangkakan lembaga itu.

"Abang pergi mana malam-malam baru balik?"tanya isterinya.

"Baru balik meeting dengan Adam dan Aliff. Anak mana?".

"Dah tidurlah. Cuba abang tengok sekarang ni dah pukul berapa?".

"Alaa.. jangan lah marah-marah.. abang pergi meeting je. Ke sayang nak abang nyanyi lagu masa dulu-dulu tu".

"Jangan nak merepek malam-malam ni. Pergi masuk!"marah isterinya mengcekak pinggang.

"Aisyah.. jangan ragu-ragu dengan cinta ini,
Jangan kau ragu-ragu tuk! Argh sakit, sakit"tak sempat Aakiff menghabiskan nyanyiannya, isterinya sudah menarik telinganya.

"Jangan nak Aisyah,Aisyah sangat. Ni isteri mu Aisyah ni dah mengamuk. Pergi masuk bilik!".

Pantas Aakiff berlari masuk ke bilik. Jangan di buat main dengan isterinya. Dari dulu sampai sekarang. Garang bebenor. Siapa je tak kenal Aisyah. Pengawas paling garang dekat sekolah dulu. Kini sudah menjadi pujaan hati dan isteri kepada Aakiff Qusyairy.

"Apalah nasib dapat suami sengal macam ni".

--------

Pasang lagu di atas. Kita kasi mood sedih sikit.

Tiga bulan kemudian..

Aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana mendapat khabar dari mak su bahawa Atok aku sedang sakit. Aku mengemas barang-barang aku, lepas tu terus pulang ke Kuala Lumpur dengan di temani oleh Hawa. Nasib baik kereta aku ada dekat sini. Jadi aku memandu pulang dengan kadar segera.

3 jam perjalanan, akhirnya aku sampai di hospital di mana atok aku di rawat. Aku bergegas ke wad atok untuk melihat keadaan atok.

Dengan penuh debaran, pintu wad aku buka. Semua yang ada di dalam tu memandang aku terkesima. Mana tak terkejut tiba-tiba je aku muncul setelah menghilang tanpa khabar. Aku memegang tangan Hawa. Mungkin Hawa dapat merasakan tangan aku yang sejuk kerana gementar apabila bertemu dengan semua orang. Lima tahun aku menghilang dan akhirnya aku kembali lagi buat kali kedua.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now