KHMA 61

2.9K 207 54
                                    

Lima tahun kemudian..

Suasana di rumah Mutiara Iman amat riuh rendah. Pada hari itu, merupakan hari sambutan ulang tahun aku yang ke 21. Bagaikan tidak percaya. Sudah lima tahun aku membawa diri untuk perbaiki diri aku. Itu janji aku dengan arwah Alia 5 tahun lepas.

Semua penghuni Rumah Mutiara Iman meraikan hari ulang tahun aku. Sejak hari pertama aku jejakkan kaki di rumah ini, semua menerima aku dengan baik. Pada awalnya ramai juga yang takut apabila mendengar sejarah aku yang merupakan seorang bekas mafia. Alhamdulillah, lama-kelamaan mereka terbiasa akan kehadiran aku.

Bagi mereka, aku adalah penyeri rumah ini kerana tingkah aku yang periang dan peramah. Aku membetulkan tudung aku di hadapan cermin. Auwning aku betulkan. Geram pulak aku dari tadi lagi tidak menjadi.

"Akak, dah siap belum"sahut seorang gadis muda sambil mengetuk pintu.

"Hawa! Tolong akak kejap!"sahut aku. Daun pintu bilik aku di buka. Terpancul seorang gadis yang comel molek berbaju kurung dan bertudung bawal labuh.

"Tolong apa kak?"tanya gadis itu atau lebih senang di kenali sebagai hawa.

"Ni.. tudung akak tak jadi ni.. geramnya!! Dari tadi lagi akak buat"cemuh aku.

"Ololo.. meh sini kak. Biar Hawa yang betulkan"pujuk Hawa. Aku didudukkan di atas kerusi meja belajar, manakala Hawa duduk di hujung katil.

Hawa membetulkan tudung aku yang menderhaka pada tuannya itu. Aku hanya memandang raut wajah Hawa yang bersih itu. Raut wajahnya persis arwah Alia. Tetapi, ada beberapa titik wajahnya yang membezakan Alia dan Hawa.

"Dah siap. Jom kita keluar. Semua orang dah tunggu tu"Hawa mengcapai tangan aku lalu membawa aku keluar dari bilik.

Majlis sambutan hari lahir aku tak lah meriah sangat. Cuma buat acara makan kecil-kecilan di halaman belakang rumah menghadap ke arah pantai. Sungguh menenangkan.

"Kak Dia, kak Dia, ada abang handsome datang.. ramai pula tu"datang seorang kanak-kanak perempuan menyapa aku.

"Iya.. ada yang adik berkenan tak?"tanya ku merendahkan badan aku menyamai ketinggian kanak-kanak itu.

"Tak ada yang boleh lawan abang Syed. Hahahaha... tapi abang Syed tu akak punya.."kanak-kanak perempuan itu ketawa.

Aku menggeleng kepala. Tangannya aku pimpin ke halaman belakang menyertai yang lain. Syed tu, atau di kenali sebagai Bun.. mendatangkan gosip hangat dekat rumah ni. Di sebabkan dia selalu datang jenguk aku, dan bawak aku pergi jumpa Atuk. Semua yang ada di sini menyangka bahawa Syed tu adalah kekasih hati aku. Walhal, yang bertahta di hati aku sekarang ini hanya seorang iaitu 'Aliff Huzairy'.

Tiba je di halaman belakang, aku tergamam melihat dekorasi di situ jauh tersasar dari sangkaan aku. Yang membuatkan aku terkejut beruk, apabila insan yang terlalu aku sayangi datang iaitu Atuk aku. Mulut aku tutup dengan telapak tangan. Nak menangis pun ada.

"Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan Lydia Farhana~
Allah selamatkan kamu~" tepukan di berikan sebaik saja nyanyian terhenti.

Atok menghampiri aku lantas memeluk aku. Aku tak dapat menahan air mata. Berderai air mata aku keluar.

"Don't cry baby kesayangan Atok"kata Atuk mengelus kepala aku.

"Kenapa atok tak cakap nak datang. Waa..."tangis ku.

"Ni semua, Syed dan kawan-kawan Adik yang rancang. Atok onkan saja".

Aku memandang Alpha sambil memicinkan mata. Mereka semua hanya tersengeh menayang dua jari ke udara.

"Dah.. tak payah nak drama air mata ni. Tengok, dah tak cantik dah anak bonda"ujar bonda selaku pengurus rumah Mutiara Iman. Aku dah lama kenal dengan Bonda. Dulu, aku lah yang membantu Bonda mendirikan rumah ini. Sekarang, aku pula yang tinggal di sini.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now