KHMA 20

4.1K 245 5
                                    

Aku duduk di gazebo yang terletak elok di halaman rumah yang di kelilingi oleh berbagai jenis bunyi. Tudung yang di lilit tadi sudah ku bukan. Selendang puting ku sangkut di leher.

Aku bersandar di gazebo memeluk lutut. Aku termenung membiarkan angin sepui-sepui meniup rambutku berkibar. Aku hanya bersandar tanpa membuat apa-apa. Kerinduan dan kesedihan yang aku pendam selama ni menyelubungi diri ku.

Tanpa ku sedar air mata mengalir membasahi pipi. Satu deheman menyedarkan aku dari lamunan. Aku memandang gerangan itu pantas menghapus air mata ku. Dia melabuhkan duduk di hadapan aku.

"Kau okay"tanya dia.

"Aku okay. Asal kau datang sini? Dan sejak bila kau ambil berat pasal aku ni Mr. Aliff"kata aku. Mendatar. Aku tak ada mood nak bergaduh dengan dia.

"Aku tengok kau asyik termenung je dari tadi. Sebab tu aku datang tegur kau. Aku ambil berat pasal kau sebab abang kau yang suruh. Kau ada masalah ke? Mind to share?"tanya dia.

"Tak perlu pun kau susahkan diri kau ambik berat pasal aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri"jawab ku.

"Okay, kalau macam tu aku masuk dulu".

Aliff berura mahu berdiri aku memandang Aliff dengan wajah sayu. Dia kembali duduk dan memandang tepat ke arah mata aku.

"Okay, cerita dekat aku"kata Aliff.

Aku tertunduk. Tak tahu nak mula dari mana.

"Kalau kau diam macam ni.. macam mana masalah kau nak settle"Aliff kembali bersuara. Aku masih diam. Dia mengeluh. Dah fade up rasanya tunggu aku cerita. Dia ni pun memang tak reti nak sabar ke. Aku tengah ambil mood nak cerita ni.

"Aku masuk dulu lah"sekali lagi Aliff berdiri.

"Okay-okay kejap. Aku cerita."pantas aku menarik lengan baju melayunya. Dia kembali duduk.

"Okay, hidup aku selama ni penuh dengan pancaroba. Mak dan ayah aku meninggal dalam kebakaran waktu aku berumur 12 tahun. Aku yakin yang kebakaran tu bukan satu kemalangan. Tapi, kes bunuh. Sebab aku ada nampak orang yang pakai topeng muka lari waktu rumah aku terbakar"Aliff mendengar penerangan aku dengan teliti.

"Aku kena depression waktu aku berumur 13 tahun. Atuk aku yang jaga aku. Tapi, aku bukan makin baik malah jadi lebih teruk. Aku jadi liar. Aku warna rambut aku. Aku dah mula bergaduh dekat sekolah. Keputusan aku merosot. Tiap malam aku menangis teringatkan mak dengan ayah aku."sambung aku lagi menahan air mata.

"Di sebabkan aku makin liar. Semua saudara mara aku tak suka dekat aku. Terutamanya anak mak lang aku. Hari ni dia tak ada sebab dia belajar dekat luar negara. Abang aku pula, selalu keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati aku. Selama ni aku hidup dengan penuh kepura-puraan. Kau nampak je aku ni senyum, happy. Tapi tak Aliff. Setiap malam aku menangis menanti bilalah derita aku ni nak habis. Aku tak tahu nak luah dekat siapa apa yang aku rasa"air jernih mengalir.

Aku tak dapat menahan air mata aku di hadapan Aliff. Aku tak nak dia nampak aku lemah.

"Lydia, kau seorang gadis yang kuat yang pernah aku jumpa. Aku pun tak tahu hidup kau sebelum ni macam mana. Kalau aku dekat tempat kau pun aku tak akan sekuat kau. Sudah lah, Itu kisah lama Lydia. Sekarang ni, kau dah ada semua orang. Kau dah berubah. Semua orang sayang kau. Termasuk aku"kata Aliff memperlahankan ayat terakhirnya.

"Hah! Apa kau cakap tadi?"tanya ku kurang jelas dengan ayat terakhir dia tadi.

"Erm.. tak ada apalah. Eh! Pak long kau panggil aku. Aku pergi dulu"pantas dia berlalu.

"Weh! Cakap lah! Ish!"kata ku geram. Apa yang dia cakap tadi eak? Huerm..

-----------

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now